"doktor Tajul!" panggil Haifa sebaik sahaja dia bertembung dengan doktor lelaki itu.
Doktor Tajul menghentikan langkahnya dan berjalan seiringan dengan Haifa. Haifa tersenyum apabila melihat doktor lelaki ini sanggup menghentikan langkahnya apabila dia memanggil. Doktor Tajul dikenali sebagai doktor yang baik kerana dia seorang yang peramah dan mudah mesra.
"doktor, saya nak tanya sesuatu boleh?" dia bersuara saat mereka sudah menapak seiringan.
"tanya sahajalah. Macam tak biasa pula awak nak bertanya dengan saya"
Haifa tersenyum.
"pesakit doktor yang duduk dalam bilik vip tu dah keluar dari hospital ke?" tanya dia. Bukan ambil berat tetapi hendak menanyakan sesuatu kena ada pembuka katanya terlebih dahulu.
Doktor Tajul mengangguk.
"sebab apa dia keluar? Bukan dia degil sangat ke?" jadi menarik pula dia bertanya lebih lanjut.
"saya dengar cerita, isteri dia dah mengandung. Sebab tidak mahu penatkan isteri dia untuk berulang-alik ke hospital, dia sanggup terima rawatan dan keluar dari hospital. Tetapi dengar cerita pihak lain pula, isteri dia mengandung anak luar nikah. Dia marah dengan isteri dia, sebab itu hendak keluar dari hospital" beritahunya.
Haifa terangguk-angguk mendengar cerita doktor Tajul.
"kenapa awak tanya ni?"
"saya rasa macam kenal dengan dia, tapi mungkin dia tidak kenal saya. sebab itu masa saya ganti doktor untuk buat pemeriksaan, dia sempat disapunya saya nasib saya tidak melayan" beritahunya. Tidak jujur.
Daripada cerita wan, wan kata Irsyad berada dihospital kerana melawat pak sunya. Dia melihat Haifa saat dia pergi melakukan pemeriksaan ke atas pak sunya. Cuma, Haifa tidak perasan kehadirannya disitu.
"dah biasa sangat dah, tapi jangan risau. Dia sapu perempuan macam mana sekalipun, dia tidak akan berani buat melebih had. Ada orang pernah beritahu saya yang dia anak orang kaya tapi sekali dia bercerai lagi dan membuat perangai lagi, semua hartanya akan diambil semula" beritahu doktor Tajul.
Haifa tidak percaya.
"tu, wife dia yang ke berapa?" tanya dia. Hendak minta jawapan.
"isteri dia yang keempat, nampak orangnya macam muda lagi tapi sebenarnya sudah beristeri empat. Isteri pertama, diceraikan sebab tak boleh bagi anak. Katanya. Isteri kedua pula saya tidak tahu. Isteri ketiga, diceraikan sebab dia sendiri yang buat perangai. Sekarang, isteri keempat. Kalau dia buat perangai lagi. Habislah dia" beritahu doktor Tajul.
Haifa jadi teruja.
"hebatlah doktor ni, boleh jadi PI ni. semua tahu" Haifa bertepuk tangan.
Doktor Tajul tertawa.
"kenalah tahu, dah tu dah berminggu-minggu dekat sini. Semua orang semestinya akan bercerita tentangnya. Bergosip tentangnya. Menghantar maklumat kotor ke setiap orang. oleh itu, kalau orang kaya jangan berlagak macam kaya sangat. Mulut orang, tiada siapa yang tahu" pesannya.
Haifa mengangguk.
"doktor nak kemana ni?" tanya dia. Hendak beralih topik.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romansaبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...