Sudah macam ibu dan anak.
Kemana-mana sahaja dia akan membawa Sarah.
"akak, nak jaga Sarah boleh?" kena minta izin dulu.
Alisa mengangguk. "kalau penat, terus bagi akak. Nak jaga Sarah ni bukan senang" beritahunya terlebih dahulu.
Haifa mengangguk.
Dapat sahaja kebenaran, terus dia bawa Sarah berjumpa dengan ayahnya. Beg tangan yang sudah diberikan kepada ayahnya membuatkan dia tidak perlu risau pasal beg tangan.
"ayah!!" jerit dia memanggil Encik Dahlan.
Baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya, anaknya memanggil.
"ya Allah, dekat rumah orang pun buat perangai. Ini anak siapa pula ni" terus dilabuhkan punggungnya sebaik sahaja ditarik kerusi untuk membiarkan anak daranya duduk. Bayi yang dipegang diletakkan diatas pahanya.
Haifa tersengih.
"ini anak orang. adik belum kahwin lagi. Takkan dah dapat anak besar macam ini" sempat pula dia mengusik ayahnya.
Encik Dahlan tergeleng sahaja mendengar usikan anak daranya. Suka sangat mengusiknya.
"kalau adik nak bagi ayah cucu pun ayah tak kisah" dia pun nak juga mengusik anak daranya. Haifa menjeling.
Sampai hati!
"kata nak suruh jaga ayah seumur hidup, mana boleh kahwin" mukanya sudah berubah. Encik Dahlan sudah tertawa melihat muka anak daranya.
"buruklah buat muka macam itu, ayah gurau je" kepala anaknya digosok.
Haifa tersengih.
"anak salah seorang tetamu, ayah kenapa adik rasa macam kenal je tuan rumah ni. kawan ayah ya?" tanya dia. Matanya melihat ke sekeliling dan ada beberapa orang yang dapat dia lihat seperti pernah berjumpa.
Encik Dahlan menepuk dahinya.
"ya Allah, budak busuk. Kalau bukan kawan ayah, takkan ayah datang" tergeleng-geleng Encik Dahlan dibuatnya.
Haifa tersengih.
"kejap ya. Ayah nak pergi jumpa kawan lama" bahu Haifa ditepuk dan kakinya sudah melangkah meninggalkan anak daranya bermain dengan bayi yang dibawanya.
Seronok bermain dengan Sarah sehinggakan tidak sedar ada orang lain duduk disebelahnya.
"tak teringin nak ada anak sendiri ke?" tegurnya.
Terus kepalanya dipusingkan menghadap orang yang duduk disebelah kanannya.
"eh, macam mana encik ada dekat sini?" tanya dia. Pelik.
"saja skodeng awak" senyumannya dilebarkan
Haifa menjulingkan matanya. Tak berkuasa nak melayan.
"sedap tak masakan dekat sini?" matanya masih ralit memandang wanita disebelahnya ini. Mulutnya menjadi rajin hendak berbual bila dengan wanita ini.
Haifa mengangguk.
"datang sorang je ke?" masih berusaha.
Haifa menggeleng.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI DUNIA
Romansaبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...