Sampai sahaja di Kedah, dia terus demam. Dapat cuti sahaja mesti akan demam. Badannya terlalu kuat bekerja sehinggakan badannya tidak dapat mengesan sebarang penyakit sewaktu dia bekerja kecuali dia sedang berehat dan bercuti.
"hang ni terlalu kuat bekerja" tegur tok Bariah.
Haifa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kusut rambutnya dibuatnya.
"tok dah habaq kat hang awai-awai suruh jangan kerja banyak bila dah berkeluarga. Ini tidak, masih lagi gila kerja sampaikan badan sendiri dah tak kenal mana-mana kesakitan" bebel tok Bariah.
Haifa tersenyum nipis. Dia sedang baring dikerusi jati diruang tamu. Malas hendak menapak ke bilik kerana badannya sudah tidak larat.
Sudah empat hari dia disini. Hanya ibunya sahaja yang menelefon menanyakan kesihatannya. Suaminya langsung tidak mengambil peduli. Demam dia juga semakin teruk semenjak semalam. Main hujan punya pasal.
Malas hendak ke hospital atau klinik berdekatan, dia menghabiskan masa berbungkus didalam selimut dan tidur. hanya bangun dari tidurnya sekira azan berkumandang. Selagi azan tak berkumandang selagi itu dia tidur.
Pintu biliknya dibuka tetapi matanya langsung tidak terbuka untuk melihat siapa yang masuk. Dia tahu pasti toknya hendak menghantar makanan kerana dia semakin malas hendak bangun.
Telinganya dapat menangkap bunyi dulang diletakkan diatas meja dan pintu biliknya ditutup semula. tidak pula dia hendak membuka mata. Tapi, dia pelik. Kebiasaannya, toknya akan mengejutkannya untuk makan.
Tubuhnya diangkat secara tiba-tiba. Terus terbuka matanya walaupun dia memang tidak larat untuk membuka mata.
Tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat.
"sayang" kini Haifa sudah duduk diatas ribanya.
Haifa bertindak hendak bangun tetapi dihalang.
"I know you miss me right?" bibir Haifa dicium sekilas.
Haifa menggeleng.
"how did you know that I am here?"
"My life is here so I always know where she is"
"you kidding me right? you are saying that you will be in Singapore for two months" dia semakin tidak percaya.
Terus dipagut bibir Haifa dan dilepaskan sebaik sahaja Haifa tercungap-cungap. Diberi peluang isterinya untuk bernafas, dia mengucup sekali lagi bibir itu. Rindu yang dia simpan perlu diluahkan hari ini juga.
"ada tenaga tak?" tanya Irsyad.
Haifa semakin pelik.
"tenaga apa?"
"energy to treat me because I want you today" beritahunya.
Tanpa menunggu jawapan daripada Haifa terus ditindih tubuh isterinya sebaik sahaja Haifa dibaringkan diatas katil. Baju dibahagian leher isterinya ditarik dan kucupan hangat singgah disitu.
Tangannya merayap ke seluruh tubuh isterinya.
"awak, awak ni dah kenapa?" Haifa semakin pelik.
Terus dipagut bibir isterinya dan menghentikan semua kata-kata Haifa. Haifa tidak berani hendak membantah dengan permintaan suaminya. Dia merelakan semuanya walaupun dia masih tidak sihat.
Walaupun usia perkahwinan hampir ke setahun, mereka masih melayari kebahagiaan rumah tangga dan semoga sehingga ke akhir hayat.
Bangun sahaja dia melihat suaminya berada disebelahnya. Makanan yang dibawa masuk oleh Irsyad masih tidak disentuh. Jarum jam pula hendak masuk ke pukul 4:00 petang. Dia sudah terlambat hampir 3 jam untuk makan ubat.
Terus dicapai susu dan diteguk. Dicapai air suam dan ditelan ubat. Hanya itu yang boleh digunakan untuk mengalas perutnya. Dengan berhati-hati, dia bangun daripada katil tetapi belum sempat dia turun tubuhnya terus ditarik ke dalam dakapan suaminya.
"nak pergi mana ni?" pelukannya dikemaskan.
Haifa menggeleng.
"maaf sebab buat sayang risau dua bulan ini" dikucup lembut pipi Haifa.
Haifa pelik. Apa yang dia risaukan?
"risau sebab tak percayakan sayang. Pergi tinggalkan sayang macam itu je bila sayang datang nak jelaskan semuanya. Salah sangka dengan sayang sebab hal kecil sahaja. Jujur abang cakap yang masa sayang keluar dari rumah, abang dah macam orang gila cari sayang. Telefon ibu, ibu kata tak tahu. Telefon mama, kena bebel pula. telefon tok, tok kata sayang tak akan balik Kedah kalau esok masih bekerja" beritahu dia.
Haifa menarik nafas lega. Tok dia sangat berpegang pada janji.
"will you forgive me sayang?" tangannya membelai rambut Haifa.
Silap dia kenapa Haifa memotong rambut. Saat dia ditimpa masalah dalam hal syarikat, dia menghina rambut panjang isterinya yang sangat menyusahkan sebagaimana isterinya menyusahkan hidupnya. Akibat tersalah kata, Haifa berjauh hati dengannya dan rambutnya juga sudah dipotong.
Saat dia hendak berbaik selepas hampir dua minggu bermusuhan, dia menerima sekeping gambar yang nampak seperti isterinya hanya kerana tag nama. Berada didalam bilik seorang doktor lelaki dengan jangka masa yang lama, membuatkan dia naik angin.
Sekali lagi, mereka dilanda masalah. Dia membuat keputusan untuk tidak menganggu isterinya dan terbang ke Singapura hanya kerana ingin menguruskan semula masalah syarikat.
Sebaik sahaja pulang, dia dikhabarkan tentang keadaan kesihatan isterinya yang masih tidak baik demam walaupun sudah lebih tiga hari. Tidak lalu makan dan hanya memuntahkan segala isi perutnya sahaja.
"saya tak ada hak untuk marah. dahlah, saya nak keluar. Nak mandi. Nak solat" ditepuk-tepuk dada suaminya dan terus melepaskan diri sebaik sahaja pelukan suaminya terlerai.
Irsyad tersenyum apabila dia melihat isterinya. Walaupun sukar mana pun cabaran yang mereka hadapi sebaik sahaja membina masjid, Haifa masih mampu bersabar dan terus bersabar. Dia sangat beruntung dan dia janji hanya wanita itu yang akan bersamanya untuk selamanya.
Selesai sahaja mandi, Haifa terus solat didalam bilik lain. tidak mahu mengganggu suaminya yang sedang solat didalam biliknya. Nampak katil dalam bilik lain tanpa ada orang lain disitu, terus dia merebahkan badannya dengan bertelekung.
Penat.
Suhu badan dia pun semakin tinggi dan dapat dirasakan bahang panasnya lebih berbanding apabila suaminya datang.
"ya Allah, cucu bertuah" tok Bariah mengejutkan Haifa.
"hah, kenapa tok?" terpisat-pisat dia hendak membuka mata.
"laki kamu tu tercari-cari kamu. rupanya dia sedap tidur dekat bilik lain" tok Bariah bercekak pinggang sambil membebel.
Haifa tersengih dan dia segera membuka telekung dan melipat sejadah. Terus sahaja dia keluar dan tidak sampai beberapa langkah. Badannya yang memang sudah berat dengan kepala yang berdenyut membuatkan dia jatuh pengsan.
Terkejut satu isi rumah. Terus dia dibawa ke hospital.
Di hospital, dia terpaksa ditahan selama dua hari kerana kekurangan air dalam badan dan keadaannya yang tidak sesuai dengan ubat yang dimakannya.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...