BAB 12

7K 297 3
                                    

"alah gebang!" masih lagi bergaduh.

Puan Dahlia menggeleng sahaja apabila melihat dua orang anaknya yang tidak habis bertengkar mulut sejak dari tadi.

"eh, betullah. Nanti abang kena hantar dekat Florida baru kau tahu" masih tidak mahu mengalah.

Lidahnya dijelirkan.

Tudungnya kena tarik.

"eii, mana aci!!" adik pula marah.

Dikejar abangnya. Nasib bukan dalam kereta, kalau dalam kereta tidak tahulah nak main kejar-kejar macam mana. Orang yang duduk diruang legar hotel pun memandang mereka dua adik-beradik. Tapi, ada diaorang kisah?

"eleh, cemburu lah tuuu"

"tak kuasa adik nak cemburu. Ibuuuuuu" dia mengadu. Tangan ibunya digoncang-goncangkan.

Puan Dahlia menggeleng.

"dahlah tu, malu sikit orang pandang" bukan Puan Dahlia yang menegur tetapi abang sulungnya. Semua diam.

Haifa terus memaut lengan abang sulungnya. Muaz pula sibuk nak berjalan sebelah adiknya. Ditarik tudung adiknya lagi sekali.

"abanggggg" mukanya seperti hendak menangis.

"ya Allah, kau ni tak habis lagi ke" Hasif pula yang sakit kepala melayan dua adik-adiknya yang perangai seperti tidak ingat dunia.

Muaz menggosok tengkuknya.

Dia baru sahaja hendak melangkah keluar dari hotel tetapi bertembung dengan orang yang dia kenali. Tetapi kali ini bersama-sama dengan dua orang lelaki. Termasuk seorang wanita.

Baru hendak menegur, mamanya Puan Nazurah pula yang menegur.

"eh, Dahlia kan?" tegurnya dahulu.

Puan Dahlia yang sibuk memerhati perangai anak-anaknya terus mengurut dada apabila langkahnya dihalang dan ditegur secara tiba-tiba.

Muaz, Hasif dan Haifa terus berhenti.

"puan ni..." dahinya dikerutkan.

Tertawa Puan Nazurah melihat wanita dihadapannya ini.

"sayalah, Datin Nazurah" dia memperkenalkan diri.

Tiga adik-beradik itu pandang antara satu sama lain. Masing-masing mengangkat bahunya seperti sudah menghantar impuls soalan kepada kepala otak mereka.

"ya Allah, Datin. Lamanya tak jumpa" terus dipeluk wanita dihadapannya itu. Lama dan erat.

"nak peluk juga" Muaz hanya bercakap pada dirinya sendiri. Tetapi didengari oleh adik-beradiknya yang lain. Sekali kena cubit pinggang terus melompat sambil melatah. Tak padan dengan lelaki.

"ouh mak kau aku peluk" dia melatah. Pelik. Tak pernah pula dia melatah.

Hasif dan Haifa menepuk tangan keriangan. Seronok menyakat.

Puan Dahlia sudah berkerut melihat anak lelakinya selepas dia meleraikan pelukan. Keningnya diangkat dan menerima gelengan daripada anak-anaknya. Terus ditarik tangan Muaz menjauhi ibu-ibu yang baru berjumpa.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now