"Aaaa😲budak tu masih kat rumah kau sekarang?!!!wei pasal apa kau tak halau jek
dia tu balik..teksi melambak tau eee!!"marah adawiyah."Isk tak baik buat macam tu ada...agaknya dia
memang betul ada masalah. Maira dah call teksi ke tak ni?"soal cikgu yaya prihatin."Erhm...maira malas nak kisah pasal tu kak..biar...biar la
pak janggut tu settle sendiri. Dah dia suka sangat nak
buat baik..teruskan je la..bukan dia tak tahu...
siapa budak sengal tu"perli humaira lagi membuatkan
kepala adawiyah terangguk2x seperti burung pelatuk."Bahaya betul ustaz..kenapa dia bawa budak sya tu balik rumah sedangkan dia tahu sejarah sebelum ni"ujar cikgu maria
lagi dan diiyakan oleh cikgu amirah."Eh..boleh tak kita tanya kat ustaz...budak tu dah balik ke belum?"soal cikgu amirah lagi.
"Isk nak buat apa kak?kalau boleh tolong sental tak apa jugak..rasa bersemangat pulak nak lepaskan geram huhu😠"ujar adawiyah dengan nada geram.Dengan tak semena2x pipi
adawiyah dicubit oleh cikgu maria yang geram setelah mendengar kata2x adawiyah.
Eee apalah kak ya ni..dah berjangkit pulak dengan perangai budak maira ni.Tapi 😑rasa pelik pulak
kenapa budak maira ni tetiba jadi budak baik pulak..isk mesti ada sesuatu adawiyah berbicara didalam hati.Ustaz syukur sepanjang hari itu mencari humaira namun tidak ditemui. Kemana saja dia sudah menyembunyikan diri.
Bilik pejabat tiada apatah lagi bilik stor..takkan kat gelanggang sekarang waktu bertugas. Sedang ustaz syukur asyik berfikir fifi ketika itu menghampirinya.
"Ustaz..boleh minta tolong tak?"soal fifi dengan nada manja. Ustaz syukur terbatuk2x selepas mendengar alunan suara fifi yang disengajakan untuk cuba menarik perhatiannya.
"Yeee..ada apa yang boleh saya bantu?"soal ustaz syukur sekadar mengambil hati.
"Ada banyak kotak kat blok 1..itu pun jika ustaz tak keberatan. Saya nak angkat tadi tak larat..tangan saya ni terasa lenguh pulak"jelas fifi lagi.
Ustaz syukur mengarah beberapa pelajar untuk turut membantunya. Sekurang2xnya masa yang diambil sedikit jimat untuk meneruskan misinya mencari humaira.
Saat dia sedang membantu fifi mengendong beberapa beg kebetulan pada masa yang sama humaira lalu dikawasan itu. Mata humaira ketika itu bertentangan dengan mata fifi dan juga ustaz syukur.
😂uuhuhu..tak habis2x kontroversila apalah nasib dapat suami menjadi pujaan ramai. Tanpa mempedulikan 2 insan itu humaira terus berlalu tanpa ada niat untuk menegur atau apa2.
Ustaz syukur merasa terkilan dengan sikap humaira..kebiasaannya dia akan bertegur sapa setiap kali mereka bertembung mahupun berjumpa dimana2x pun tapi berbeza untuk kali ini.Agaknya humaira masih terasa hati bila dia mempelawa qalisya balik semalam. Jauh didasar hatinya dia tidak ada menyimpan niat lain sekadar ingin membantu sesama insan.
Erhm..nampak gayanya dia terpaksa mencari jalan untuk menambat hati budak comel itu..comel😊😙?iye le tu..
"Terima kasih ustaz sebab sudi membantu fifi...mesti
ustaz penatkan?nanti fifi belikan makanan kegemaran ustaz rehat nanti ye.."ujar fifi dengan nada yang disengajakan manja untuk mengusik humaira.Namun tiada tindak balas dari humaira hanya diam membisu..eeh kenapa minah ni?sejak bila jadi pendiam ke dah
kehabisan suara..😈😈mesti bergaduh semalam ni?jeng2x..nanti aku nak merisik kat ada..mesti ada tahu..fifi mula menjadi penyibuk disebabkan dengan kebisuan humaira mengundang prasangka didalam hati sesiapa jua di mana jua bila dia berubah menjadi pendiam walaupun mereka tiada masalah dirumah.
"Maira..oi..maira..jum kita ke cafe?aku laparla...😧😥hari ni kita makan berdua nak?"cadang adawiyah sambil menarik lengan humaira yang ketika itu sibuk menaip.
"Ada...aku nak minta tolong sikit boleh tak?"soal humaira dengan nada perlahan.
"Aaa😮?!kau nak minta tolong apa?alah kalau setakat nak belanja kau makan aku tak kisah la maira..kecik punya hal la..gerenti beresss"usik adawiyah sambil tersenyum gembira.
"Tolong tinggalkan aku seorang diri harini..aku rasa tak da mood pulak nak keluar..aku nak settlekan kerja aku..dan..aku mohon jasa baik kau..kalau boleh kau ataupun sesiapa je tanya aku apa2x...aku cuma nak rehatkan minda dan jiwa aku ni..boleh kan?"soal humaira dengan nada penuh mengharap.Adawiyah yang mendengar seperti dapat merasakan sesuatu..hati sahabatnya terluka lagi ke?pelik je permintaan..
ni mesti pasal budak
😈😡😬sengal tu lagi.Adawiyah terpaksa meninggalkan humaira sendirian disitu. Humaira terus membawa diri ke bilik stor dan mengunci bilik itu untuk bersendiri.
Sekarang waktu rehat..kenapa humaira tiada di bilik puas ustaz syukur mencari namun tidak berjumpa seharian ustaz syukur cuba mencari.
Adawiyah yang perasan akan perubahan di wajah ustaz syukur ketika itu dapat mengagak pasti humaira melarikan diri buat sementara waktu seperti dia mengelak saat hatinya dilukakan oleh ustaz firdaus dulu.
Sabarlah wahai sahabat..semua ini rencah kehidupan alam berumahtangga dia percaya jauh disudut hati ustaz syukur tidak mengingini semua itu terjadi.
Hampeh punya budak sengal tu..sengaja nak cari pasal..apa kat dunia ni dah pupus ke lelaki..😡😡marah adawiyah
hanya di dalam hati."Maira..maira...maira kat dalam ke?pak cik wan ni..boleh pak cik masuk?"ketuk pak cik wan bertubi2x pintu bilik tempat humaira berada.
Dengan langkah yang perlahan humaira bangun
dan membuka kunci bilik. Wajah gadis di hadapannya direnung..wajah itu begitu ketara...
sampai hati orang yang sanggup melukakan hati gadis ini..tiada gelak suaranya hidup terasa sunyi.Pak cik wan duduk disisi humaira yang ketika itu sibuk membuat perkiraan stok yang sedia ada dan menyemak tarikh luput alatan yang tidak boleh diguna pakai lagi.
"Maira...makanlah dulu ye..ni mak cik ada buatkan bubur durian untuk maira..nantilah maira boleh sambung lagi kerja tu.."pelawa pak cik wan sambil membuka bekas makanan dan diserahkan kepada humaira.
"Terima kasih pak cik..maira puasa hari ni.."jelas humaira perlahan.
"Oo ye ke?maaflah pak cik tak tahu pulak..tak apalah bekas ni pak cik tinggalkan di atas meja maira ye..jangan lupa pulak.."ujar pak cik wan sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Pak cik..terima kasih..sebab memahami..maira cuba jadi budak baik..sebab tu maira mengelakkan diri..risau nanti sia2x je amalan maira..✌😶😛"usik humaira sambil menunjukkan peace.
Pak cik wan hanya mampu ketawa melihat keletah humaira isk budak ni sengaja nak buat hati tuanya risau sejak tadi.
Fuhhh...sabar..tak ada yang lebih indah dari bersabarkan?pujuk humaira kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...