Setahun sudah berlalu.
"alah, ibu. Adik nak pergi kerjalah. Takkan nak minta emergency leave pula. Adik ni doktor bukannya CEO" pagi-pagi lagi harinya sudah dipenuhi dengan bebelan.
Tudung selendang dililit dan dipin.
Baju kemeja biru dan seluar jeans putih menjadi pilihannya pagi ini. bukan hendak melawa kerana ini memang merupakan pakaian hariannya setiap kali hendak pergi bekerja.
"kalau adik tak ikut ibu, siapa yang nak hantar ibu" Puan Dahlia masih tidak berhenti memujuk anak daranya untuk mengikutinya.
Haifa menggeleng.
"ibu, adik bukan owner hospital tu. Kalau ibu nak pergi mana-mana, ajak ajelah ayah tak pun memandu sendiri. takkan ibu nak biarkan kereta Axia ibu tu duduk berkurung bawah garaj kereta" terus dicapai beg tangan yang berada diatas katil dan mengambil kunci yang terletak diatas meja mekap.
Puan Dahlia menghalang langkah anaknya.
"tak naklah, ibu dah 12 tahun memandu sendiri. sekarang ibu nak juga orang yang memandu dan ibu hanya jadi penumpangnya" dia memujuk anak daranya dengan ayat-ayat sedih. Tetapi semuanya tidak berjalan.
Semenjak menjadi seorang yang gilakan tugas, dia menjadi terlalu sibuk sehinggakan ada kalanya dia tidak fikirkan orang lain kecuali memikirkan pesakit-pesakitnya sahaja.
"tak boleh ibu, nanti siapa nak ganti adik kalau cuti emergency. Bila-bila adik bawa ibu ya. Sekarang adik nak pergi kerja" terus dikucup tangan tua ibunya dan berlalu turun ke tingkat bawah.
Bertembung pula dengan ayahnya, dia menyalami tangan tua ayahnya.
"terima kasih ayah" dia tersenyum. Haifa sangat berterima kasih dengan ayahnya kerana membocorkan rahsia ibunya. Jikalau tidak pasti dia akan termakan dengan rayuan dan pujukan ibunya.
Puan Dahlia memuncungkan mulutnya. Encik Dahlan hanya tergeleng sahaja melihat isterinya yang terlalu mendesak anak perempuannya. Sudah setahun berlalu dan bakal suami anaknya tidak pernah menelefon atau bertanya khabar.
Hari ini, sibuk isterinya hendak mengajak anak perempuannya untuk mencari baju kahwin sedangkan mereka sendiri tidak tahu bila majlis akan dilangsungkan. Segala persiapan telah dibuat tetapi semuanya terbatal kerana Irsyad tidak pulang ke Malaysia pada waktu yang ditetapkan.
Anak perempuannya juga sudah penat menunggu sebab itu dia sudah menjadi seperti robot yang akan bekerja tidak kira waktu dan tidak memikirkan orang lain. Apa yang dia akan lakukan ialah bekerja dan bekerja bagi menjauhkan diri daripada memikirkan orang lain.
"abang tengok anak abang tu" marah Puan Dahlia.
Encik Dahlan mengangkat kedua-dua bahunya dan terus bergerak ke ruang tamu. Malas hendak melayan karenah isterinya yang terlalu mendesak sedangkan dia sendiri tahu bahawa bagaimana terseksanya anak perempuan mereka untuk menunggu.
"biarlah, adik tu dah lama menunggu. Dia dah penat menunggu sebab itu dia malas hendak fikirkan benda lain" Encik Dahlan bersuara sebaik sahaja Puan Dahlia melabuhkan punggungnya disebelahnya.
Puan Dahlia memandang ke arah Encik Dahlan.
"awak yang beritahu adik ke pasal rancangan saya hari ini?" tebak dia. Tidak sangkat betul tetapi Encik Dahlan tidak akan berkata apa-apa.
![](https://img.wattpad.com/cover/92523088-288-k602642.jpg)
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...