BAB 55

11.2K 187 2
                                    


Otak designer lain, otak penulis lain. nampak baju lawa, diubah sedikit menjadi lebih muslimah. 


 Esoknya pula adalah majlis bagi pihak lelaki. Perancang perkahwinan mereka sudah menyiapkan semuanya dalam masa satu malam. Sangat-sangat berterima kasih kerana mereka bertungkus-lumus dalam menyiapkan semua agar kelihatan sempurna.

Baju gaun pengantinnya tergantung dan jurugambar mengambil video serta gambar sebagai kenangan. Semalam juga mereka berbuat sebegitu. oleh itu, dia lambat bersiap kerana jurugambar terlalu sibuk mengambil gambar baju dan kasut serta aktiviti sepanjang majlisnya.

Mukanya dimekap tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis kerana bajunya berwarna merah jadi jurumekap terpaksa mekap bagi kesesuaian temanya.

Baju gaun pengantin berwarna merah. Bahagian atasnya menggunakan photoes appliques dan bahagian bawahnya menggunakan renda dan satin. Dibahagian belakangnya terdapat reben dan bahagian bawahnya labuh dan memerlukan dua orang untuk membantunya memegang.

Tudung selendang sudah terlilit dikepalanya dan mahkota serta veilnya juga.

Selesai sahaja, dia terus keluar dari bilik hotel dan kini dia tidak berjalan sendirian kerana suaminya akan turut serta berjalan dengannya. Irsyad segak mengenakan tuxedo dan bertali leher sama warna dengan bajunya.

"pretty wife" terus dicapai tangan Haifa dililitkan dilengannya.

"handsome husband" ditepuk dada suaminya.

Masuk sahaja ke ballroom, Haifa terpegun. Irsyad hanya tersenyum melihat keterujaan isterinya.

Pelamin mereka dihiasi dengan bunga ros merah. Kanan dan kiri pelamin dihiasi dengan cahaya lampu. Untuk latar belakang, perancang perkahwinan meletakkan kain berwarna merah supaya dapat menampakkan pelamin berwarna putih.

"jaga isteri kamu baik-baik Syad. Dia sahaja menantu yang mama sayang. Tak ada yang kedua mahupun ketiga" pesan Puan Nazurah saat dia melakukan tepung tawar.

Haifa dipeluk erat.

"kalau Syad buat masalah, terus sahaja beritahu mama. Nanti mama ajar dia cuku-cukup. Kamu datang dalam keluarga kami dah cukup mengubah menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Mama tak nak ada orang lain dah" pesan Puan Nazurah kepada Haifa.

Haifa mengangguk.

"kamu jangan nakal sangat nak main mata dengan perempuan lain. papa tak terima menantu lain selain menantu seorang ini sahaja. Kalau kamu rasa kamu bagus sangat, buatlah. Sampai bila, papa tak akan mengaku kamu anak" ugut Encik Izzudin sambil bernasihat.

Irsyad mengangguk dan menyalami tangan tua papanya.

"Haifa, kalau Syad buat masalah terus beritahu papa. Tahulah papa kerjakan. Papa doakan semoga kamu berbahagia sehingga ke akhir hayat. Jadi pasangan suami isteri di syurga dan cepat-cepatlah bagi papa cucu" nasihat Encik Izzudin.

Haifa mengangguk dan tersenyum.

"mama dengan papa harap, tak adalah masalah dalam rumahtangga kamu. bertahun anak lelaki mama ni kejar kamu. kalau dia buat masalah tak tahulah juga. Cepat-cepatlah bagi mama cucu. Luangkan masa selalu untuk keluarga, jangan terlalu gilakan kerja" pesan Puan Nazurah lagi.

Haifa mengangguk sahaja sejak dari tadi.

Sebaik sahaja Puan Nazurah dan Encik Izzudin turun, Irsyad terus mendekatkan bibirnya ditelinga isterinya. Dia hendak membisikkan sesuatu.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now