Keluhan dilepaskan.
Tarik balik keluh tu!
"ya Allah, putus satu urat aku" dahinya ditepuk.
Badannya yang penat membuatkan dia terpaksa mengeliat ditempat umum.
Tempat lepak. Kantin!
"dah pula, mana telefon ni" poket seluarnya diraba dan tiada telefon didalamnya.
Sekali lagi, dahinya ditepuk.
"assalammualaikum"
Wajahnya diangkat. Terkejut!
"waalaikumussalam. Eh, encik kenapa cari saya sampai sini?" tanya dia. Pelik.
Takkan sebab nak tanya pasal ahli keluarganya yang sakit, sanggup dia datang ke sini. Dia boleh sahaja bertanya pada jururawat yang bertugas kerana mereka juga sudah tahu masalah pesakit.
"aik, halau saya ke?" senyuman diberikan.
Haifa menggeleng.
"kenapa ya encik cari saya?" tanya dia. Sekali lagi.
Telefon berjenama samsung dan sebiji seperti telefon dia dihulurkan dihadapannya. Nak bagi aku hadiah telefon ke?
"apa ni?" tanya dia lagi. Pelik!
Lelaki dihadapannya itu tersenyum.
"ini telefon awak. Dah tak kenal ya?" kata dia.
Haifa tercengang. Macam mana?
"saya ada jumpa nurse nak tanya pasal awak, lepas itu ada seorang nurse tu kata awak tinggal telefon dekat kaunter masa nak masuk bilik bedah. Lepas itu awak tertinggalkannya. Saya dengan besar hati, datang cari awak dan serahkan kepada awak" beritahunya. Melihat riak wajah Haifa yang sudah kembali tenang membuatkan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Haifa mengangguk.
Telefon yang dihulurkan diambil dan password segera ditekan. Terdapat hampir 10 panggilan daripada abangnya. Ini tidak lain tidak bukan pasti bertanya sama ada dia ada dalam bahagian kecemasan ataupun pulang ke rumah.
Punggung lelaki itu pula sudah mencecah bangku dan duduk tanpa dijemput oleh Haifa. Kawasan kantin ini adalah kawasan semua orang jadi tiada guna dia menghalang.
"assalammualaikum" sapanya sebaik sahaja panggilan disebelah sana diangkat.
"tak, adik balik hari ini. Tak cukup tidurlah duduk bahagian kecemasan ni. kenapa, nak ambil ke?" suaranya sudah berubah manja.
Lelaki dihadapannya itu hanya memasang telinga.
"tak perlulah, kereta Suzuki tercinta adik tu takkan nak tinggal dekat hospital pula" beritahunya. Manja.
Selesai sahaja berbual dengan abang sulungnya, matanya terarah pada lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Tidak sedar pula dia lelaki itu ada disitu tetapi wajahnya hanya menunjukkan riak biasa.
"mesti anak manja ni" tebak dia secara tiba-tiba.
Mata Haifa yang sibuk memandang ke sekeliling kini tertacap pada figura dihadapannya ini. Tiba-tiba. Tetapi mulutnya tidak pula bersuara mahupun menjawab. Dibiarkan sahaja lelaki dihadapannya ini.
Lelaki dihadapannya ini hanya tersenyum melihat layanan doktor muda ini.
"hai, saya Muhammad Widad Irsyad. Salam perkenalan" perkenalan dihulurkan.
Haifa memandang sahaja lelaki dihadapannya ini. Senyuman diberikan sebagai tanda perkenalan tetapi mulutnya tidak pula dibuka untuk bersuara.
"tak nak berkawan dengan saya ke?" bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman. Tidak pula dia terasa dengan layanan doktor muda itu.
Baru sahaja hendak menyisip air horlick yang berada dihadapannya. Dia meletakkan semua cawan itu diatas meja.
"hai, saya Haifa. Salam perkenalan" tangannya diletakkan diatas dada dan ditundukkan sedikit kepalanya. Selalunya itulah cara dia untuk berkenalan dengan lelaki kerana dia tahu perempuan tidak boleh bersentuhan dengan lelaki bukan mahram.
Irsyad tersenyum lebar. Suaranya merdu.
"sedap nama" puji dia. Walaupun tidak tahu nama penuh.
Haifa tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Irsyad terpegun. Senyuman dia manis.
"dah lama kerja dekat sini ke? Selalu tak pernah nampak" tanyanya. Mulutnya rajin pula nak bertanya pada wanita yang endah tak endah melayan kehadirannya.
Haifa menggeleng. "saya praktikal je. Dah nak habis dah pun" beritahunya. Pendek.
Irsyad mengangguk.
"selalu ke datang sini?" tanya dia pula. Mulutnya jadi rajin nak bertanya.
Irsyad tersenyum dan menggeleng.
"saya jarang datang sini tapi saya kenal dengan doktor bahagian kecemasan ni" beritahunya. Alang-alang orang depan dah rajin bersuara.
Haifa mengangguk.
"awak selalu syif malam ke?"
Haifa menggeleng.
"bergantung pada keadaan. Tapi ada kalanya saya terpaksa kerja dari pagi sampai pagi lagi. Sebab tu tak cukup tidur" dapat dilihat bawah matanya terdapat lingkaran hitam. Betul, walaupun dia hanyalah praktikal tugasnya seperti doktor sebenar kerana dia mengambil bidang doktor bedah bahagian kecemasan.
Irsyad menjadi kesian.
"kena rehat cukup, nanti cepat jatuh sakit kalau kuat sangat kerja" cakap orang, diri sendiri tidak sedar.
Haifa hanya tersenyum.
"saya dah cuba untuk rehat cukup tapi tak boleh. Tugas kami terlalu banyak sehinggakan ada yang kerja tiga hari tiga malam kalau ada kes kecemasan. Orang awam fikir kami banyak duit tapi duit yang kami terima itu atas susah payah. Menjadi doktor tidak semudah yang orang lain sangkakan" terangnya. Rajin pula.
Irsyad menjadi prihatin mendengar.
Tugas doktor tak semudah yang orang lain pandang. Berduit. Tapi disebalik semua ini, setiap doktor dimuka bumi ini terpaksa mengorban tenaga, masa dan waktu yang ada semata-mata demi pesakit. Sehinggakan mereka tiada waktu untuk bercinta kerana terlalu sibuk dengan tugasan.
Jangan pandang tugas doktor kerana duitnya tetapi pandanglah tugas doktor kerana tanggungjawabnya. Saat memilih untuk menjadi doktor, perlu fikir keseluruhan. Fikir untuk mengorbankan masa, tenaga dan waktu kerana tugas. Jangan mengeluh walau sesaat kerana semua itu adalah amanah.
"doktor ni selalu lambat berumah tangga ya?" tanyanya.
Haifa menggeleng.
"bukan lambat berumah tangga tapi selalunya doktor akan berkahwin dengan doktor kerana kami tidak ada waktu untuk keluar bersosial kecuali dalam hospital. Kebanyakannya begitulah. Kenapa ya?"
Irsyad menggeleng dan tersenyum.
'kalau nak kahwin dengan awak boleh?' eh. Gatal pula suara hati aku ni.
.ne�S��;2-
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...