BAB 28

5.5K 193 0
                                    

Seperti yang dia sendiri katakan.

"I love my grandpa"

Seminggu selepas kenduri abang keduanya, dia dan ayahnya terus berangkat ke Jepun sebagaimana yang telah dijanjikan. Datuk angkatnya, Mr Kenzo seperti sudah tahu dengan kedatangan mereka dan disambut penuh ceria.

"I love my granddaughter too" nereja terus berjalan seiringan.

"how's flight?" tanya datuknya sebaik sahaja mereka menaiki kereta.

"fun but a bit little tired" adu dia.

Mr Kenzo tersenyum sahaja.

"sorry, you come in summer. granda've told your father comes time cherry blossom season. but he still came during the summer" Mr Kenzo bersuara sekali lagi sebaik sahaja keretanya sudah bergerak keluar dari kawasan lapangan terbang.

Haifa yang duduk dihadapan terus memandang ke arah datuknya.

"its okay. Haifa, just want to come visit Japan only" dia tersenyum untuk menenangkan hati datuknya.

Sampai sahaja dirumah milik Mr Kenzo, Haifa terus merebahkan badannya di atas tilam yang telah siap disediakan.

Encik Dahlan memasuki bilik anak daranya yang sibuk bergambar disetiap penjuru. Tahu dengan datuk angkatnya mesti diketawakan kerana Haifa tidak habis dengan pelbagai gaya dan diambil dari pelbagai sudut.

"ayah, Ojiisan tak boleh berbahasa melayu ke?" tanya Haifa lalu melabuhkan punggung disebelah ayahnya.

Encik Dahlan tidak menggeleng mahupun mengangguk.

"atuk kamu tu boleh berbahasa melayu sebab ayah pernah ajar tapi dah lama dia tak berbahasa melayu dengan ayah mungkin dia lupa tapi driver tadi boleh berbahasa melayu. Itu orang Malaysia tapi dah lama duduk Jepun jadi pemandu atuk kamu" beritahunya.

Mulut Haifa sudah membentuk O.

"ayah tak pernah tanya Ojiisan ke untuk fasih bercakap melayu?"

Encik Dahlan menggeleng.

"dia orang Jepun, bahasa rasmi dia bukan melayu" katanya.

Haifa mengangguk.

"nak pergi mana nanti ayah?"

Encik Dahlan tersenyum.

Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Musim panas di Jepun secara tipikal adalah sangat panas dan lembap kecuali di Hokkaido. Suhu pada waktu siang biasanya sekitar 30 ℃ - 35 ℃. Musim panas terdiri daripada empat peringkat. Awal musim panas, musim hujan (梅雨: [tsuyu]), musim panas kemuncak dan musim panas akhir tahun. Musim hujan terus dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai. Indeks suhu kelembapan pada waktu itu adalah sangat tinggi. Tetapi hujan ini sangat diperlukan untuk pertanian. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.

"ayah, nak buat apa ni?" hari pertama dia di Jepun.

"kita melihat pemandangan Bunga Hydrangeas" kata Encik Dahlan.

Semasa musim hujan di Jepun, anda akan mendapati bunga hydrangeas (ア ジ サ イ, ajisai) ada di mana-mana. Bunga ini tumbuh mekar hanya pada musim hujan dalam pelbagai warna yang comel dan cantik. Ia satu permandangan yang menarik untuk anda lihat.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now