BAB 38

5.3K 173 0
                                    

"eh, mama" Haifa menyalami tangan tua wanita itu.

"Haifa sihat?" tanya Encik Izzudin sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat milik keluarga Haifa.

Haifa mengangguk.

"papa sihat ke?" tanya Haifa. Prihatin.

"alhamdulillah sihat" jawabnya. Haifa memberikan senyuman manis kepada tetamu-tetamunya. Ibu dan ayahnya sudah mempelawa mereka untuk masuk.

Terus dilesapkan dirinya didapur. Membantu kakak-kakak iparnya, entah mengapa hari ini rumahnya ramai orang. Sudah sebulan lebih dia pulang ke tanah air dan hari ini baru rumah ibu dan ayahnya penuh dengan ahli keluarga.

"kak, akak tahu ke?" Haifa betanyakan kepada kakak iparnya, Maisarah.

Maisarah menggeleng. Dia sendiri pun dijemput oleh ibu dan ayah mentuanya untuk membantu mereka menyiapkan beberapa juadah. Tidak sangka pula ada tetamu yang akan datang.

"hah, kak Balqis mesti tahu kan?" soalannya berarah pada Balqis.

Balqis menggeleng.

Kak Maisarah ialah isteri kepada abang Hasif dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata dan satu cahaya mata yang akan dilahirkan 3 bulan daripada sekarang. Manakala, kak Balqis ialah isteri kepada abang Muaz dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata kembar. Masing-masing baru berusia setahun.

"kenapa pula ada tetamu hari ini, ibu pun sibuk mengemas rumah. Masak. Suruh pakai baju cantik" matanya memandang sendiri pakaian yang dipakainya.

Berbaju blouse berwarna pink dan berskrit putih. Tudungnya juga berwarna pink. Dia tidak gemar hendak memakai baju yang berwarna pink kerana warnanya terlalu cerah. Entah mengapa ibunya memaksa dia memakai warna baju yang dia sendiri tidak suka.

"adik!!" Hasif yang masuk dari pintu belakang terus mendapatkan adiknya yang sedang duduk dimeja kafe sambil termenung.

Haifa terkejut dan bergerak menjauhkan badannya apabila abangnya menghampirinya. Tidak cukup Hasif, Muaz pun turut begitu. Seperti gaya ada yang kena kejar dengan anjing. Satu muka berpeluh.

"wei, pehal?" dia yang takut.

Hasif dan Muaz menarik nafas bagi mengantikkan nafasnya yang sudah hilang akibat larian mereka. Hendak menyampaikan berita perlulah pantas.

"adik, ada.." semput-semput dia nak bercakap.

"ada.." masih semput untuk bercakap.

"wei, bang. Baik kau cakap betul-betullah" Muaz marah.

Haifa masih dengan riak takutnya. Ada apa yang terjadi?

"kau.. lah.. cakap" terus ditarik nafasnya dan ditenangkan degupan jantungnya yang laju.

Muaz menarik nafas panjang.

"adik, kau nak tahu. Ada rombongan meminang. Abang tadi nampak diaorang bawa dulang dengan beberapa jenis barang. Mulanya abang ingat hanya Datin Nazurah dengan Datuk Izzudin je yang datang rupanya ada lagi orang tapi diaorang lambat" beritahunya dengan satu nafas.

Haifa ternganga.

Patutlah disuruh memakai baju yang cantik, jikalau disuruh memakai baju kurung pasti dia akan pelik dan untuk tutup kepelikan itu. dia terpaksa memakai baju yang telah dibeli khas untuk hari ini. sampai hati.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now