Malam itu, Haifa hanya memakai baju blouse berwarna putih dan memakai kain berwarna biru. Bajunya dimasukkan ke dalam kain dan menyarung tudung bawal berwarna biru sama dengan warna kainnya.
Irsyad hanya memandang sahaja isterinya yang langsung tidak mengendahkannya sepanjang dia bersiap. Selalunya, mereka akan berbual sepanjang Haifa bersiap untuk menghilangkan rasa cangung.
"abang.. keluar dulu ya. Nanti jangan tidur pula. Payah Malaika nak masuk" terus dia bergerak menuju ke pintu bilik hotel. Belum sampai dipintu, pinggangnya sudah dipeluk dari arah belakang.
"don't leave me please" dibenamkan mukanya dileher Haifa.
Haifa menepuk-nepuk tangan suaminya.
"kenapa ni? bila masa sayang nak tinggalkan abang?" pelik dia.
"maaf kalau abang rampas sayang dari orang lain tapi jujur abang cakap yang abang sayangkan sayang lebih daripada segalanya. Abang sanggup jadi penunggu selama bertahun semata-mata nak jadikan sayang suri hati abang. Mama pernah cakap yang cinta abang hanyalah cinta monyet sebab itu keluarga abang tak pernah bahagia sehingga kedatangan sayang" dieratkan pelukan.
Haifa tersenyum.
"kalau nak tahu sesuatu, pergi siap cepat" Haifa menepuk tangan Irsyad.
Barulah Irsyad melepaskannya dan bersiap ala kadar. Mereka berdua turun ke Zende Restaurant dan dapat dilihat seseorang melambai ke arahnya. Terus ditarik tangan Irsyad untuk mengikutinya.
"perkenalkan, my boyfriend. ND" Haifa memperkenalkan kepada Irsyad.
Irsyad tersenyum lebar dan hampir meletuskan tawanya.
Orang dihadapan mereka hanya tergaru-garu sahaja kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku.
"kenapa?" tanya dia.
"ND, nanti aku cerita" bisik Haifa.
Terus mereka melabuhkan punggung diatas kerusi dan makanan hari ini ditaja dan dibelanja sepenuhnya oleh ND atau lebih dikenali Nadia!
Hakim juga turut serta bersama mereka.
Para lelaki sibuk berbual tentang hal mereka. Haifa mengambil kesempatan untuk menarik Nadia mengikutinya ke tandas. Tidak selesa hendak berbual dengannya apabila terdapat dua orang lelaki disini.
"dah kenapa tarik aku ni"
"alah, ikut je. kata nak dengar cerita aku"
Nadia beralah dan hanya mengikut sahaja kemana Haifa menariknya. Setelah memastikan tiada orang didalam tandas barulah dia membuka mulutnya untuk bercakap.
"laki kau tu kenapa, masa datang muncung sedepa. Bila nampak aku terus senyum lebar. Apa hal laki kau tu" tanya Nadia. Sambil-sambil itu dia membetulkan tudungnya dan lipstiknya.
Haifa tertawa lepas lalu menutup mulutnya takut tawanya akan didengari orang lain walaupun hanya mereka berdua sahaja didalam tandas itu.
"dia sangka ND tu lelaki. Aku apa lagi, memulakan operasi mengusiklah. Fikir dia seorang sahaja yang boleh mengusik. Aku ni kena tahan telinga" beritahu dia.
Nadia pun tidak melepaskan peluang untuk ketawa.
Sampai sakit perut dia.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...