BAB 44

5.6K 177 0
                                        


Pagi-pagi lagi, rumah wannya sudah bising. Kebiasaannya suasana rumah wannya hanyalah dihiasi dengan bunyi cengkerik dan ayam berkokok tetapi pagi ini bunyi kecoh dibahagian dapur dan diruang tamu.

Tidak pula dia menyarungkan tudungnya kerana memikirkan bahawa ahli keluarganya yang datang tetapi sangkaannya meleset sama sekali.

"sayang, takkan nak keluar tak pakai tudung kut" tegur satu suara dari jauh.

Dengan gaya macam orang dalam pantang, berjalan perlahan. Hendak memusingkan badan pun perlu perlahan-lahan.

"apa awak buat dekat sini?" suhu demamnya masih tinggi tetapi tidak mungkin dia akan memanjakan badannya semata-mata kerana demam.

Punggungnya terus diangkat daripada kerusi dan menghampiri wanita yang baru sahaja keluar daripada bilik tidurnya. Dia tahu wanita ini pasti tidur semula selepas sembahyang subuh itupun apabila diberitahu toknya.

"nak jaga sayang saya" beritahunya lalu masuk ke dalam bilik Haifa dan mengambil tudung lalu dililit di kepala wanita itu.

"buat apa nak jaga saya? Saya sihat jelah" tidak sampai beberapa saat, badannya seperti hendak tumbang. Itulah, padah apabila berkata bohong.

Terus dipaut erat bahu Haifa.

"bagi awak mungkin sihat tetapi bagi saya, hati saya bertambah sakit bila lihat awak seksa kesihatan diri awak tanpa fikirkan saya" katanya dan dibawa Haifa menuruni tangga untuk ke dapur.

Dapat dilihat, tok dan Puan Nazurah serta Mimi sibuk memasak didapur. Ada sahaja yang hendak dibualkan oleh mereka dan dapur yang selalunya sunyi kini terisi dengan tawa bahagia.

"sayang, duduk" hendak tak hendak, dia terpaksa melabuhkan juga punggungnya dikerusi yang berada dimeja makan.

Lelaki itu terus naik semula ke atas dan mengambil sekotak ubat yang memang dikhaskan untuk meletakkan semua ubat-ubat miliknya. Haifa tercengang, lelaki ini masuk sekali lagi ke dalam biliknya.

"ubat ni?" dia tidak mahu makan ubat sebelum mengisi perut.

"makan ubat sayang" lembut sahaja dia melayan.

Haifa menggeleng.

"why?" tanyanya. Lembut.

Haifa mendiamkan diri. Bacalah sendiri dekat bekas ubat itu!

"ya Allah, Syad. Kamu kena bagi dia makan dulu baru boleh makan ubat. Kena diisi perut yang kosong itu kalau tidak ubatnya tidak berjalan. Cuba ditengok arahan dekat bekas ubat itu" tegur tok Bariah. Haifa tersenyum. Tok backup!

"selalunya dia makan ubat bila?" tanya dia selepas membelek bekas ubat itu.

"selalunya waktu sekarang tetapi kita belum siap memasak. Haifa nak makan bubur? Tok ada buat tadi untuk isi perut Haifa, kalau nak tok boleh panaskan balik" tanya tok Bariah.

Haifa mengangguk.

Terus dia memanaskan bubur yang memang sudah dia siapkan sebelum subuh. Sepanjang dia menjaga cucunya, hanya bubur sahaja yang mampu dia telan sebelum makan ubat. Hendak makan benda lain pasti akan muntah selepas itu.

Diletakkan bubur dihadapan Haifa. Baru hendak mencapai sudu, mangkuk bubur itu sudah ditarik menjauhi dia.

Mukanya sedih. Nak makan bubur!

BIDADARI DUNIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang