BAB 4

9.8K 411 1
                                    

Terkejar-kejar Haifa. Dia perlu mengejar lelaki yang terjatuhkan beg dompetnya di butik pakaian.

"encik!!" hampir separuh daripada suaranya digunakan untuk menghentikan langkah orang yang berada agak jauh daripadanya.

Selepas mendapat bantuan orang sekitar untuk menghentikan lelaki itu barulah Haifa boleh menarik nafas lega. Hampir terkeluar jantungnya kerana terpaksa mengejar lelaki itu, dengan bertumit tinggi tetapi tapak rata membuatkan dia risau jikalau tersalah langkah.

Nafasnya ditarik sebelum memandang wajah lelaki dihadapannya ini. Lelaki itu hanya terkebil-kebil memandang wanita dihadapannya yang seperti tercungap-cungap. Jangan jatuh pengsan sudah.

"ini dompet encik, tadi encik jatuhkan dekat depan butik" beg dompet yang dipegangnya dihulurkan dihadapan lelaki itu.

Huluran disambut dan dompetnya dibuka. Dompet dia ini!

Poketnya diraba dan tiada beg dompet. Syukur tak hilang!

"terima kasih" lega dia.

Haifa tersenyum manis.

Jantung lelaki dihadapannya ini pula yang berubah rentak.

"lain kali hati-hati tau encik. Zaman sekarang tiada lagi orang yang baik kalau nampak beg duit. Saya minta maaf sebab tadi tengok dalam beg duit encik tu. Saya minta diri dulu" badannya dipusingkan dan dibawa langkahnya ke tempat dimana banag-abangnya menunggu.

Bahu Irsyad ditepuk.

"aik, dah jatuh hati ke?" keningnya dijongket-jongketkan. Mengusik abangnya.

"ish, mana ada. Dahlah, jom balik" dia menidakkan perasaan sendiri.

Syamimi tersenyum sahaja melihat kegelisahan abangnya.

'jatuh hati lah tu' hatinya bersuara sambil tersenyum senget.

'dapat kakak iparlah aku lepas ini' masih tidak habis menduga.

Haifa terus memeluk lengan abang sulungnya selepas dia tiba ditempat mereka tadi. Nafas lega dilepaskan dan kepalanya direbahkan dilengan abangnya yang agak tinggi. Tinggi kedua-dua abangnya adalah sama dan dia hanya tinggi separas bahu sahaja.

Itupun kalau pakai kasut tumit tinggi!

"kau ni, dah tahu pakai kasut tumit tinggi nak juga lari" marah Hasif.

Kepala adiknya diusap walaupun mulutnya membebel.

"kalau tak lari sampai kesudah adik tak dapat kejar orang tu, nasib tadi dapat bantuan orang sekitar untuk hentikan dia. Kalau tidak memang sampai ke tempat letak kereta lah adik kejar" beritahunya dalam nada gurau.

Tergeleng Hasif dan Muaz melihat adiknya yang sudah pucat.

Pantang berlari, lepas itu mesti tercungap-cungap dan bibirnya berubah warna.

"dahlah, daripada adik pengsan dekat sini lebih baik kita makan McD. Lama dah tak masuk McD semenjak ada orang itu suruh boikot" kata-katanya itu lebih menuju kepada Muaz.

Belakang tengkuknya digosok.

"kawan-kawan aku yang suruh boikot, aku joinlah sekali" beritahunya. Jujur.

Tergeleng Hasif.

"mulut je kata boikot tapi lepas habis boikot tu terus serbu McD. Kalau nak boikot kena boikot betul-betul. Boikot semua hasil dia ini tidak, McD je yang kena boikot tapi cawangan dia yang lain tak kena pula" bila penceramah dah bersuara.

Haifa menyimpan senyum. Jangan senyum lebih-lebih nanti kena luku dengan abang penceramah.

"hei bang, jauh termenung" tegur Mimi apabila melihat abangnya seperti hanya tinggal jasad dibumi.

Hilang semua lamunannya.

"apa kau cakap dik?" tanyanya semula.

Syamimi menggeleng.

"tak ada cakap apa-apa, just cakap bila nak start enjin kereta"

Irsyad mengangguk dan enjin kereta mula dihidupkan. Kereta BMW yang dibeli atas usahanya sendiri sentiasa dijaga dengan penuh rapi. Hampir 3 tahun dia mengumpul duit hasil kerja dengan papanya dan membolehkan dia membeli kereta mewah ini tanpa bantuan papanya.

"kalau dah berkenan dihati, jangan disimpan" usik adiknya saat kereta sudah meluncur laju membelah jalan raya yang agak sesak dengan kereta pada hujung minggu.

Irsyad mengerling ke arah adiknya sebelum matanya fokus pada jalan raya.

"apa yang kau merepek dik"

"adik tak merepek kalau benda itu tidak berlaku depan mata adik" masih mencuba untuk mengorek rahsia hati abangnya.

Muka ketat, muka beku.

"tak perlu nak sibuk korek rahsia hati abang. Kalau abang rasa nak kahwin, nanti kau jadi orang pertama yang abang beritahu dulu ya" seperti dia agak apa yang difikirkan adiknya.

Terdiam terus Syamimi.

Suasana didalam kereta hanya dihiasi dengan bunyi lagu dari corong radio. Seperti faham apa yang dia rasa, lagu-lagu yang keluar dari corong radio semuanya membuatkan jantungnya kembali berdegup tidak teratur.

"abang, kenapa ayah lama sangat dekat Jepun ya?" tanya Haifa secara tiba-tiba.

Muaz pula terpaksa mendiamkan diri. Hasif yang baru sahaja tiba dengan dulang yang berisi makanan memandang pelik dua adik-adiknya ini.

"ini pehal dah senyap semacam je ni. Gaduh ke? Abang baru je tinggalkan tak sampai 10 minit, kau orang dah gaduh" kepalanya digeleng-gelengkan tetapi hatinya berfikir sesuatu yang lain.

Muaz menggeleng. Haifa menarik air milo yang dibawa abangnya.

"dah kenapa, cuba cakap" kedudukan mereka yang agak terlindung membuatkan mereka mudah untuk bersuara sedikit kuat.

Air milo disedut terlebih dahulu sebelum dia bersuara.

"kenapa ayah lama sangat dekat Jepun?" tanyanya.

Hasif mengangguk-angguk faham. Muaz kalau ditanya pasal ayah mereka pasti dia orang pertama yang akan tutup mulut sampai bila-bila.

"ibu tak cakap ya?" soalan berbalas soalan.

Haifa menggeleng.

"cuba tanya ibu, ataupun tanya ayah. Ayah dah balik kan" dia juga tidak mahu membuka mulutnya.

Sepanjang 12 tahun dia membesar tanpa ayah, begitu juga dengan adik-adiknya pasti bila perkara berkaitan tentang ayahnya dia tidak mahu mengungkit. Mulutnya akan dikunci serapat yang boleh supaya tiada siapa boleh tanya tentang ayahnya.

"tak sempat nak tanya. Setiap kali adik tanya mesti ibu mengelak macam ada sesuatu yang disimpan. Dulu masa umur adik 12 tahun, adik ada dengar ibu dengan ayah cakap tapi adik dah tak ingat apa benda" beritahunya.

Hasif tersenyum melihat adiknya.

"abang nak cakap ni, rasanya tak perlu kut kita nak ambil tahu pasal semua itu. cukup adik tahu yang ibu dah besarkan kita dengan tulang empat kerat dia. Cukup adik tahu yang kita berempat pun dah cukup bahagia tanpa seorang 'ayah'" terasa berat lidahnya untuk menutur perkataan keramat itu.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now