BAB 17

6.8K 260 0
                                    


Dengan bangganya, Haifa sudah menamatkan praktikalnya dua hari yang lalu. Dengan bangganya, Haifa akan menamatkan pengajiannya pada minggu hadapan.

Selepas sahaja pulih dari demam, dia terus memulakan tugasnya sebagai pelajar praktikal dan selepas pulih demam, lelaki itu sudah tidak menganggunya mahupun mencarinya.

Sehari dihospital.

"awak, pergilah balik" Haifa menghalau Irsyad.

Irsyad menggeleng.

"awakkk" Haifa merayu.

Irsyad masih menggeleng.

"kalau sayang saya, pergilah balik. Dah setengah hari awak dekat sini. Nanti family awak cari" Haifa merayu.

Irsyad tetap menggeleng.

"janji dulu awak nak kahwin dengan saya. Baru saya balik"

Haifa menarik nafas dan menghembuskannya agak kasar.

"kalau awak tak nak balik, bersihkan diri. Saya tak nak kahwin dengan awak" pandai ugut dia, dia pun nak ugut juga.

Irsyad membuat muka. Dia semestinya kalah.

"kalau saya balik, esok kita nikah ya" sempat pula dia.

Penumbuk dihalakan ke wajah Irsyad.

"tak payah balik. Tak nak kahwin dengan awak" terus diselubung satu badan dengan selimut. Drip air masih lagi berjalan dan ini sudah masuk drip kedua.

Irsyad tersenyum.

"sayang awak" terus dicium dahi Haifa yang dilitupi dengan selimut. Tindakan refleks. Dia sendiri pun tidak sedar apa yang baru sahaja dia lakukan.

"hei, kenapa termenung ni" bahunya ditepuk dan lamunannya hilang begitu sahaja.

Matanya memandang ke arah ibunya yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapannya.

"tak ada apa-apa, cuma nak balik Kedah lah. Boleh ibu?" tanya dia. Memang sudah lama dia berniat untuk pulang ke kampung kerana semenjak dia praktikal, dia tiada masa untuk pulang melawat tok dan wannya.

Puan Dahlia menggosok tangan anaknya.

"balik lepas habis konvo lah. Nanti tak adalah kelam-kabut" katanya.

Haifa mengangguk.

"adik okay je, tapi adik mungkin tinggal lama dekat sana. Ibu tak kisahkan?" mata ibu direnung. Harapnya ibunya mengizinkan kerana dia perlukan ketenangan.

Puan Dahlia mengangguk.

"tapi jangan sampai tinggal dekat sana pula, kamu pun perlu kerja"

Haifa mengangguk.

"jangan risau, adik kena balik. Nak teman ibu dengan abang lagi. Tapikan, wedding abang nak buat kat kampung ke dekat sini?" tiba-tiba dia teringat akan majlis perkahwinan abangnya yang akan berlangsung dua bulan dari sekarang.

Akhirnya, abang sulungnya sudah bertemu jodoh ketika sibuk bekerja di Johor. Gadis itu berasal dari Johor tetapi tinggal di Kuala Lumpur. Mereka berbincang untuk mengadakan majlis di Kuala Lumpur secara serentak tetapi tarikh masih dalam perbincangan.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now