bab 25

809 23 0
                                    

    Adawiyah asyik menyuap buah jambu satu persatu masuk ke dalam mulutnya sambil kepalanya saat itu ligat berfikir tentang apa yang dia nampak petang semalam.

Pelik bin ajaib kenapa maira boleh balik 1 kereta dengan ustaz syukur..setahu aku dia memang tak sebulu dengan ustaz syukur. Pasti ada sesuatu yang budak maira ni sembunyikan daripada pengetahuan aku..mata adawiyah memang tidak lekang memerhati humaira yang berjalan dari hulu ke hilir.

Naik pusing kepalanya..😣
"Wei maira..kau boleh tolong aku tak? ....daripada kau asyik mundar mandir di depan aku ni!!kau boleh tolong duduk tak?..sakit la kepala aku tengok..isk..😤"tegur adawiyah berunsur arahan sebab tak larat nak melihat perangai humaira seperti orang sedang berkawad sahaja.

"Kalau kau tak nak tengok tutupla mata tu..eee takkan itu pun aku nak ajar..kata cikgu..soalan kbat pun tak tahu nak jawab.."sakit betul hati adawiyah saat itu bila mendengar jawapan yang diberikan oleh bff nya..
boleh menimbulkan kemarahan.

Akibat terlalu marah adawiyah terus membaling kacang tanah yang dimakannya ke arah humaira membuatkan humaira terkedik2x untuk mengelak daripada serangan adawiyah...memang tak pernah nak menghargai budak 2 orang ni sampaikan makanan pun dibuat mainan kenapalah teruk punya perangai.

Ustaz syukur setiap hari baginya amat bermakna..tidur malamnya sentiasa dihiasi mimpi indah..bayangan gadis itu sentiasa hadir tanpa henti membuatkan dia tidak mampu daripada mengabaikan perasaan yang sedang mekar bersemi ketika itu.

Dia juga tidak menduga rupanya gadis yang dia impikan ada di depan mata..mujurlah dia tidak memberi harapan kepada ustazah liza untuk mengimpikan sebuah hubungan istimewa jika tidak pasti hati itu akan terluka bila mengetahui hatinya kini mula menyemai benih cinta kepada seorang gadis lain.

Walaupun perasaannya ketika itu belum diketahui oleh gadis tersebut insyaallah jika tiba masanya nanti dia pasti akan berterus terang.

"Mal..jemput minum..maira dan ada petang ni ada hal sebab tu tak boleh nak join.."ujar cikgu fazlie seraya meletakkan secawan teh o panas untuk sahabatnya yang kelihatan asyik termenung sejak pagi tadi , dia pun tidak pasti apa yang menganggu fikiran sahabatnya saat itu.

"Thanks faz...jemputlah minum sekali.."ucap cikgu akmal perlahan seperti suara orang yang sedang menghadapi masalah sahaja.

"Kenapa aku tengok kau monyok je sejak tadi?kau ada masalah ..☺tak nak kongsi ke?manalah tahu aku boleh tolong bagi pendapat..sekurang2xnya masalah yang kau tengah risau sekarang ni boleh dikurangkan bebannya"pujuk cikgu fazlie lagi.

"Entahlah..aku tak tahu nak terang macam mana faz...perasaan aku sekarang ni..bercampur baur.."luah cikgu akmal penuh makna yang tersirat di sebaliknya.

"Berat sangat ke masalah kau ni mal..alah..cerita je la..ke ada kaitan dengan kehidupan sosial kau..lagipun sudah lama aku tak tengok kau keluar date...dah buang tabiat ke?"seloroh cikgu fazlie untuk memecah kesunyian.😊 "

Cikgu akmal melepaskan keluhan berat seraya matanya memandang jauh ke halaman rumah dan sesekali matanya memerhati pergerakan awan biru..
agak mendung seolah2😟 memahami tentang perasaannya saat itu.

Amboi berat betul masalah akmal ni..janganlah dia bagitahu yang dia suka kat maira..maira memang tak pernah anggap dia lebih dari seorang sahabat.

"Faz..aku rasa hati aku ni dah gila agaknya..macam mana aku boleh syok kat maira..kau mesti rasa nak gelakkan aku sekarang ini kan..tapi itu yang aku rasa saat ini faz..aku jatuh hati kat maira aku tak pasti sejak bila..tetapi bila aku tengok ustaz syukur cuba mendekati maira beberapa hari ni..
hati aku terasa sakit sangat sehinggakan aku boleh rasa nak marah..nasib baik aku boleh kawal lagi.."luahan yang dinyatakan oleh cikgu akmal tidak dinafikan oleh cikgu fazli sebab dah lama dia perasan akan perubahan sahabatnya bila melihat humaira rapat dengan staf lelaki bukan sekadar ustaz syukur sahaja.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now