"Ustaz awak ni macam ada masalah je?baru sekarang akak ada masa bertanya betul tak abah?"soal cikgu maria sambil menghidangkan minuman.
"Kenapa kak nampak sangat ke kat muka saya ni bermasalah..☺"seloroh ustaz syukur hambar.
Petang itu mereka berehat sebentar di laman rumah ustaz zack. Humaira masih ada aktiviti bersama adawiyah.
"Dah lama kami ni berhajat ingin bertanya sebab perangai budak maira tu kurang ceria selepas kamu balik bercuti..kadang2x budak faz tu yang menjadi mangsa tempat dia lepaskan geram. Akak kasihan kat faz tu juga"jelas cikgu maria lagi.
"Sebenarnya minggu lepas bekas tunang saya datang sini.😲
"apa!!!ye ke ustaz biar betul..?"jerit cikgu maria terkejut.
"Sebenarnya ummi berhajat nak jodohkan kami tapi saya rahsiakan semua ni dari maira. Saya memang tak ada perasaan pada deeja.
Terus-terang saya beritahu kat ustaz dan akak saya memang jatuh cinta pandang pertama kepada humaira bila bertugas disini. Masalahnya deeja dan ummi mendesak saya untuk meneruskan ikatan itu sebab.." dengan wajah yang geram cikgu maria terus menjawab
"ni pasti sebab sampai sekarang maira masih belum ada tanda2x nak menjadi bakal ibu macam tu. Ustaz semua itu bukan kerja kita yang menentukan bila rezeki itu akan hadir.
Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal memohon semuanya dipermudahkan. Pelik betul ummi ustaz ni.."
"ummi tolong jaga adap tu..jangan sampai terlanjur.."teguran dari ustaz zack membantutkan niat cikgu maria meluahkan apa yang terbuku dihatinya saat itu.
Isk nama je keluarga yang mementingkan kesempurnaan tapi kenapa kehadiran menjadi zuriat menjadi isu utama adakah mereka terlupa atau sengaja menafikan tentang kejadian itu.
Tiada siapa yang tidak ingin mengimpikan kehadiran zuriat apabila sudah mendirikan rumahtangga. Setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan hadirnya zuriat penyeri rumahtangga mereka cuma ia cepat atau lambat sahaja.
Rezeki..rezeki setiap kita berbeza..kasihan maira..sampai hati mereka melukakan hati gadis itu. Besarnya dugaanmu maira. Semoga dipermudahkan bagi mu nanti maira mendapat apa yang
diimpikan dan semoga perkahwinan mereka kekal bahagian
💖till jannah💖 Amin"Maira..kau tak nak balik lagi ke?dah lewat ni. Meh aku hantar kau balik nanti ustaz bising pulak"adawiyah menolak humaira perlahan namun humaira langsung tidak berganjak.
"Ada aku tidur kat sini malam ni boleh?aku malas la nak tengok drama queen kat rumah tu. Dahlah minah gedik tu asyik telefon pak janggut..seumpama aku ni tak pernah wujud jek.
Telefon dia kalau kau nak tahu memang tak henti2x berdering rimas kepala hotak aku ni boleh menyebabkan😯😣aku hilang fokus nak mengira stok
stressss kau tahu tak!"marah humaira panjang lebar."Alah kau buat apa pening kepala..kau offkan je hp pak janggut kau tu..eleh sejak bila boleh jadi lembik je ni..perkara kecil je pun..kenapa kau tak sekehkan je dahi dia kalau berdepan..kalau nak mengatal sangat kau suruh je dia pergi ke sabah selama mana dia nak janji fulus masyukk"seloroh adawiyah berjaya membuatkan humaira ketawa.
"Assalammualaikum..boleh saya masuk ke ni?"sapa ustaz syukur seraya mengukir senyuman manisnya sambil matanya memandang terus ke wajah humaira yang berlagak seperti tiada apa2x.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...