Tiga hari di wad.
Tiga hari itu jugalah Irsyad menemaninya.
Tiga hari itu jugalah, lelaki itu penuh dengan kerisauan.
"nanti siapa nak jaga dia ibu?" tanya Irsyad sebaik sahaja dia pulang dari mendaftar keluar.
Puan Dahlia memandang Haifa.
"ibu kerja, ayah kamu pula baru semalam dah pergi Johor. Minggu depan baru balik. Nak suruh abang sulung kamu, dia tengah sibuk bekerja. Kakak ipar kamu pun sama. Abang kedua kamu pula, belum turun dari pelantar. Siapa nak jaga kamu ni?" selepas berfikir, dia menanyakan soalan semula.
Haifa melepaskan keluhan. Macam tidak ditahu apa yang berada didalam fikiran lelaki itu.
"ibu, adik still boleh berjalan. Kaki sebelah kanan je yang terseliuh bukan patah kaki pun. Setakat nak tunggu ibu balik tu tak ada masalah langsung"
Puan Dahlia mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata anaknya.
"tapi nanti nak urut kaki tu macam mana? ibu ada kenal tukang urut mana-mana ke?" Irsyad bertanyakan soalan lagi.
Puan Dahlia menggeleng.
"tak perlu tukang urut pun tak apa, saya just perlukan rehat. I am a doctor" dia membantah. Seperti tidak faham pula dengan lelaki itu.
"nope, awak perlu pergi berurut. Nanti kaki itu lagi susah nak baik kalau tak urut. Bibik saya ada kawan tukang urut. Nanti saya suruh dia datang urut. Tapi, ibu kena izinkan Syad jaga dia" dah agak dah.
Haifa menggeleng apabila melihat ibunya memandang tepat ke matanya.
Puan Dahlia juga sebenarnya tidak bersetuju.
"ibu jangan risau, bukan Syad berdua je dengan Haifa tapi mama dengan papa dan adik pun ada sekali. Mereka dah pulang dari umrah semalam. Maaf sebab tak beritahu ibu" dia cuba meyakinkan Puan Dahlia.
"please ibu, ibu pun tahu macam mana risaunya Syad bila tengok keadaan dia yang payah nak berjalan. Syad nak pastikan dia sembuh depan mata Syad. Biar Syad tak susah hati kalau nak pergi kerja" pujuknya. Lagi.
Puan Dahlia akhirnya mengalah. Lagipun, dia akan melawat anak perempuannya setiap hari tetapi dia perlu pastikan sama ada kedua-dua orang tua Irsyad sudah ada dirumah ataupun belum. Dia memang yakin dengan anak bujang ini tetapi hampir semua hati lelaki adalah sama.
Mereka bergerak pulang ke rumah keluarga Irsyad. Haifa menolak saat dia dipaksa untuk menaiki kereta bersama dengan Irsyad. Cukuplah ibunya bersetuju untuk berpisah dengan dia sehingga keadaan kakinya betul-betul pulih.
"ibu, jomlah masuk" pelawa Irsyad.
Haifa dipimpin oleh Puan Dahlia walaupun sebenarnya dia sendiri boleh berjalan cuma tidak boleh berjalan laju dan menggunakan semua tenaga tapak kaki kanannya.
"lah, dah sampai ke? Hah, jemputlah masuk" dapat dilihat wajah Puan Nazurah menyambut kedatangan tetamunya.
Puan Dahlia memimpin Haifa masuk ke dalam rumah tiga tingkat milik keluarga Irsyad dan kemudian dia bersalaman dengan rakan baiknya.
"bila balik dari umrah ni. kenapa tak beritahu?" mereka terus melabuhkan punggung disofa bersebelahan dengan sofa tempat duduk Haifa.
Irsyad yang melihat seperti ada peluang terus melabuhkan punggungnya disebelah Haifa. Nasib kaki sakit kalau tidak, sudah lama dia lari duduk ditengah-tengah antara ibu-ibu yang rancak berbual.
"ini, tak tidur sini ke?" Puan Nazurah bertanya kepada rakan baiknya.
Puan Dahlia menggeleng.
"saya perlu bekerja, ini nak minta tolong supaya tengok-tengokkan Haifa. Nak tinggal dekat rumah sendiri, rasa macam risau pula. Nanti dia nak apa-apa tak ada orang nak bantu"
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Roman d'amourبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...