bab 58

584 17 0
                                    

Petang itu selepas bermain bola lisut humaira terduduk seketika menahan denyutan di abdomen bawahnya terasa denyut. Fuhhh..lasak sangat ke aku main tadi. Khuzakri mendekati humaira seraya menghulurkan air minuman. Adawiyah dan cikgu fazli sibuk berbual di sudut tepi padang. "Awak..awak kenapa?muka awak nampak macam tak ok je?"soal khuzairi seraya duduk berhadapan humaira. "Sikit je mungkin lasak sangat tadi kot..jangan risau la...kalau awak terlampau prihatin payah pulak nak bersoal jawab soalan pak janggut nanti"usik humaira membuatkan khuzairi ketawa kecil. Isk dia ni kenapa asyik membuai perasaan je walaupun kasar tapi ada sesuatu yang memikat.  Dari jauh ustaz syukur berjalan menuju ke arah mereka berdua. isk dia ni kalau tak menduga tahap kesabaran memang tak sah agaknya boleh pulak bergurau senda seperti kanak2x ribena uikkkksss...sabor je la.😑😕
"Tengok reaksi pak janggut tu..kau rasa dia marah tak faz?lain macam jek aku tengok"soal adawiyah sambil memerhati gerak geri ustaz syukur ketika itu. "Bolehla tahan ada..kau tengokla riak muka dia...si maira ni pun satu..boleh pulak beramah mesra mahu tak berapi didalam hati ustaz menengok adegan tu..agak2xla ada..kau ni pun..kata bff"perli cikgu fazli seraya tersengih jahat.
Ustaz syukur terus mendekati isterinya sambil memeluk kejab pinggang isterinya yang sedang duduk. Khuzairi yang merasa serba salah ketika itu bangkit. "Nak ke mana zai?jom kita hilangkan rasa haus kat cafe...faz..ada jom kita pergi cafe kejab!"laung ustaz syukur lagi.
Humaira sekadar tersenyum tak henti2x sepanjang perjalanan ke cafe. Mahunya dia tak gelak wajah ustaz syukur ketika itu jelas menunjukkan perasaan tidak puas hatinya terhadap khuzairi yang sebentar tadi mempelawa dia naik motosikalnya ke cafe yang bolehlah dikira dekat sahaja mengambil masa 15 minit jika berjalan kaki. "Seronokla yeee...teruna sibuk pelawa bonceng motosikal"perli ustaz syukur lagi seraya mengecilkan kelopak matanya. "Isk..nak berbuat baik pun salah ye ustaz..bukan ke tolong menolong tu amalan mulia"usik humaira lagi membuatkan ustaz syukur semakin geram. Mulut tu mesti ada saja jawapan yang mampu membuatkan hatinya terasa geram.
Cikgu fazli dan adawiyah hanya galak memerhati humaira yang asyik mengusik ustaz syukur dari mula sampai ke cafe itu. "Isk geramnya..kalau sayang cabar abi lagi..abi tak teragak2x nak kunci mulut murai sayang tu..cubalah kalau berani"ugut ustaz syukur membuatkan wajah humaira berubah. "Ada..kau nak pergi toilet tadi kan?marilah aku temankan lagi pun aku pun nak ke sana"wajah adawiyah ketika itu seperti terkejut sejak bila pula dia ada niat nak ke toilet. Namun belum sempat otaknya memikirkan perkara itu tangannya ditarik oleh humaira menyebabkan dia terpaksa bangun oleh sebab merasa sakit kena picit. Hampeh budak maira ni ada ke main paksa..stresss bff macam ni protes adawiyah didalam hati.
"😡isk sakitla maira..kau ni memang suka dera aku kan?"marah adawiyah sebab setibanya mereka di tandas humaira cuma berlagak seperti tiada apa yqng berlaku malah sibuk memerhati adawiyah. "Malaslah aku nak dengar pak janggut asyik nak ugut aku je"😰"aaa dia ugut nak buat apa maira?kalau sampai memudaratkan elok kau mengadu kat cikgu rahim dan""isk ke situ pulak kau ni ada..eee semenjak mengandung ni tahap iq kau memang rendah ye?"usik humaira membuatkan adawiyah semakin geram dan mencubit badan humaira bertubi2x. "Isk sudah2xlah gelak tu ada..buat malu jek"marah humaira namun tidak diendahkan oleh adwiyah yang menahan perutnya terasa senak sebab asyik tergelak selepas mengetahui hal sebenarnya dari humaira sebentar tadi.
Kaum adam yang seronok berbual diganggu dengan jeritan adawiyah yang melarikan diri dari menjadi mangsa humaira yang sudah hilang sabar dengan ejekan adawiyah sejak tadi. "Ustaz..tolong...ibu singa ni mengamuk"ejek adawiyah lagi sambil menarik hujung baju ustaz syukur menyebabkan kerusi yang diduduki oleh ustaz syukur sedikit bergerak. "Aku tak kisah ada...janji aku boleh lepaskan geram..meh sini..ooo..kau ingat aku tak berani nak kenakan kau bila sembunyi kat belakang pak janggut..ambik ni!"ujar humaira tegas seraya menarik baju adawiyah dan mengeletek adawiyah sepuas hatinya. Aduh..dia ni kalau tak dihalang kang pengsan pulak adawiyah. Ustaz syukur terpaksa memeluk humaira membuatkan humaira melepaskan tangannya dari mengeletek adawiyah. Adawiyah sudah terduduk keletihan disisi cikgu fazli. Khuzairi yang melihat aksi itu sedikit malu dan memohon diri untuk beredar. "Ada...ambik nafas dulu..sebelum meneguk air tu.."pesan cikgu fazli saat melihat adawiyah yang terlampau kelam kabut untuk menghilangkan rasa hausnya. "Arghhhh😥leganya..maira ni haaa..saja je nak buat aku excersice ..penatnya.."adu adawiyah sambil menjeling manja. "Kau cakap lagi pasal benda tu aku tak teragak2x nak mintak cili padi kat mak cik minah"ugut humaira sambil menjeling tajam ke arah adawiyah yang masih berbaki gelaknya. Ustaz syukur dan cikgu fazli saling berpandangan kurang mengerti. "Apa tengok2x kau ada hutang kat aku ke faz ?!"soal humaira kasar membuatkan air yang diminum cikgu fazli tersembur. "Isk..kau ni faz..kalau ye pun nak menyembur..agak2xla..eee..pengotor la kau ni faz..."marah adawiyah lagi. "Sayang..buat lagi macam tu...abi denda nanti..."bisik ustaz syukur bila melihat humaira semakin galak ingin mengenakan fazli dan adawiyah.
Humaira mengambil masa yang lama di toilet. Badannya terasa begitu letih tak tahu kenapa..mungkin disebabkan main kejar2x bersama adawiyah petang tadi ke?isk mustahil sebelum ni ..lebih lasak dari ni dia dan ada join. Erhm...
"Ummi buat apa lama sangat kat dalam bilik persalinan tu ye..jom kita kejutkan ummi nak?"ustaz syukur membawa kedua2x anaknya menuju ke bilik persalinan dan mengetuk perlahan.
"Sayang..sayang...kenapa lama sangat kat dalam tu..anak2x lama dah tunggu ni.."panggil ustaz syukur. Humaira keluar dengan mengenakan baju tidurnya membuatkan mata 😲😛ustaz syukur tidak berkelip asyik menghayati pemandangan indah di depan mata. Humaira yang perasaan akan perubahan wajah suaminya terus bertanya"dah kenapa pulak abi ni..jadi patung liin pulak kat sini. Tadi bukan main kecoh lagi panggil maira..bila dah tersembul depan mata boleh pulak jadi kaku..isk meh sini along..angah ummi bawa pergi bawah..ayah ni tak boleh diturutkan sangat...ada masa boleh pulak main police centry..."perli humaira seraya menolak perlahan ustaz syukur ke tepi menggunakan punggungnya.
Selesai menjamu makan malam humaira dan keluarga berehat di ruang tamu bersama. Isk pak janggut ni dah kenapa...mata tu macam nak terkam orang jek.."aduh...kenapa sayang tarik janggut abi...sakit la sayang..cuba belai pelan2x..."keluh ustaz syukur yang merasa sakit. Humaira pulak menjeling geram"mata tu dah nak terkeluar dari landasan kenapa?ada benda yang pelik ke?"soal humaira lagi seraya melayan karenah anak2x. "Sayang..ni kenapa mengoda sangat...sayang faham kan maksud abi?"bisik ustaz syukur oenuh romantik ke cuping telinga humaira membuatkan tangan humaira secara automatik menolak ustaz syukur menyebabkan ustaz syukur terjatuh dari atas kerusi. Dan disambut oleh gelak ketawa anak2x mungkin beranggapan dia dan ummi mereka bergurau..isk..dahlah dia goda aku..main kasarlah pulak..sabor je la wahai hati...😢😂keluh ustaz syukur untuk sekian kalinya.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now