"kau memang menyusahkan tahu tak!" suaranya sudah naik satu oktaf.
Yang lain hanya mampu diam apabila kemarahan abang mereka sudah memuncak.
"aku dah cakap, lain kali kalau sakit tanggung sendiri!" bukan tiada belas kasihan tetapi dia sudah cukup muak dengan adik-beradiknya yang tidak habis-habis menyusahkan dia.
"aku tahu dalam hati kau orang tu tengah mengumpat aku. Tapi fikirlah sikit, nak mengumpat pun pada-pada lah sedangkan muka aku juga kau nak minta tolong, kaki aku ni juga yang kau merayu pertolongan" kali ini bukan marah biasa.
Doktor dan jururawat yang mendengar bunyi bising dengan sangat kuat segera bergegas ke tempat itu bagi menenangkan mereka. Ini kawasan hospital dan dilarang membuat bising kerana akan menganggu ketenteraman pesakit lain.
"encik, kalau encik nak buat kecoh dekat sini. Encik boleh keluar dari sini. Sini adalah kawasan larangan berbuat bising. Takut menganggu pesakit lain" doktor muda itu cuba menenangkan ahli keluarga pesakit.
Nafasnya ditarik sedalam yang boleh sebelum dihembuskan. Tidak mungkin dia akan melepaskan tempias kemarahan kepada doktor yang sememangnya ditugaskan untuk menjaga hospital.
"kalau rasa nak berbincang, sila berbincang secara baik dan bukan dengan menaikkan suara. Kami tidak mahu terima aduan daripada pesakit lain yang mengatakan bahawa encik mengganggu mereka" pesannya sebelum kakinya melangkah pergi bersama-sama dengan jururawat yang mengikutnya.
Dijeling tajam adik-adiknya yang sedang berdiri diruangan hadapan bilik.
"aku tak kira, kalau kau rasa suami kau tu hebat sangat. Suruh dia sendiri langsaikan hutang dengan lintah darat. Jangan cari aku semata-mata nak suruh langsaikan. Kalau aku suruh kau bayar balik semua duit aku, aku rasa sampai ke hujung nyawa kau pun tak terlangsai" katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan adik-adiknya.
Akibat meminjam daripada lintah darat, suami adik perempuannya Nadia kini terlantar diatas katil hospital selepas ditemui hampir nyawa-nyawa ikan oleh orang awam. Syamsul, dibelasah habis-habis oleh lintah darat sehingga limpanya pecah.
Meminjam hampir 500 ribu ringgit dna tidak memulangkan semula dengan bunganya, dia dicari oleh lintah darat. Nasib, dia meletakkan namanya sahaja sebagai peminjam dan tiada penjamin kerana risau pinjaman dengan lintah darat diketahui.
Berlagak seperti orang kaya sedangkan semuanya hanyalah pinjaman. Berkereta Alphard dengan wang pinjaman daripada lintah darat. Rumah banglo tiga tingkat hasil pinjaman dengan lintah darat.
Mungkin pada mata orang, dia sangatlah gah tetapi belakang cerita tidak tahu. Tetapi tidak semestinya semua orang sebegitu, hanya sesetengah dan ingatlah. Cari duit atas usaha sendiri dan belilah apa yang termampu bergantung pada poket sendiri. Jangan fikir nak pujian tetapi diri sendiri merana.
"Syad, tolong mak ngah ya" Nadia merayu kepada anak saudaranya.
Irsyad serba salah.
"mak ngah, Syad tak boleh nak masuk campur kalau papa dah bersuara" tangan mak ngahnya cuba dilepaskan daripada menggenggam lengannya.
Nadia menangis. Kedua-dua ibu bapanya tidak mahu membantu kerana mereka fikirkan inilah balasan kepada orang yang hanya memikirkan kepentingan diri tetapi tidak memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
"tolonglah mak ngah Syad. Ini kali terakhir mak ngah minta tolong" kata-kata yang sama setiap kali suaminya masuk hospital gara-gara meminjam daripada Ah Long.
Irsyad menggeleng. Melihat papanya sudah hilang dari pandangan mata membuatkan dia semakin serba salah.
"Syad tak boleh mak ngah, terlalu banyak yang pak ngah pinjam. Mana Syad nak dapatkan semua duit itu" dicuba juga untuk melepaskan pegangan itu tetapi tetap tidak berjaya.
Matanya menangkap susuk tubuh seorang doktor yang diikuti dengan dua orang jururawat. Doktor muda itu hanyalah melintas disebelahnya lalu masuk terus ke dalam bilik yang menempatkan pak ngahnya.
"mak ngah, dah lah tu. Malu orang tengok" tubuh mak ngahnya cuba diangkat untuk bangun tetapi kudrat mak ngahnya menolak untuk berdiri tegak.
Didalam bilik pesakit.
"tekanan darah semakin stabil"
"kadar denyutan jantung semakin stabil"
"pesakit semakin bertindak balas dengan cahaya" kata doktor muda itu selepas dia dapat melihat mata pesakit seperti mengikut cahaya lampu yang disuluhnya.
Selesai sahaja pemeriksaan, doktor muda itu terus berlalu keluar dan diikuti dengan dua orang jururawat. Menjaga pesakit ICU membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dua orang jururawat.
"doktor suami saya dah okay ke?" tanya Nadia secara tiba-tiba. Dia meluru terus ke arah doktor yang baru keluar merawat suaminya.
Tag nama 'Haifa'
Terkejut punya pasal, dia mendiamkan diri seketika.
"oh, ya. Keadaan suami puan semakin pulih, dia pun semakin bertindak balas dengan cahaya. Keadaan limpanya pula masih dalam pemerhatian kami" beritahu doktor muda itu sambil tersenyum menayangkan lesung pipit miliknya.
"terima kasih doktor" air matanya dikesat selepas menerima kata-kata daripada doktor muda dihadapannya ini.
Suaminya sudah hampir tiga hari tidak sedarkan diri dan kini dia terima pula perkhabaran yang suaminya semakin bertindak balas membolehkan dia melebarkan senyumannya walaupun pahit.
"saya minta diri dulu. Kalau ada apa-apa, boleh terus panggil nurse saya" pesannya sebelum berlalu.
Irsyad juga menapak ke arah doktor yang sudah berpisah dengan jururawatnya. Hendak ditegur tetapi segan. Langkahnya semakin perlahan mengekori langkah doktor muda yang berjalan dihadapannya ini.
"awak" suaranya memanggil tetapi hanya dengar atau tidak dengar.
Haifa memusingkan badan selepas jururawatnya memberitahu orang dibelakangnya memanggilnya.
"erm, ya encik" senyuman diberikan. Tidak pula dia terkejut.
"tak ingat saya ya?" tanya dia.
Haifa menggeleng. Lama dia amati wajah ini tapi masih dia tidak ingat kecuali sewaktu dia hendak memeriksa keadaan pesakitnya.
"encik ni ahli keluarga pesakit tadi tu kan?" hanya itu yang dia ingat.
Irsyad mengangguk.
"ada apa ya encik, encik nak tanya pasal pesakit ke?" tanya Haifa. Prihatin
Irsyad menggeleng.
"habis encik nak tanya apa ya?" soal dia lagi. Pelik.
Irsyad tersenyum.
"memang sah awak tak ingat saya" barulah dia bersuara.
Haifa mengerutkan dahinya. Tetapi belum sempat dia menjawab, jururawatnya sudah memanggil.
"doktor, ada pembedahan!"
Badannya dipusingkan semula menghadap lelaki dihadapannya ini.
"saya tidak tahu dimana kita berjumpa. Tapi, salam perkenalan. Saya terpaksa pergi, kalau ada apa-apa masalah sila rujuk dengan nurse di kaunter. Nanti mereka akan panggil saya" beritahunya sebelum dia melangkah laju meninggalkan lelaki ini sendirian.
Irsyad tersenyum.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...