Tangannya yang dihiasi dengan inai dipandang. Semalam, seharian dia dipaksa untuk memakai ini walaupun dia sendiri tidak mahu. Hanya pakai dihujung jari dia masih boleh terima tetapi ini sekali dengan hiasan ditapak tangannya dan kekuranya.
Dibadannya sudah tersarung baju nikah berwarna putih. Bahagian atas bajunya penuh dengan manik berwarna rona sama dengan kain bajunya. Dibahagian belakang pula terdapat reben yang sudah dijahit. Dikepalanya sudah tersarung kemas tudung selendang dan kain lace sederhana pendek disangkutkan diatas kepalanya.
Wajahnya juga sudah memberat dengan mekap. Walaupun dia minta mekap sederhana terang, jurumekap yang ditempah ibunya masih meletakkan mekap yang agak tebal kerana dia hendak menutup kepenatan diwajahnya.
"anak ibu dah nak jadi isteri orang" bahu Haifa dipegang oleh Puan Dahlia.
Haifa hanya memandang ibunya melalui cermin mekap sahaja. Dia tersenyum nipis, dia berdebar sekaligus dia takut kerana selepas ini tanggungjawabnya bertambah. Dia ialah anak dan dia ialah isteri.
"kenapa ni anak ibu" tanya Puan Dahlia.
Haifa menggeleng dan tersenyum nipis.
"adik mesti nanti rindu nak bermanja dengan ibu setiap hari" dia bernada sedih. Puan Dahlia hanya mampu menggeleng sahaja. Sudah terlalu lama dia memanjakan anak daranya yang seorang ini.
"kamu dah nak kahwin, pergilah bermanja dengan suami kamu pula. kesian dia, selama kamu kenal dengan dia. Kamu yang dimanjakan. Bukannya dia" kepala anaknya diusap-usap dan dikucup lembut ubun-ubunnya.
Haifa hampir mengalirkan air mata tetapi ditahan ibunya kerana itu akan merosakkan mekapnya.
"dah-dah, jangan buat drama air mata lagi. Jom kita pergi surau, pengantin lelaki dah nak sampai ke sana" ajak Encik Dahlan menghentikan drama yang berjalan didalam bilik pengantin Haifa.
Haifa tertawa dan dia mengambil bunga yang terletak diatas katil.
Menaiki kereta bersama-sama dengan ayah dan ibunya membuatkan dia kesepian kerana ibu dan ayahnya sibuk berbual tentang apa yang akan dia lakukan pada keesokkan harinya. Majlis pihak perempuan akan berlangsung esok manakala pihak lelaki akan berlangsung pada lusanya.
Terus dia buka telefon bimbit yang dibawa bersama.
-kau dekat mana?
-eh, Wani kau dah sampai ke?
Typing..
-dah, surau ni lawa gila wei! Aku jarang dapat masuk.
-ya Allah, jakun gila kawan aku ni.
Typing..
-nak tahu apa yang menakjubkan, dua ekor manusia tu datang!
-Amira dgn Tasha ke?
-yelah wei, tak percayakan!!
Typing..
-lambat lagi ke nak sampai, aku nak susukan anak ni wei!
-hak alamak, pergi jelah susukan anak. Apa ada hal, lambat lagi. Half an hour left.
Typing..
-baiklah pengantin, anak aku nangis masa akad nikah harap maaf.
-goreng kau. pape hal report.
-baik!!
Setengah jam jugalah perjalanannya ke Surau Ar Rahman PWTC.
"anak ibu tak nak keluar ke?" pintu disebelah kanannya sudah terbuka.
Haifa tersenyum dan dia keluar. Kasut tumit tinggi yang berwarna putih menjadikan dia seperti seorang puteri raja yang baru sahaja keluar daripada kereta kudanya. Walaupun hanya berhenti di masjid.
"lawa adik abang" Muaz memuji adiknya. Kali pertama dalam sejarah.
Haifa ternganga dan tertawa lepas.
"ego abang adik dah turun ya?" usik Haifa. Dia perlu menghilangkan gugupnya.
Muaz tertawa dan mengangguk.
"hari ini je, esok dah tak lawa" balasnya tetapi mengundang tawa ceria daripada Haifa. Sekurang-kurangnya dia mampu melebarkan senyuman paling indah untuk orang yang melihatnya.
"abang, jaga phone adik tau. nanti ambil gambar banyak-banyak" dia mengenyitkan matanya dan abangnya hanya mampu menggeleng sahaja.
"baiklah bakal pengantin"
Pihak perempuan yang baru tiba terus melabuhkan duduk berdekatan dengan tempat berlangsungnya majlis akad nikah. Encik Dahlan duduk disebelah tok kadi manakala abang-abang Haifa duduk dikanan pengantin.
Haifa pula sudah duduk bersimpuh di bantal nikah yang sudah tersedia. Ibunya menyerahkan segalanya kepada perancang perkahwinan dan dapat dilihat Puan Elia, perancang perkahwinannya turut serta.
"hai Aleesya" Haifa bertegur sapa dengan anak Wani.
"hai aunty"
"eh, aku cakap dengan anak kau bukan dengan kau" saja mengusik.
Wani tertawa lepas.
"gediklah kau ni, anak aku sebahagian daripada aku" ada sahaja yang hendak dijawabnya.
"tak perlu nak layan umi, layan aunty je okey" dia bercakap dengan Aleesya dengan nada separa berbisik tetapi masih dapat didengari oleh Wani.
"eleh, nak cakap berbisik tapi bagi aku dengar. Itu bukan berbisik namanya. Itu cari nahas namanya" dia marah.
"ada aku kesah. Tak perlu layan umi. Kan. Kan"
Aleesya mengangguk.
"yeah, aunty love you" diangkat tapak tangannya dan diambil tapak tangan Aleesya. Dia yang menepuk tangannya.
"umi tak bagi susu nanti" sempat dia mengugut.
"umi tak bagi susu, datang duduk dengan aunty. Biar umi kemurungan sebab tak dapat jumpa eesya. Aunty tak bagi umi datang jumpa eesya. Kita pergi jalan-jalan. Nak?" ada sahaja yang dia hendak kenakan kawannya.
Wani sudah kembang kempis mendengar.
"sampai hati kau, anak aku ni baik. Dia dengar cakap aku" Wani merajuk.
Haifa tertawa kecil.
"ish, dah-dahlah tu berboraknya.Kejap lagi pengantin lelaki nak sampai. Cuba duduk diam-diam nanti jurugambar nak ambil pun susah kalau asyik bergerak sahaja" Puan Dahlia menghalang anaknya daripada terus berborak.
ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...
