BAB 10

8.5K 308 5
                                    

 "cuba bawa simpan gopro tu" hendak dirampas sahaja gopro ditangan adiknya.

Haifa menjelirkan lidahnya. Dia jarang menaiki kapal terbang, jadi apa salahnya dia merakam segala kenangan tentang perjalanannya ke Langkawi.

"biarlah If, adik kamu tu teruja" Puan Dahlia menghalang anak lelakinya daripada merampas gopro yang dipegang oleh adiknya.

Hasif menghentikan pergerakan tangannya selepas ditegur ibunya.

"tapi dia tak habis-habis dengan gopro" adunya.

"alolo, adik nak save kenangan je. Tu tengok abang gila sorang tu, tak habis-habis ambil gambar" kini mata mereka terarah pada Muaz yang sibuk memfokuskan lensa kameranya.

Hasif tergeleng kecil. Sudah tidak boleh dia halang adik-adiknya.

"jangan risau, tiada laman sosial tetapi ada gopro sebagai perakam video. Kan abang gila kan!!" Haifa bersuara sedikit tinggi untuk menarik perhatian abang keduanya yang sibuk mengambil gambar.

Dengar sahaja perkataan abang gila, dia tahu kata-kata itu ditujukan kepada dia.

"ya" kali ini lensa kameranya fokus pada wajah adiknya.

Macam-macam gaya dibuat adiknya. Puan Dahlia hanya tersenyum sahaja melihat anak-anaknya. Sudah lama mereka tidak bercuti bersama kecuali pulang ke kampung. Pasti semua anak-anaknya akan ada untuk turut serta.

"mana tempat penginapan kita If" tanya Puan Dahlia selepas dia hanya memerhatikan gelagat nakal anak-anaknya.

Hasif memusingkan badannya. Ibunya yang berjalan dibelakang membuatkan dia terpaksa menghentikan langkah dan berjalan seiringan dengan ibu tersayangnya.

"kita tinggal dekat resort. Nanti ada travel agency ambil kita. Hah, tu" belum sempat dia menghabiskan katanya, sudah muncul orang yang bertanggungjawab untuk membawa mereka berpusing di sekitar Langkawi.

Masing-masing menarik bagasi yang dibawa. Hasif menarik bagasi milik ibunya dan bagasi miliknya. Mereka berjalan menuju ke arah orang yang terlambai-lambai ke arah mereka.

"assalammualaikum" sapa Hasif.

"waalaikumussalam, pekerja dari MT Architecture Holding kan?" tanya dia.

Hasif mengangguk.

Selesai sahaja berbual dan berkenalan, bagasi yang dibawa oleh mereka diletakkan dibahagian but belakang kereta sebelum maisng-masing memboloskan diri didalam kereta.

"ish, apa kamu pergi bercuti dekat sini. Panas tahu tak?" Puan Nazurah membebel sejak dari saat mereka menjejakkan kaki di lapangan terbang.

Encik Izzudin pula hanya mampu menggeleng melihat keceluparan mulut isterinya yang tidak sedar diri itu lahir di Malaysia dan semestinya sudah biasa dengan cuaca di Malaysia. Jangan kata mereka kaya, boleh berlagak duduk luar negara. Cintailah Malaysia.

"cuba bawa mengucap. Cuaca ini kan urusan Allah" sekali Encik Izzudin bersuara. Tahu pula senyap.

"mama bukan lahir dekat Australia jadi tak perlu nak panas sangat lah mama" perli Mimi. Telinganya makin sakit dengar bebelan mamanya.

Puan Nazurah menjeling ke arah anak perempuannya. Sudah berani.

"tak perlu nak diherdik anak awak tu, betul apa yang dia cakap. Kita bukan lahir dekat luar negara sampai nak kata cuaca panas. Orang putih yang datang melawat tu pun tak ada kata cuaca panas. Diaorang boleh relaks main tepi pantai" Encik Izzudin menyokong kata-kata anak perempuannya.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now