"doktor, baliklah. Dah berapa hari doktor kerja. Lagipun, hari ini dah mula hari cuti doktor. Doktor dah dapat cuti, kena hargai cuti kalau tidak nanti susah bila nak apply cuti tapi tak dapat" salah seorang jururawatnya risau akan keadaan doktor muda ini.
Haifa tersenyum.
Terus dicapai beg tangan selepas dia membuka baju kot. Walaupun dia hanya duduk didalam bilik kerjanya, masih ada jururawat yang tahu tentang keberadaannya. Pintu yang sudah dibuka oleh jururawatnya ditutup.
"nanti kalau ada kes, terus call saya" pesannya sebelum keluar.
"jangan risau, kakitangan disini sentiasa cukup" dapat dia rasakan bahang panas daripada badan doktor muda ini.
Haifa terus menapak pergi. Belum sempat dia melangkah jauh, jururawat itu sempat berpesan kepadanya.
"doktor, balik nanti makan ubat. Suhu badan doktor hampir melebihi suhu badan normal" pesannya.
Haifa mengangguk.
Balik sahaja dari hospital, suhu badannya naik mendadak. Sebelum pulang sempat dia singgah di farmasi untuk membeli ubat demam. dia jarang membeli ubat daripada hospital kerana kebanyakan ubat daripada farmasi.
"kan tok dah cakap. Kamu ni memang tak pernah nak dengar" tok Bariah membebel sambil meletakkan tuala yang basah diatas dahi Haifa.
Walaupun demam, dia masih mampu melakar senyuman. Toknya membebel tetapi dia tahu hati tua itu risau tentang keadaannya.
"tadi tok dah telefon ibu kamu, dia kata kalau kamu tak baik lagi dalam 2 hari dia terus datang sini. Ayah kamu pun risau" beritahu tok Bariah.
Haifa mengangguk lemah.
"mana wan?" matanya melilar melihat kawasan luar. balik sahaja terus baring di kerusi jati yang berada diruang tamu. Badannya tidak larat untuk berjalan masuk ke dalam bilik tidur. mana yang dia sempat lihat, itulah dia rebahkan badannya.
"wan kamu pergi petik daun bunga raya" kata toknya.
Haifa mengangguk. Kaedah daun bunga raya adalah kaedah tradisional yang masih diguna pakai oleh tok dan wannya begitu juga dengan beberapa orang yang mempercayai kaedah itu.
Caranya amat mudah, hanya dengan memetik beberapa daun bunga raya dan ramas daun itu sehingga hancur dan sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada kepala dan ubun-ubun secara berulang kali sehinggalah demam menjadi kebah.
Selain itu, boleh menggunakan bawang merah. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan yang demam. Selain itu juga boleh mencampurkan bawang yang telah ditumbuk itu dengan sedikit minyak kelapa dan lumurkan ke badan terutamanya bahagian punggung dan dada.
Boleh juga menggunakan air asam jawa, Jika diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menlumurkan kepalanya dengan air asam jawa.Caranya adalah ambil sedikit asam jawa, ramaskan dengan sedikit air. Selepas itu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri. Lakukan berulang kali sehingga demam kebah.
Cara lain pula, menggunakan sirih pinang. Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Lalu,tumbukkan kesemua bahan itu sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala yang demam. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam reda.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...