BAB 37

5K 173 0
                                    

Malaysia Airlines.

Sydney International Airport.

Waktu Sydney 3:50 petang. Bertolak dari Sydney ke Kuala Lumpur hanya memakan masa 7 jam 50 minit. Akan tiba di Malaysia pada pukul 8:40 malam waktu Malaysia.

"already miss you" Jane sedih melihat kepergian rakan serumahnya.

"do not be sad. if not, I will cry with you" Haifa memujuk.

Jane mengesat air matanya.

"you are my best friend and till we meet again. don't forget about me, okay" pesan dia sebelum mereka terpaksa berpisah dibalai pelepasan.

Haifa mengangguk dan melambaikan tangannya.

Didalam balai pelepasan, dia yang mengalirkan air mata. Doanya, semoga perjalanan kehidupan Jane berjalan dengan lancar dan semoga dia dipermudahkan untuk pulang ke tanah airnya.

"miss, please enjoy your flight and if you need anything just call me"

Haifa mengangguk. Pramugari itu terus berlalu pergi ke penumpang yang lain. tidak sampai setengah jam diatas awan, Haifa sudah memejamkan matanya. Mengantuknya tidak dapat ditahan lagi dan perlu diuruskan dengan segera.

"miss, please enjoy your meal" baru sahaja membuka mata terus ada hidangan untuknya. Langkah kanan.

Perutnya yang lapar juga minta diisi.

Habis makan tidur balik. Bertuah punya Haifa, kenyang tidur. Bangun lapar, tidur kenyang tetapi hanya itu yang boleh dia lakukan termasuk menonton rancangan hiburan di tv layar sentuh yang berada didepan setiap kerusi penumpang.

Dua jam sebelum tiba, dia menghabiskan sisa-sisa waktu untuk tidur kerana sebaik sahaja dia turun dari kapal terbang, tugasnya sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur akan dipegang olehnya semula.

Terus dia membuka fon kepala yang digunakan untuk menutupi telinganya sewaktu dia tidur semasa dia melihat semua penumpang seperti sudah bersedia untuk mendarat.

"Dear passengers, welcome to Malaysia, we have landed at Kuala Lumpur International Airport, we invite you to remain seated until the plane actually stopped perfectly in place and wear a seat belt light is extinguished. The end is already flying us today on behalf of Malaysia Airline captain Zahir, and the whole crew on duty to say goodbye and hope to meet again in Malaysia Airlines flying time. Before leaving the plane, we remind you to check back in your cabin baggage so that there are no items left behind. The passengers with flight continued to report on the service please move the plane in space flight. Thank you"

Terus ditarik tali pinggang keledar seperti yang diarahkan oleh pramugari.

Kapal terbang mendarat dengan selamat dan para penumpang sudah bergerak keluar meninggalkan kapal terbang begitu juga dengan Haifa cuma dia memberi peluang kepada penumpang lain untuk keluar terlebih dahulu.

"thank you" ucap dia kepada pramugari.

Pramugari bertag nama Isabella mengangguk dan tersenyum manis.

Pergi ke Sydney, satu beg. Balik daripada Sydney dua beg. Satu beg penuh dengan pakaiannya manakala satu beg lagi penuh dengan cenderamata dari Sydney dan beberapa buah buku yang telah digunakan sepanjang pengajiannya.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now