Sejak semalam isterinya lebih banyak menyendiri di bilik bacaan. Nasib baik ummi dan deeja sudah balik pagi tadi sebab ada urusan di kampung walaupun
pada mulanya deeja berkeras ingin berada di situ untuk masa yang lebih lama namun kuasa ummi siapa pun tidak boleh membantah mungkin ummi sudah mula perasan akan kelakuan deeja yang melampau.Syukurlah..Allah masih menyayangi dia dan isterinya dan dijauhi dari perkara yang tidak elok.
Ustaz syukur mendekati isterinya yang asyik leka dengan keyboardnya. Dengan perlahan bahu isterinya dipeluk.Humaira sedikit tersentak..aduhai...boleh melompat jantung aku ni kalau kerap sangat kena terjah..aduhai sejak bila pak jangut ni berkawan dengan nas ahmad melodi tu😤😤😤spoill!!!
"Apa ni...hilang dah idea nak buat minit mesyuarat ni haa..!"marah humaira lembut sambil menjeling manja ke arah ustaz syukur.
Dengan perlahan wajah comel itu dikucup perlahan"maaf.. habibi tak sengaja.. ni kusyuk sangat menaip..rehatlah dulu..baby pun kena rehat..meh sini tolong"dengan perlahan lengan comel itu dipimpin masuk ke bilik peraduan mereka.
Sesekali rasa sengal dibahu berkurangan bila dipicit lembut oleh suami tersayang. Humaira mengambil tangan itu dan diusap lembut.
"Habibi...maira nak minta maaf sebab ada sesuatu yang maira sembunyikan..."namun belum pun terkeluar ayat dari bibir mungil itu terus dikucup kejab dan wajah comel itu dibelai.
".. habibi dah jumpa pun bungkusan yang habibati sembunyikan dekat stor pagi tadi..pak cik wan yang beritahu"penjelasan yang diberitahu oleh ustaz syukur ternyata membuatkan humaira kelu.
😮alamak...macam mana ni tapi pak janggut macam cool je ni.
"Iye..memang hati habibi pada mulanya geram teramat sangat..sampaikan rasa nak belasah je budak tu kalau dia berada dekat2x sini. Nasib budak tu jauh pendek kata hilang dari radar..tapi heran kenapa.." belum pun selesai yang ingin diluahkan oleh ustaz syukur hp humaira terus berkumandang alunan muzik kpop..😄 dengan memek muka yang comel humaira menyambut telefon
Aqilah:assalammualaikum kak long...adik ni..ummi dah selamat sampai kat umah...dia yang dok sibuk suh adik call kak long..bagi tahu yang dia dah selamat sampai
Wajah comel itu terukir senyuman manis tanda syukur yang kini ummi ustaz syukur sudah menerimanya😊seadanya.
Syukri:kak long...mesti abang long dengah dok perati kan sekarang...
Dengan pantas hp berubah ke tangan ustaz syukurUstaz syukur:amboi angah dok elok merenyam no...pasai apa seronok sangat dok ngata along
Syukri:laaa...sepantas kilat hang rampas...pasai apa..kalut...okla..tak nak kacau hang pa berdua..assalamualaikum
Humaira sekadar tersengih lucu..dengan adik sendiri pun nak berkira pelik betul pak janggut ni
😑"Maira..oi...maira kau tahu tak tadi ada panggilan misteri untuk kau..."bisik fifi perlahan.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...