Seperti yang dikatakan.
Enam bulan di Kedah.
Hospital Sultanah Bahiyah.
"ya Allah, Nurul Haifa. Bangun pergi kerja" tok Bariah sudah membebel bila melihat Haifa masih berselimut kesejukan.
"bagi 10 minit" boleh pula dia berbincang.
Tok Bariah sudah bercekak pinggang.
"tak ada 10 minit Nurul Haifa, kamu nanti lambat nak pergi lapor diri. Cepatlah bangun sebelum wan kamu balik" digoyang-goyangkan badan Haifa. Tetapi, dia masih membungkus diri didalam selimut.
Dengan bermalas-malasan, dia akhirnya mengalah. Kesian melihat toknya yang tidak putus-putus mengejutkannya. Terus sahaja dia bergerak ke bilik mandi yang berada didapur dan membersihkan diri. Hari ini, hari pertama dia melaporkan diri di hospital baru untuk pengalaman baru.
Keluar sahaja bilik mandi, dia tertoleh ke kanan dan ke kiri. Melihat sekiranya ada wan dia. Dia terlupa hendak membawa sekali pakaiannya, oleh itu dia terpaksa berwaspada ketika keluar dari bilik mandi.
"wan kamu belum balik dari surau. Cepat pergi bersiap nanti bila dah siap terus turun balik, kita makan sarapan sama-sama" beritahu tok Bariah apabila melihat cucunya sudah keluar dari bilik mandi.
Haifa menarik nafas lega dan terus berjalan laju menuju ke biliknya yang berada ditingkat atas. Sebaik sahaja dia bersiap, wan Kassim sudah pulang dari surau. Masih lengkap dengan pakaian solat apabila dia tiba dimeja makan.
"ni nak wan hantar ataupun naik kereta sendiri?" tanya wan Kassim sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya.
"Haifa pergi sendiri jelah wan, nanti takut balik tak menentu" katanya.
Wan Kassim hanya mengangguk sahaja.
Selesai sahaja bersarapan, dia terus memandu keretanya menuju ke HSB yang terletak di Alor Star. Bertugas disana hanya untuk enam bulan pasti agak mencabar kerana dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
Siapa yang sangka, sebaik sahaja dia melangkah masuk ke unit kecemasan di HSB, Kedah. Layanan yang dia terima sangatlah memuaskan hatinya. Setiap pekerja yang bertugas di unit itu sangat menghormatinya dan menerima kehadirannya.
"selamat datang doktor" tag namanya tertulis Aida.
"terima kasih"
"selamat bertugas doktor" tag namanya tertulis Qaisara.
"terima kasih"
"selamat datang doktor Haifa dan selamat bertugas" sapa doktor Hakim.
Haifa tersenyum.
"well, kita bertemu semula doktor Hakim" bibirnya melakar senyuman.
Hakim berdehem kecil. Terpegun seketika melihat senyuman itu.
"kalau dah jodoh tak kemana pun" sempat dia bergurau.
"buang air liur sahaja saya cakap masa dekat kursus hari itu. kalau tahu saya akan berjumpa lagi dengan doktor semula di Kedah, tak ada saya bertegur sapa dengan doktor" dia pun sempat bergurau.
Hakim menjongket sebelah kening.
"selamat bekerjasama doktor Haifa, kalau ada yang tak tahu just tanya. Semua orang disini gembira bila dapat tahu ada doktor terbaik di Kuala Lumpur akan menjalankan tugasnya buat sementara di Kedah bagi mencari pengalaman baru"
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Любовные романыبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...