BAB 13

6.9K 294 1
                                    


Rumah dua tingkat dipandang.

Keretanya dipakir diluar rumah.

"bismillah"

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Butang pintu pagar ditekan dan pintu pagar yang terbuka itu sudah tertutup semula. Pintu kayu yang besar itu diketuk.

"assalammualaikum!!" laung dia.

"waalaikumussalam!!" salamnya disambut.

Wajah ayahnya dapat dilihat sebaik sahaja pintu kayu yang besar itu dibuka. Senyuman ayahnya semakin melebar apabila melihat anak daranya yang sangat dia rindui.

Terus ditarik tubuh anak perempuannya.

"ya Allah, rindunya ayah dengan budak busuk ayah ni" dipeluk anak yang dirinduinya dengan erat.

Pelukan dileraikan. Beg baju anak perempuannya diambil dan dibawa masuk ke dalam rumah. Dapat dilihat wajah ceria ayahnya, dibadan ayahnya terletak cantik apron seperti baru sahaja memasak.

"eh, ayah hensem sangat ke?" angkat bakul sendiri.

Anak perempuannya tertawa sahaja.

"ayah hensem sangat. Baru habis masak ke?" tanya dia. Kepalanya ditolehkan ke arah ruangan meja makan tetapi dapurnya jauh lagi.

Rumah besar ini. Hanya diduduki oleh seorang sahaja.

"baru je habis. Nanti ayah hidangkan. Sekarang, pergi naik lepas itu bersihkan diri, solat dan turun makan" tangan anaknya ditarik dan ditolak badannya menaiki tangga.

"tahukan bilik mana. Jangan cakap kamu tak tahu pula bilik mana satu. Ayah babap nanti" marah-marah manja.

Dia tersenyum dan mengangguk.

Selesai membersihkan diri, dia menunaikan solat dan tanggungjawab pada ilahi. Tugas dia sebagai manusia tamat buat seketika ketika menghadap Allah. Saat menghadap Allah, dia menjadi hamba pada Allah dan bukan hamba pada manusia.

"ya Allah, tugas aku sebagai anak masih berpanjang dan aku berdoa padamu satukanlah semula ibu dan ayah aku. Sesungguhnya aku sakit ya Allah. Sakit melihat dan mendengar tangis seorang ibu. Cukuplah dia terseksa membesarkan kami sepanjang tanpa suami disisi..." doanya yang selebihnya hanya mampu diluahkan didalam hati.

Tangisannya ditahan supaya tidak didengari ayahnya. Tetapi, dia tidak tahu yang ayahnya sedang mendengar tangisan anaknya. Pintu dibuka dan air mata yang mengalir segera dikesat.

"Nurul Haifa, turun makan jom. Dah nak sejuk dah lauk tu" panggil ayahnya.

Haifa mengangguk dan segera melipat telekung dan sejadah sebelum turun bersama-sama dengan ayahnya.

Dimeja makan hanya mereka berdua sahaja. Ayah dan anak perempuan.

"lah, tak sedap ke masakan ayah?" tanya Encik Dahlan selepas melihat anak perempuannya yang tidak habis-habis menguis nasi sedangkan hanya beberapa suap sahaja yang baru masuk ke dalam mulutnya.

Haifa menggeleng.

"anak ayah nak makan apa ni?" tanya Encik Dahlan. Prihatin.

"lama tak makan tom yam buatan ayah. Ingat dapat makan tapi ayah pergi masak sup ikan" beritahunya. Betul, dia rindu masakan ayahnya. Tapi sudah hampir 12 tahun dia lupa macam mana rasa masakan ayahnya.

Kepala anaknya diusap. Rambut yang panjang mengurai itu dijaga dengan penuh rapi sebagaimana pesan dia sebelum dia meninggalkan mereka sepanjang 12 tahun.

"esok ya. Sekarang makan dulu. Semalam ayah call tak nak cakap yang nak makan tom yam. Kalau tak ayah masakkan" pujuknya.

Haifa mengangguk.

Selesai makan, ayah dan anak bersembang mesra diruang tamu.

"yah, tak bosan ke duduk sini sendiri?" matanya memandang ayahnya. Dia sedang bersandar dibahu ayahnya. Sudah 12 tahun dia tidak rasa kasih sayang ayahnya.

Encik Dahlan mengusap rambut anak daranya.

"kadang-kadang bosanlah tapi bila fikir balik, mungkin ini balasan" senyuman dibibirnya masih tidak pudar dek usia.

Haifa mengangguk.

"ayah.." panggilnya.

"ya busuk ayah" suka sangat panggil anak daranya budak busuk.

Haifa tersenyum.

"sayang ayah ketat-ketat" beritahunya. Jujur. Air mata hampir mengalir tetapi ditahan juga. Ayahnya mampu kuat mengapa dia tidak boleh menjadi kuat seperti ayahnya.

"sayang anak ayah juga" kepala anaknya digosok.

Hampir seminggu tinggal bersama dengan ayahnya. Berulang-alik dari Cheras ke HKL. Walaupun ayahnya ada menghulur bantuan untuk menghantarnya, dia masih tidak mahu kerana dia pulang tidak menentu.

"adik, hujung minggu teman ayah pergi kenduri doa selamat kawan ayah ya" katanya saat dia meletakkan lauk-lauk diatas meja makan.

Haifa memandang wajah ayahnya.

"pukul berapa? Kalau lepas asar boleh kut tapi kalau sebelum zohor tak bolehlah. Tu time adik tidur. Mana boleh kacau"

Encik Dahlan tertawa melihat anak daranya. Tahu sangat waktu tidurnya. Jikalau bertugas waktu malam, esok pagi dia baru pulang. Semestinya masa tidurnya selepas pulang pada waktu pagi. Jikalau bertugas waktu pagi, malam nanti baru pulang. Barulah tidurnya lena.

"lepas maghrib. Boleh ke?" katanya lalu melabuhkan punggung.

Haifa mengangguk.

"tak kacau waktu tidur. haha" dia suka.

Encik Dahlan hanya menggeleng sahaja.

Baru dia rasa susah bagaimana risaunya isteri dia apabila menunggu anak perempuannya pulang. Pada mulanya, saat Haifa bercerita yang ibunya selalu risau jikalau dia pulang lewat hanya masuk ke corong telinganya sahaja.

Selepas rasa sendiri, hati dia sentiasa tidak tenang apabila melihat anak daranya tidak pulang ke rumah. Kadang-kala ada kes kecemasan dan dia terpaksa balik sehingga tengah malam. Pada waktu itu dia lagilah hati tuanya risau.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now