"Kenapa muka kau monyok je hari ni mal..tak nak keluar hari ni..?"soal cikgu fazli sambil meneguk segelas jus oren.
"Program tak menjadi..maira😢sibuk..aku dah siap beli tiket wayang lagi tu..ni haa!!!!..aku tengah sedih ni tau.."rajuk cikgu akmal tapi disambut gelak ketawa sahabatnya yang terasa lucu.
Mengharapkan sesuatu yang belum pasti..siapa tak kenal humaira..jangan harap dia nak bazirkan waktu dengan melayan playboy macam kau tu akmal..kata hati cikgu fazli.
"Eh maira..buat apa kat sini?"sapa ustaz syukur bila mendapati di dalam bilik stor ada seseorang. Humaira dengan wajah yang terkejut 😲 ...melihat wajah lelaki itu didepan mata serta merta berundur ke belakang.
Hatinya terasa sakit..bila terbayang kisah lalu walaupun dia mencuba untuk melupakan ia. Ustaz syukur hairan bila melihat gadis itu mengundurkan diri ke belakang seolah2x takut kepadanya saat itu.
Aik kenapa dia menjauhkan diri..kenapa dan mengapa adakah muka dia saat itu boleh dikategori sebagai wajah misteri ke😮
"Maira..kenapa ni?kenapa wajah awak pucat lesi.."soal ustaz syukur risau keadaan gadis dihadapannya sekarang. "Baik awak jangan datang lebih dekat lagi...kalau awak rasa ingin selamat.."ujar humaira berunsur amaran.
"Laa kenapa pulak boleh jadi tak selamat..awak nak buat apa..sudahlah ..jangan dok kalut..mailah keluar dari bilik ni..sekarang dah lewat"jelas ustaz syukur lagi dan berhasrat ingin membantu gadis itu memindahkan sedikit barang ke tepi tapi disalah anggap oleh gadis itu.
Eee memang sengal mamat ni..aku dah suruh jangan datang dekat tapi dia masih boleh lagi maju ke hadapan...nah hambik kau..
"aduh!!!!..😨..laaa amende yang terbang tadi sakit pulak dahi ni..ustaz syukur mengeluh kesakitan dan terlihat sebundle selotape di hadapan dia sekarang .
Janganla cakap yang gadis tu lemparkan benda itu kepada dia laaa nak cari gaduh apa.Dengan wajah yang 😡 geram ustaz syukur menjeling ke arah gadis itu yang beriak seperti tiada apa yang berlaku.
😝😝😝😜😜😜 humaira terus beredar dari situ dan dengan selamba dia boleh pulak menolak ustaz syukur menyebabkan ustaz syukur terjatuh lagi untuk sekian kalinya.
Aduh kena lagi..kenapa la dia ni cari gaduh..apalah nasib badan.
"Aik pelik budak ni tersengih2x..jek dari tadi ..apa kes.."soal adawiyah pada diri sendiri dan mendekati humaira."Woi...kau ni dah kenapa?"terjah adawiyah menyebabkan humaira terkejut. "Hoiii😲 kau ni ada..nasib baik jantung aku ni masih kekal dekat tangkainya tau..eee..kau ni apa hal?"marah humaira dan cuba untuk sekehkan dahi adawiyah tapi tidak kena.
"Aku pelik tengok kau dari tadi tayang gigi apa kes ce citer..."desak adawiyah lagi.
"Aku lepaskan geram dekat mamat tu..petang tadi aku baling sebundle selotape terus terkena dahi dia memang sah la..benjol esok..puas hati aku...suka sangat cari pasal kan dah kena..ikutkan hati aku ni nak aje simbah dia guna dakwat
stamp pad 😈😈😈"luah humaira dengan penuh nada marah.Adawiyah yang mendengar kata2x yang keluar dari mulut humaira sedikit terkejut..budak ni memang tak fikir panjang..kasihan pada anak orang yang dia buat macam tu.
"Maira tak elok la kau buat ustaz macam tu..tak ada manusia yang sempurna..jadi"
"jadi kau ingat hati aku ni tak sakit..bila dia malukan aku semasa majlis tu..hello ada...3 smk bergabung kau tahu tak..malunya sampai saat ini belum mampu aku nyahkan dari dalam kotak fikiran aku ni!!!"marah humaira dan meninggalkan adawiyah yang turut merasa bersalah sebab terlanjur kata.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...