BAB 8

8.6K 334 0
                                    

  Sampai sahaja dirumah, terus dia merebahkan badannya.

"ya Allah, ya pun cuba pergi mandi dulu. Kamu dahlah bawa badi hospital" Puan Dahlia yang melihat anak daranya terus menegur.

Haifa tersenyum lebar.

"ibu mandikan boleh tak? penatlah, dah dua hari tak balik rumah. Tidur pun tak cukup" beritahunya. Menagih simpati.

Puan Dahlia mencekak pinggangnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak daranya yang seorang ini sudah dua hari tidak pulang ke rumah kerana sibuk dengan kes kecemasan. Balik sahaja, pasti akan dihabiskan masa sehariannya dengan tidur.

"tak adanya, pergi mandi sendiri. Nanti tahu dek abang-abang kamu, mahu kena piat telinga. Pergilah mandi, lepas itu solat kemudian kita makan sama-sama" tangan Haifa ditarik dan badannya ditolak untuk menaiki tangga selepas dia sudah berdiri.

Haifa mengangguk. Dia ikutkan sahaja arahan ibunya.

Selesai mandi, selesai solat. Dia rebahkan badannya yang memang dah penat sepenat-penatnya. Terkejar-kejar dengan pembedahan, kes kecemasan, lawat pesakit, layan karenah pesakit yang tak dengar cakap. Tapi itulah yang membuatkan dia bahagia.

Pelik?

Tapi, dia bahagia.

Dilelapkan seketika matanya.

"assalammualaikum" tombol pintu dibuka dari luar.

Tersembul wajah abang kedua Haifa ditengah pintu.

"waalaikumussalam" sahut ibu dari arah dapur.

"ibu, sihat?" tangan ibunya dikucup lembut selepas kakinya menapak masuk dibahagian dapur.

Muaz baru sahaja pulang selepas hampir dua minggu di atas pelantar minyak.

"sihat macam inilah. Duduk rumah seorang diri, pergi kerja seorang diri, masak sendiri, makan pun sendiri" katanya. Sedih.

Muaz tersenyum sahaja mendengar ibunya berkata.

"ibu ni, sampai hati kata seorang diri. Abang If tu tak teman ibu ke?" tanya dia.

Puan Dahlia tertawa.

"memanglah sampai ke hati, ibu ada hati. Dia tu pagi buta dah keluar, malam baru balik. Siapa lagi nak teman ibu makan kalau bukan ibu sendiri" beritahunya. Sayu.

Muaz memeluk ibunya. Erat.

"ni, mana adik? Tadi nampak cantik kereta Suzuki warna biru dia terpakir depan halaman rumah. Masuk dalam rumah, batang hidung dia pun Muaz tak nampak" tanya selepas pelukannya terlerai.

"ada tu dekat atas. Tengah dengkur lah tu, tadi ibu tengok muka dia penat sangat. Nak suruh turun makan tak sampai hati pula. Biarlah dia tidur kejap je" tangannya menyambung semula menyediakan bahan masakan yang tergendala.

Kepalanya diangguk-anggukkan. Tidak sampai beberapa minit, kereta abangnya pula memasuki kawasan perkarangan rumah dua tingkat ini.

"assalammualaikum"

"waalaikumussalam" jawab ibu dan anak serentak.

"amboi, semua berkumpul dekat dapur" sapa dia sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruangan dapur.

Muaz tersenyum dan Hasif menyalami tangan ibunya.

"mana adik?" tanyanya.

"amboi, memang semua balik tanya adik dulu ya?" satu suara menegur.

Tiga pasang mata terus tertancap pada figura yang sedang menenyeh matanya. Baru terlelap sekejap pun dia sudah rasa seperti lama. Cukup dapat merehatkan badan, dia sudah bersyukur.

Tawa mereka dua orang abang bergabung.

"kalau tak tanya budak busuk ni dulu, memang kena lukulah kejap lagi" usik Muaz.

Penumbuk dihalakan dihadapan abangnya.

"adik dah wangi okay, siapa kata busuk tu sebenarnya dia sendiri yang busuk" tidak boleh kalah.

"eleh, dia yang busuk. Dahlah tak balik dua hari. Entah-entah dua hari tu tak mandi" pun tidak mahu kalah.

"ewah, sedap mulut je bercakap. Adik mandi okay. Kalau adik tak mandi, nanti patient pengsan terus masuk wad balik" guraunya. Tapi dalam nada tegas.

Tawa dua abangnya bergabung sekali lagi.

"dah-dah, kalau nak gaduh pergi keluar sana. ibu nak masak, jangan ganggu nanti karang kamu bertiga tak makan" Puan Dahlia menyampuk diantara pergaduhan kecil antara anak-anaknya.

Ditolak badan Muaz dan Hasif yang berada disebelahnya untuk keluar dari ruang tamu. Haifa pula sudah melarikan diri sebelum dihalau.

Masing-masing terus naik ke bilik dan membersihkan diri. Kecuali Haifa yang sibuk merebahkan diri diatas sofa sambil menonton televisyen dengan pelbagai gaya. Bila dah terlalu biasa tidur secara duduk, apabila duduk disofa membuatkan dia tidak selesa.

"ya Allah, budak bertuah" tegur Puan Dahlia. Tawanya disimpan.

Haifa menggosok tengkuknya.

"tak selesa lah ibu" mukanya dibuat kesian.

Puan Dahlia hanya menggeleng sahaja.

"selesa tak selesa, lebih baik kamu duduk betul-betul. Ini tidak terkangkang sana, terkangkang sini. Bersilat sana, bersilat sini. Kalau tak selesa, pergilah duduk dekat mesin urut sana" jari telunjuknya dihalakan ke mesin urut yang terletak di hujung sudut ruang tamu.

Haifa tersengih. Terus sahaja dia bangun dan bergerak ke mesin urut yang memang sudah tersedia didalam rumahnya. Itupun atas ihsan abangnya kerana risau melihat ibunya yang selalu kepenatan sebaik sahaja pulang dari tempat bekerja.

Airpurfier dibuka dan suis mesin urut turut juga dibuka.

Terlena terus dia.

Abang-abangnya yang lain sudah melakarkan senyuman lebar dibibir. Kesian melihat adiknya yang kepenatan walaupun sedang praktikal. Tapi demi tugas, adiknya sanggup menghadapi semuanya sehinggakan kadang-kala dia teringin untuk mengantikan kepenatan adiknya.

Yang lain sibuk membantu didapur. Yang seorang ini masih lena dibuai mimpi. Tidurnya tenang dan hilang semua kepenatan.

Irsyad pula dirumah selalu sangat tidak selesa.

"kau dah kenapa bang?" tanya Mimi sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas sofa bersebelahan sofa tempat duduk abangnya.

"kau tak teringin ke nak rasa keluarga bahagia?" tanyanya. Tiba-tiba.

Syamimi memandang ke arah abangnya. Pelik.

"kalau aku cakap teringin. Boleh ke dapat" air susu yang dibawanya diteguk sedikit demi sedikit.

Irsyad mengeluh.

Dalam dunia ini tiada sesiapa yang tidak mahukan keluarga bahagia begitu juga dengan dia. Tetapi, sekali pun dia tidak pernah merasa sehinggakan ada kalanya dia terfikir untuk membayar setiap ahli keluarganya demi mencari kebahagiaan.

Masa yang mereka ada terlalu sedikit dan ada kalanya tiada waktu untuk berbual mesra. Dia teringin untuk bergaul mesra dengan ahli keluarga, berbual tentang topik yang tiada kena mengena dengan masalah keluarga. Tetapi semua itu tidak boleh.

"kalau abang boleh dapatkan, kau nak bagi apa?" tanyanya. Sedangkan diri sendiri tidak dapat berfikir rancangan yang betul.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now