bab 74

539 20 0
                                    

Seminggu selepas perjumpaan mereka akmal kembali menghubungi rakan2xnya seperti ada sesuatu yang penting berlaku.
"Kau merepek apa ni mal?bukan minggu lepas kau cakap nak melamar dia jadi penyeri rumahtangga ke?"soal humaira dengan mulutnya yang sibuk mengunyah. "Isk maira.. ada..cuba sopan sikit makan tu. Kalau mulut masih penuh tak payah la bercakap dulu"sindir cikgu fazli bila mendapati kedua2x gadis itu tergopoh2x ingin memberi pendapat. "Sya..sya bagitahu aku yang dia tak ada perasaan kat aku lagi."dengan nada sedih akmal menundukkan kepalanya sesekali tangannya meraup wajah. 😅
"Alah..mal..relaks la..bunga bukan sekuntum..kumbang bukan seekor..takkan setakat rusa bandar seperti tu kau nak sedih bagai nak rak...common la mal...kau kan jenis crocodile hunter..isk apalah sangat"usik humaira membuatkan akmal terus tergelak kau samakan aku dengan buaya maira sampai hati jerit hati kecil akmal. "Agak2xla maira..crocodile hunter konon..kalau iye kenapa setakat rusa kecik tu dia tak mampu nak kawal..boleh pulak terpikat kat pakkk..."dengan cepat humaira menutup mulut adawiyah. Isk minah ni memang tak sayang mulut kang tak pasal2x budak akmal tu naik hantu bila dapat tahu yang budak senget tu syok kat pak janggut. 😡 "kenapa maira?kau nak cakap apa tadi ada?"soal akmal ingin tahu. "Kau tak payah la nak pedulikan  mereka berdua mal..aku masih lapar lagi ni..jom oder makanan lain..kalau dengan mereka berdua ni memang takkan pernah kenyang..sebab yang tukang perabih makanan ..tu"jari cikgu fazlie ditunjuk ke arah humaira dan adawiyah yang begitu kusyuk menjamu selera tanpa menyedari kehadiran mereka disitu. "Okla faz..tapi kadang2x aku rindu saat ni..mungkin ada hikmah disebalik perpisahan aku  ni kan faz?"nada akmal kedengaran begitu sedih pada pendengaran cikgu fazlie. Dia faham kesusahan sahabatnya melupakan gadis yang bertahta dihatinya kini bahagia bersama keluarga tersayang.
"Becoknya mulut kau ye ada?kau bukan tak tahu mal bukan suka sangat kalau kalah kat pak janggut. Eee cari nahas je kau ni"marah humaira lagi. "Kalau ye pun maira..kau ni nak bunuh aku ke?bukan main ketat lagi kau tutup mulut aku..boleh naik semput aku tadi tau"marah adawiyah lagi sambil memasukkan 1 persatu buah2x an ke dalam mulutnya. "😂😂iye ke ada?alah soryla..aku tak sengaja terrr jek..itu semua kau punya pasal tau..siapa suruh bangkitkan rasa kemarahan aku..padan muka kau..eleh marah konon..aku tengok sejak tadi bukan main laju pengisar kau ..masyuk je?"usik humaira membuatkan adawiyah turut ketawa ada ke dia disamakan dengan pengisar hampeh punya kawan.
Qalisya dan teman2x kebetulan lalu di cafe tersebut tanpa menyedari akmal juga berada disitu.
"Eh sya..bukan tu husband tak jadi kau ke?"tanya yati teman qalisya yang turut mengenali lelaki itu. "Aa la sya memang tak syak lagi tu ex boyfriend kau..bukan main mesra lagi mereka. Siapa mereka tu?"soal aida lagi. Qalisya turut menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh teman2xnya. Ya jelas kelihatan akmal dan teman2xnya di satu sudut mungkin sedang berbincang atau pun lelaki iu memaklumkan tentang lamarannya ditolak. Qalisya..ye dia akan berusaha untuk memikat lelaki itu walau apa pun terjadi. Gadis itu tidak mungkin dapat menandingi kecantikan dia hasut 😈😈😈hati jahat qalisya untuk menyesatkan dirinya menuju ke arah kejahatan. Manusia memang mudah untuk digoda..
"Mal...kat luar tu macam ex kau jek?"beritahu adawiyah sambil mulutnya muncung menandakan tempat yang dimaksudkan olehnya saat itu. Humaira dan yang turut menoleh..memang benar qalisya dan beberapa orang temannya turut menjamu selera disitu. Budak sengal memang tak ada perasaan bersalah mahupun malu selepas melakukan kesalahan. Boleh lagi buat muka cekadak dia kat sini..marah humaira di dalam hati.😠😡 "aa..betul la tu ada..mungkin selama ini hanya aku je yang muka tak malu..terhegeh2x nakkan semua ni berakhir dengan baik"jawab akmal dengan nada sedih. "Eh yang kau emo lebih sangat ni pasal apa mal..jambu jek. Hello..😉mal..kau ada pakej lengkap per?!!buat apa kau nak melalak buang tenaga solar jek tau. Eleh setakat budak macam tu..yang lebih baik lagi kau akan dapat selepas ni tau..dont worry be happy.."pujuk humaira lagi. "Aku setuju apa yang maira cakapkan tadi mal. Hampir 1 jam kita kat sini. Maira tadi pak janggut call aku tanya hp kau kat mana?"soal cikgu fazlie tiba2x. Humaira terus mencari hpnya. Aik kenapa tak ada dalam beg..alamak😨😰mesti terlupa kat meja solek uhuhu😷mesti kena ceramah free balik ni. Humaira terpaksa mengesa kawan2x balik saat itu risau jika pak janggut istyhar perang pulak selepas ni.
Kak sophie sedang menunggu di depan pintu sambil mendukung achik. "Kenapala maira boleh terlupa hp.. ustaz cuba call banyak kali tak dapat. Maira tahukan macam mana ustaz risau. Sudahlah masuk ..ustaz ada kat bilik. Anak2x akak dah siapkan. Akak minta diri dulu ye."pohon akak sophie dan terus berlalu.
Selesai membersihkan diri humaira menemani anak2xnya tidur terlebih dahulu. Fuhh pak janggut ni dah mulalah nak istyhar perang sejak dia balik petang tadi sepatah apa pun tak keluar dari bibirnya. Huu..huhu..saja nak menduga tahap kesabaran aku je gerutu humaira didalam hati.
Fuhhh..sedingin salju bilik beradu malam ni. Amboi..main kasar nampak..kelihatan saat itu pak janggut sudah terlena. Ia ke tidur entah2x saja nak pasang perangkap kot. Tengok ni baby..abah sengaja nak cari pasal kat ummi. Tapi tak apakan..malam ni kita layan dulu merajuk abah yeee..ummi penatla..jom sayang kita rehat dan tidur. Yesss..merdeka😀😂 gelak humaira didalam hati.
Hampir 25 minit ustaz syukur cuba untuk tidak bercakap sekadar ingin menunjuk protes. Tapi sehingga ke saat itu humaira langsung tiada respon aik ni sudah lebih. Ustaz syukur memusingkan badannya sebab dia pasti isterinya sebentar tadi sudah pun baring disebelahnya. Saat matanya memandang sebelah 😧😩rugi2x..masa terbuang begitu sahaja. Kelihatan humaira sedang nyenyak tidur tanpa ada rasa bersalah pun. Hai...nak masuk anak keempat pun dia masih mengharap dirinya dipujuk rayu tapi hampa. Dia masih belum berjaya...asyik kalah je..sabar jela hati pujuk ustaz syukur kepada dirinya sendiri. 

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now