Wajah lesu itu ditatap penuh kasih sayang. Ustaz syukur berasa teramat bersalah sebab terus mendesak isterinya sejak tadi mungkin disebabkan itu isterinya tidak mampu memberi tindak balas.
Wajah itu diusap perlahan sesekali wajah itu dikucup penuh kasih sayang. Jari jemari isterinya diusap berkali2x.
Hp isterinya menyala lagi. Perasaan yang baru sahaja reda untuk seketika kembali panas.
Ustaz syukur terus mencapai telefon itu dan..angah😣!!!dah kenapa angah ni main wassap dengan isterinya. No syukri terus didail
Syukri:awak..kenapa tak jawap soalan saya sejak tadi saya menunggu jawapan dari awak risau pulak jika terjadi apa2 ke dia dera awak..jangan nak berahsia pulak
Ustaz syukur:asslamualaikum angah..rajin pulak angah berwassap dengan kak long
Syukri:aik along ye..jangan la marah along..angah sekadar kongsi pendapat je pun..adik ni ha..yang selalu tanya keadaan kak long angah tolong je
Ustaz syukur:angah kalau boleh selepas ni jangan kerap sangat wassap kak long..wassap bila perlu sahaja dan along tak nak tengok lagi selepas ni jika angah kacau kak long lagi angah mesti..fahamkan?.
Angah ni dah kenapa kat luar tu banyak lagi aweq lain pasai pa angah ngorat kak long..Telefon terus ditutup. Apabila dia menoleh diatas katil sekarang humaira tiada lagi disitu. Laa kemana pulak dia ni ..bila dia menoleh ke arah balkoni diluar disitu kelihatan isterinya seperti merenung jauh melepas pandang menyaksikan panorama petang.
Dengan perasaan yang sarat merindui insan tercinta tubuh itu dipeluk erat menyebabkan humaira sedikit tersentak. Humaira cuba meleraikan pelukan itu tapi tidak mampu.
Humaira mengeluh lembut dan menutup matanya. Hati dikuatkan untuk tidak mengeluarkan kata2x yang tidak sepatutnya.
Rambut humaira dikucup lembut dan kepala ustaz syukur terletak elok di atas bahu isterinya.
"maafkan habibi sebab lukakan hati habibati berkali2x.
Habibi mohon maaf ..tiada niat di hati nak melakukan semua itu..maafkan habibi. Sehinggakan abaikan kebajikan habibati selama ini.." humaira terus memusingkan tubuhnya berhadapan dengan ustaz syukur.Dia kena tabahkan hati untuk terus meluahkan apa sahaja yang dia rasakan sebelum ini. Ustaz syukur berasa lega bila isterinya masih lagi ingin melihat wajahnya.
"Awak..saya mohon maaf diatas segala keterlanjuran perbuatan saya selama ini..yang sengaja atau pun tidak.
Saya juga tak pernah salahkan awak di atas apa yang telah terjadi. Saya faham dan saya tahu kesukaran untuk awak menerimanya.
Tapi saya dah terima seadanya jika itu yang sudah ditentukan..saya.." ustaz syukur dapat merasakan bahawa mulut mungil itu pasti akan mengeluarkan perkataan yang tidak diingini olehnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/88292745-288-k442203.jpg)
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...