BAB 14

6.8K 267 0
                                    

 Pulang sahaja dari kerja, dia terus membersihkan diri dan terus direbahkan badannya. Matanya yang berat membuatkan dia malas hendak mengambil peduli keadaan sekeliling. Lebih baik layan tidur.

Sebab masalah wanita, dia tidur tak perlu risau untuk waktu solat.

Selalunya selepas zohor pasti dia akan bangun, entah syaitan apa yang duduk dekat mata dia sehingga hampir masuk waktu maghrib barulah dia bangun. Encik Dahlan pula tidak bising kerana dia tahu bagaimana penatnya anak daranya.

Bangun-bangun, terus dia pergi dapur.

"ayah, masak apa?" matanya ditenyeh-tenyeh.

Encik Dahlan hanya menggeleng melihat anak daranya yang muka baru bangun tidur tetapi sudah pergi ke dapur untuk mencari makanan.

"ya Allah, busuk ayah ni. Cubalah pergi mandi dulu ke, cuci muka dulu ke. Ini tidak, baru bangun tidur terus cari makanan. Ayah tak masaklah, kitakan nak pergi kenduri doa selamat lepas maghrib ini. Kalau lapar sangat, ayah masakkan" kesian pula dia lihat anak daranya ini.

Haifa menggeleng.

"nak minum susu jelah. Nanti nak ikut ayah mesti lapar" cawan diambil dan susu dutch lady yang berada didalam peti ais dituang.

Terus sahaja dia duduk bila ayahnya menarik kerusi supaya dia duduk.

"minum kena duduk. Tak sopan minum berdiri" tegur ayahnya. Haifa hanya tersengih sahaja apabila ditegur ayahnya. Itu adalah salah satu kelemahannya, dia akan minum berdiri mahupun makan berdiri apabila terlalu dahaga atau lapar.

Azan maghrib sudah hampir setengah jam berkumandang.

Haifa dari seronok layan drama terus naik ke biliknya. Dia masih belum mandi dan membersihkan diri. Takut, ayahnya sudah siap dan dia masih lagi belum siap. Nanti kena bebel baru tahu.

Seperti yang sudah diagak.

"budak bertuah. Ayah dah suruh mandikan lepas azan maghrib. Tak adalah terkejar-kejar" Encik Dahlan bercekak pinggang apabila melihat anak daranya masih belum memakai tudung.

Haifa tersengih. Silap dia juga.

"tapikan, kenapa bukan lepas maghrib. Rasanya nanti lepas isyak baru mula doa selamatnya. Kan yah?" tangannya ligat mencucuk pin ditudung selendangnya.

"ini baru otak doktor. Dia cakap lepas maghrib sebab nak suruh solat isyak berjemaah dekat masjid. Lepas itu barulah doa selamat" puji ayahnya.

Haifa tersengih. Bangga kejap.

Baju kurung pahang berwarna biru sama padan dengan baju ayahnya membuatkan dia tersenyum lebar. Sudah selalu dia berjalan keluar dengan ayahnya dan mereka memakai pakaian yang hampir serupa warna.

Ini baru anak ayah!

"lawa anak ayah. Dah boleh kahwin ni" usik Encik Dahlan.

Haifa meletakkan tangannya diatas bahunya sendiri dan matanya dijulingkan. Encik Dahlan tertawa sahaja.

"kalau jumpa jodoh lah. Kalau tak jumpa jodoh, adik jaga ayah seumur hiduplah" terus dipeluk lengan ayahnya. Encik Dahlan hanya mampu tersenyum sahaja. Anak daranya yang seorang ini suka sangat bermanja dengannya walaupun umur akan menginjak 25 tahun.

"dah-dah. jom" kunci kereta dipegang dan dia bergerak turun ke bawah.

Haifa mencapai jam tangan dan beg tangan diatas meja mekap. Telefon bimbit dan beg duitnya sudah diletakkan didalam beg tangan jadi dia hanya perlu membawa beg tangan sahaja.

Dalam kereta tidak habis-habis menguap. Dah cukup tidur pun masih nak mengantuk lagi.

"adik, jaga kunci. Ayah nanti nak pergi solat isyak naik tuan rumah je" kunci diserahkan kepada anak daranya sebaik sahaja mereka berdua keluar dari kereta.

"ayah" Haifa membuat muka takut.

Encik Dahlan menjadi risau. "kenapa ni?"

"ayahkan berat kenapa nak naik tuan rumah. Naik kereta jelah" lama baru Encik Dahlan faham dengan maksud anaknya.

Haifa tertawa.

"bertuah punya anak" tergeleng Encik Dahlan melihat anak daranya yang tidak berhenti tertawa selepas mengusiknya.

"nanti carilah kawan dekat dalam tu ya"

Haifa mengangguk.

Baru sahaja ayahnya meninggalkan selama sejam, dia sudah punya kawan. Ramai yang datang berbual dengannya. Haifa juga sudah rajin membantu, tidak pula dia kekok. Tahu dengan ayahnya memang kena puji lebih ini. Kembang setaman.

"lah, kenapa nak susah-susah. Duduk je, Haifa kan tetamu" puan rumah menghalang Haifa daripada menyibukkan dirinya membantu didapur.

Terhenti segala pergerakkan Haifa.

"seganlah pula aunty kalau tak tolong" orang lain sibuk tapi dia duduk. Segan.

Puan rumah menggeleng.

"tak ada siapa nak marah. Duduk je. Ayah kamu dah pesan dengan aunty suruh jaga kamu. Takkan aunty nak suruh kamu buat kerja-kerja macam ini" beritahunya.

Haifa terpaksa mengalah.

Terus dilabuhkan punggungnya bersebelahan dengan seorang kakak. Dia bermain-main dengan kanak-kanak yang duduk diatas riba kakak disebelahnya itu.

"suka budak-budak ke?" tegurnya bila melihat Haifa seronok bermain dengan anaknya.

Haifa mengangguk.

"nama akak Alisa. Nama adik?" salam perkenalan diberikan.

"Haifa" huluran tangan disambut.

"nama dia ni siapa?" pipinya dicubit.

"nama dia ni Sarah Umairah. Salam acik" kanak-kanak itu seperti mengikuti arahan ibunya dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

"alah, baiknya. Semoga menjadi anak yang dengar kata" senyumannya sentiasa manis dan mampu memikat hati-hati orang lain.

"senyuman adik manis" puji kak Alisa.

Senyumannya dilebarkan. Kena puji wei!

"nak pinjam anak akak boleh tak?" dapat sahaja lampu hijau, terus dia ambil Sarah yang juga sudah kenal dengan dia.

Orang lelaki yang baru sahaja selesai solat isyak berjemaah terus memenuhkan ruangan yang ada. Para wanita terpaksa berkumpul dibahagian ruang tamu kedua kerana ruang tamu bahagian hadapan sudah penuh dengan tetamu.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now