BAB 3

10.8K 405 3
                                    

  "gediklah kau ni dik" tangan abangnya ditarik untuk mengikutnya.

Tangan kanan menarik abang sulungnya dan tangan kiri menarik abang bongsunya. Walaupun umur sudah menginjak ke 24 tahun, perangainya masih seperti keanak-anakkan. Sudah hampir 7 tahun berlalu semenjak dia mengambil keputusan SPM.

"bakal doktor ni memang menyusahkan betul" Muaz memarahi adiknya seperti dengar tak dengar sahaja.

Haifa tersengih sahaja mendengar bebelan abang-abangnya.

"bakal doktor ni lah adik tersayang abang berdua kan" keningnya dijongket-jongketkan.

Abang-abangnya hanya mampu menggeleng melihat adiknya yang begitu nakal walaupun mereka fikir menjadi doktor pakar bedah mampu mematangkan adiknya. Tetapi pemikiran mereka meleset sama sekali.

Perangai masih sama!

"alah, kata nak teman adik jalan. Ibu pun dah kata abang berdua kena jaga adik. Nanti adik report dekat ayah baru tahu" ugut Haifa sebelum abang-abangnya kembali berjalan tanpa dipaksa.

Haifa tersengih kemenangan.

"kuat report!!" langkah Muaz dilajukan. Hasif pula masih berjalan bersebelahan dengan adiknya.

Bahu adiknya dipaut dan mereka berjalan seiringan.

"alah bang, kau ni cuba buat muka ikhlas teman adik shopping" Mimi semakin malas melayan perangai abangnya yang seperti tidak ikhlas untuk menemaninya.

Irsyad hanya tersenyum paksa bila dipaksa.

Lengannya ditarik untuk berjalan seiringan dengannya.

"kalau life kita sedih tak perlu kut nak biar orang luar tahu" kata Mimi sebelum dia meninggalkan abangnya dibangku berhadapan dengan kedai kasut.

Irsyad tidak suka masuk ke kedai barang-barang wanita kerana dia tahu dia tiada taste untuk membantu dalam memilih barangan wanita. Bagaimanalah dengan isterinya dikemudian hari nanti.

"abang gedik!!" jerit Haifa sedikit kuat dan hampir membuat beberapa mata memandang tepat ke arahnya.

Muaz terus menekup mulut adiknya yang tidak reti makan insurans. Nampak seperti budak-budak tetapi sebenarnya, dia akan menggenggam segulung ijazah kedoktoran tiga bulan lagi.

"tempat awam ni, tak perlu kut nak menjerit" marah dia.

Haifa tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya.

"bilalah abang sulung adik nak bagi kakak ipar" tiba-tiba.

Hasif merenung tajam adiknya yang sedang memeluk lengan adik lelakinya. Hendak mengelak daripada kena marah dengan dia, dijadikan Muaz sebagai benteng pertahanan kerana dia tahu Muaz pasti akan back up dia.

"a'ah lah bang, bila kau nak kasi kita orang anak sedara?" dah kata dah.

Hasif menghalakan penumbuknya ke arah adik lelakinya. Muaz terus menarik Haifa menjauhi abangnya. Tawa mereka bergabung tetapi tawa itu hanya didengari oleh mereka bertiga sahaja.

Tanpa mereka sedar, ada mata lain yang memandang ke arah mereka. Memandang tepat pada senyuman mereka, memandang tepat pada kebahagiaan yang terpancar diwajah mereka.

Nafasnya dilepaskan sedikit kasar.

'kalau aku ada keluarga bahagia macam itu, bahagia yang hanya penuh dengan senyuman' hatinya menangis saat terfikir masalah keluarga.

Dalam kita tidak sedar, saat kita bergelak tawa dengan keluarga ada orang yang rasa cemburu dengan kita. Mereka pasti teringin untuk memiliki keluarga bahagia sebagaimana apa yang dipamerkan pada wajah kita saat berada dikhayalak umum.

"umur aku muda lagilah" beritahunya. Tidak sedar diri.

Haifa menjulingkan matanya.

"tak sedar diri punya abang, dia dah nak masuk 30 tahun kata muda lagi" lengan abang sulungnya ditampar lembut.

Hasif meletakkan tangannya diatas bahunya sendiri dan membuat muka. Ia mengundang tawa dua adiknya yang lain.

"lelaki 30 tahun masih muda, perempuan 30 tahun dah nak masuk anak dara tua" beritahunya. Jujur. Tak pandang kanan kiri langsung.

Haifa meletakkan jarinya dibibirnya sendiri. "shhh, orang terasa nanti"

Mulutnya terus ditekup. Terlupa.

Mereka bertiga berjalan seiringan. Memasuki satu kedai ke satu kedai yang lain. Semua kedai yang mereka masuki semuanya kedai lelaki hanya beberapa kedai sahaja kedai wanita. Kedua-dua abangnya ini kalau membeli-belah mengalahkan perempuan.

"lama kau pilih kasut dik" tanya Irsyad. Lemah.

Mimi mengangkat beg kertas yang berjenama Jimmy Choo.

"masuk kedai kasut jenama kesukaan adik, satu minit mana cukup" beritahunya. Senyuman dibibirnya masih bergayut.

"abang tak nak beli apa-apa ke?" beg kertas diserahkan kepada abangnya.

Irsyad menggeleng.

"sometimes you need to be a woman to relax yourself" dimasukkan ais-krim Baskin Robbin yang hampir cair ke dalam mulutnya.

"sometimes I jealous with the people surrounding me" matanya memandang tepat pada tiga orang yang sejak dari tadi menjadi pemerhatiannya.

Syamimi menghentikan suapannya.

"Muhammad Widad Irsyad, since when you become somebody else?" tanya Mimi. Pelik.

Bahunya diangkat.

"dahlah, lama lagi ke nak shopping ni. Abang penatlah, teman kau shopping ni macam teman puteri raja shopping. Semua abang yang kena bawa" tangannya diangkat. Dapat dilihat beberapa buah beg yang dipegangnya sejak dari tadi.

Syamimi tertawa sahaja. Dia perlu buat abangnya letih melayan wanita kerana tidak lama lagi pasti abangnya akan berkahwin.

"kena biasakan sebab abang akan berkahwin dengan wanita. Wanita pula jenis suka bershopping. Jangan cakap abang tak nak kahwin pula" kakinya dilajukan dan kini bayangannya hilang selepas memasuki butik pakaian.

Irsyad tergeleng melihat adiknya.

'kahwin?' satu kata yang dia sendiri tidak pernah terfikir sehinggalah hari ini.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now