Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
"pergi satu beg, balik tiga beg" dia membebel.
Encik Dahlan tertawa, diri sendiri yang rajin nak beli macam-macam. Mr Kenzo pula sanggup memberikan seberapa banyak duit yang dia mahukan sepanjang di Jepun. Dilayankan sangat cucu perempuannya itu kerana dia sendiri tidak tahu hendak menyalurkan duit kemana.
"kamu ya. Ayah tak" Encik Dahlan bersuara. Dia pergi satu beg, balik masih satu beg bersama dengan beg galas dia.
Haifa memuncungkan mulutnya.
"ayah tak pernah cakap pun ada company dekat Jepun. Kalau ayah cakap awal-awal dah lama adik suruh ayah beli cenderamata setiap kali balik Jepun" dia merajuk.
Tangan kirinya memaut bahu anak daranya manakala tangan kanannya membantu anak daranya menolak troli yang digunakan untuk meletakkan beg-beg yang dibawa turun dari kapal terbang.
"ibu tahu tak kita balik?" dia lupakan rajuknya sekejap.
Encik Dahlan menggeleng.
"tiada sesiapa yang tahu kita dah balik. Sepatutnya balik minggu depan tapi ayah cepatkan sebab ayah minta cuti seminggu sahaja sebenarnya" dia tertawa dan memicit bahu kanan anak daranya.
Haifa tergeleng. 'apa lah yang kelakarnya ayah'
"ayah kejap tau, nak pergi tandas. Kita naik teksi kan?"
Encik Dahlan mengangguk.
"kejap tau ayah" terus dia bergerak ke tandas.
Perut dia sakit, mungkin salah makan kerana sepanjang seminggu dia sudah menelan berbagai jenis makanan Jepun dan bila menaiki kapal terbang, dia terpaksa menelan makanan melayu semula. Belum dapat disesuaikan.
Selesai sahaja, dia terus keluar.
"wei, mak kau" kepalanya terlanggar orang. mereka bertembung.
"maaf" Haifa yang memohon maaf terlebih dahulu. Tidak pula dia perasan siapa yang melanggarnya.
Terus dia menapak ke arah ayahnya.
"ayah. Ayuhlah kita, anak ayah dah nak demam ni" badan dia sudah mula mengeluarkan haba panas dan kepalanya juga sudah semakin sakit.
"kamu tak jumpa dia?" tanya Encik Dahlan secara tiba-tiba.
Haifa menghentikan langkahnya.
"jumpa siapa ayah?" dia pelik.
Encik Dahlan mengeluh.
"Irsyad" satu nama itu sudah mampu membuatkan degupan jantung dia tidak sekata.
"nak jumpa dia dekat mana?" tanya dia lagi. Pelik.
"itu" jari telunjuknya terarah pada beberapa orang yang dia kenali.
Terus dipalingkan wajahnya menghadap arah yang ditunjukkan oleh ayahnya. Tidak akan lelaki itu berada di lapangan terbang kerana ayahnya baru beritahu yang tiada sesiapa tahu tentang kepulangan mereka.
Matanya memandang ke arah kasut terlebih dahulu.
"kasut tu.." terus dia memandang ke atas.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...