Seminggu yang dilalui oleh Haifa sudahpun tamat. Dia kini kembali bertugas sebagai doktor unit rawatan kecemasan. Mengabaikan kembali tidurnya, mengabaikan kembali kesihatannya dan mengabaikan kembali masa yang dia ada.
Kelincahannya ke sana dan ke mari membuatkan dia mendapat tawaran banyak untuk menyambung pengajian tetapi hampir semua dia tolak kerana dia belum bersedia untuk menyambung pengajian.
"awak ini terlalu gilakan kerja. Sudah dapat tawaran menyambung pengajian mengapa tidak mahu mengambilnya?" Doktor Taufiq, ketua unit bahagian kecemasan.
Haifa berhenti daripada menlangkah. Doktor Taufiq yang sedang bersandar didinding laluan dipandang dengan penuh tanda tanya.
"saya ketua awak, sudah semestinya saya tahu apa yang berlaku kepada anak murid saya. Ketua pengarah juga dah pesan supaya lepaskan awak kalau awak nak sambung belajar tapi awak asyik tolak semua tawaran" dia bersuara tanpa Haifa bertanya.
Haifa hanya mendengar.
"you have the opportunity to study for a master of surgery but you refuse the offer. very detrimental. I hope you can think of it as best as possible"
Haifa tersenyum.
"just accept the offer. the director general also allow you to pursue. so why do you reject. almost 3 universities you decline the offer. this time, you've got a deal outside the country. so, consider it" kata dia sebelum dia berlalu pergi.
Haifa hanya mampu tersenyum.
"doktor, ada kes kecemasan" bahu Haifa ditepuk membuatkan dia berhenti tersenyum dan terus memulakan tugasnya semula.
Seminggu dia tidak berhenti bekerja. Kerja dan kerja dan kerja. Sehinggakan hanya beberapa jam sahaja yang dia ada untuk berehat dan ada kalanya dia tiada waktu untuk pulang ke rumah.
"saya sudah mendapatkan pinjaman daripada MARA untuk awak menyambung pengajian di Sydney Medical School. Saya harap, awak tidak menolak tawaran kali ini kerana tawaran ini hanya datang sekali seumur hidup. Awak berpeluang untuk menyambung pengajian tetapi awak menolak dan saya faham pasti kerana pinjaman jadi saya dan pihak hospital sudah memohon pinjaman untuk awak dan jangan menolak. saya tidak mahu pihak universiti menyangkakan pihak hospital yang membantah awak untuk menyambung pengajian" suara Prof Madya Zuhair hanya berlalu sahaja di corong telinganya.
Surat tawaran daripada Sydney Medical School sudah dia peroleh berbulan yang lalu tetapi dia masih belum pertimbangkan sama ada hendak menerima atau menolak. Tetapi dia tidak sangka bahawa tawaran itu sudah sampai ke pengetahuan pihak atasan hospital ini sehinggakan mereka sanggu mencari pinjaman untuknya.
"tahniah beb. Dapat tawaran daripada universiti luar negara" Wani menyapa Haifa yang sedang duduk bersendirian di kantin hospital.
Haifa tersenyum.
"kau pun tahu juga" dia tidak sangka, cepatnya tersebar.
Wani melabuhkan punggungnya dihadapan Hiafa.
"beb, benda baik takkan aku tak tahu. Selama ini, pihak atasan asyik perhatikan cara kau bekerja. Dia orang dah nampak potensi kau untuk teruskan ke peringkat lebih tinggi. Ambil jelah, takkan kau nak lepaskan macam itu sahaja" Wani memujuk Haifa.
Haifa hanya mendiamkan diri sahaja.
"setahun je wei kau dekat luar negara. Lepas sahaja kau tamat pengajian di Sydney Medical School. Lepas itu kau boleh balik ke Malaysia" tangan Haifa digenggam bagi memberikan kata-kata sokongan.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...