Setiap rumahtangga pasti ada masalahnya. Bergantung kepada bagaimana pasangan suami isteri itu menangani masalah mereka dengan lebih rasional. Menguruskan setiap masalah dengan aman dan damai.
"sayang!!" Irsyad memanggil Haifa.
"Malaika!!" jeritnya sekali lagi.
"Puan Nurul Haifa Malaika!!"
Haifa yang baru sahaja hendak buat tidak tahu terpaksa menghentikan langkah. Setiap kali namanya dipanggil, bermakna itu adalah amaran kali terakhir sebelum mereka memulakan perang.
"telinga tu dah tak berfungsi ke?" sinis sahaja kata-kata Irsyad.
Tahan sahaja telinganya itu.
"kenapa dah dua hari tak balik. Dah pandai tidur luar ya" tanya Irsyad tetapi masih dalam nada sinis.
Haifa mendiamkan diri.
"cakaplah, takkan dah tak ada mulut kut" marah Irsyad. Sabarnya hanya ditahan sahaja tetapi kalau isterinya silap pasti sabarnya akan hilang.
Haifa masih mendiamkan diri.
"ke dah ada orang lain. sebab itu berani tidur luar" tebak dia. Sekali pun dia tidak memikirkan perasaan isterinya saat dia melontarkan semua kata-kata.
"dah bisu ke!!" suaranya sudah naik dua oktaf sekaligus.
Haifa tersentak dan terkejut apabila disergah sebegitu.
"kau jangan berani nak melampau. Kau kena sedar diri sikit yang kau tu dah bersuami. Syurga kau bawah tapak kaki suami" tiada lagi panggilan manis mahupun manja. Yang ada kini hanyalah amarah.
Haifa tidak menjawab atau membalas setiap kutukan dan hinaan suaminya. Dia sendiri tidak dapat mengesan, dimana silapnya sedangkan suaminya sendiri tahu bagaimana tugasnya di unit kecemasan. Untuk apa ditengking sebegini.
"kau tutuplah mulut kau tu sampai bila-bila. Jangan bila jantan tu tinggalkan kau, kau cari aku balik" terus Irsyad berlalu naik ke tingkat atas.
Rumah dua tingkat ini hanyalah dihuni oleh dua orang sahaja. Sudah hampir 4 bulan mereka mendirikan rumahtangga dan masih belum dikurniakan zuriat. Mereka juga tidak pergi berbulan madu kerana kesibukkan bekerja.
Sebagai doktor unit kecemasan, seminggu selepas dia bercuti. Dia sudah sibuk dengan tugasan dan tanggungjawabnya. Manakala, suaminya pula terlalu sibuk dengan projeknya. Dia terpaksa meninggalkan isterinya untuk ke China selama dua minggu. Tetapi, Haifa tidak pernah merungut.
Terus dilabuhkan punggungnya diatas sofa yang terletak diruang tamu.
Telefonnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk.
-wei, kau tahu pasal gambar kau yang tersebar tu?
Terus dibalas mesej Wani sebaik sahaja dia selesai membaca.
-gambar apa? Aku dah dua hari tak keluar dari hospital. Tidur pun sekejap je.
Seminit kemudian.
-gambar kau dengan doktor Izhar. Diaorang kata nampak kau berdua masuk bilik pejabat dia tengah-tengah malam. Keluar dari situ waktu pagi.
Haifa tercengang.
-wei gila kau. aku jumpa doktor Izhar pun tidak. Dia bahagian apa, aku bahagian apa. Logik akal lah sikit.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
عاطفيةبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...