BAB 19

6.6K 257 0
                                    

 Irsyad sekeluarga sudah pulang ke rumah wan mereka yang hanya selang beberapa rumah daripada rumah wan Haifa.

Haifa pula sudah nyenyak tidur sebaik sahaja Irsyad sekeluarga pulang. Dia ingin tidur tetapi tidak dapat jadi dia lepaskan penatnya sebaik sahaja Irsyad sekeluarga pulang ke rumah mereka.

Bangun untuk solat, tidur semula selepas solat.

Haifa. Haifa.

"pergi kejut anak kamu tu, dah nak maghrib ni" arah wan Kassim. Puan Dahlia hanya mengikut sahaja arahan bapanya.

Puan Dahlia berasal dari Kedah manakala Encik Dahlan berasal dari Terengganu tetapi sudah menjadi anak yatim piatu selepas 3 tahun berkahwin dengan Puan Dahlia. Arwah ibunya meninggal dunia akibat sakit tenat dan diikuti oleh arwah bapanya selepas dua bulan pemergian arwah.

"anak ibu, bangun" badan Haifa digoyang-goyangkan tetapi Haifa masih tidak bangun. Kepenatan mungkin.

"bangun Nurul Haifa. Dah nak maghrib ini" digoyang-goyangkan lagi badan anak daranya dan barulah Haifa bangun.

Terpisat-pisat Haifa bangun. Terus dipimpin untuk keluar dari bilik kerana langkahnya terlalu perlahan seperti orang dalam pantang. Kadang-kala rasa seperti ditoreh apabila bergerak terlalu banyak.

"wan" terus dilabuhkan punggungnya bersebelahan dengan wannya.

"nanti malam mesti tak boleh tidur" tergeleng-geleng wannya.

Haifa tersengih. Walaupun wan dan toknya tinggal di Kedah, Mereka sentiasa menggunakan bahasa Melayu asli ketika berbual dengan anak-anak kerana semua anak-anak dan cucu tinggal di kawasan bandar dan tidak menggunakan bahasa Kedah.

Jadi, dia mudah untuk berbual dengan wan dan toknya tanpa memikirkan bagaimana hendak menuturkan bahasa loghat Kedah.

"kalau dia dah telan ubat, memang boleh tidur" ibu menyampuk.

Haifa mengangguk. Betul.

"lusa kamu dah nak balik KL, kalau sakit lagi macam mana nak kerja" hati tuanya risau bila melihat keadaan cucunya.

"don't worry. Adikkan hebat"

"banyaklah kamu hebat. Nanti sakit, ibu kamu juga yang dicari" marahnya. Marah manja sahaja.

Azan maghrib berkumandang.

Orang suruh duduk rumah berehat, dia pergi meronda dengan abang-abangnya. Yang abang-abangnya pun melayankan sahaja adiknya walaupun adiknya memang tengah sakit. Adik manja kalau tidak dilayan merajuk.

"dik, tahu dek wan. Nahas kita orang berdua" Hasif sudah membebel tetapi adiknya hanya membuat tidak tahu.

Wan Kassim kini berada di surau berdekatan dengan rumah mereka dan akan pulang selepas solat isyak. Tetapi mereka sudah melesapkan diri sebaik sahaja selesai solat maghrib. Ini gara-gara adiknya yang merengek hendak keluar kerana terlalu bosan. Tok perempuannya pula membenarkan sahaja kerana kesian begitu juga dengan ibunya.

"sebab itu adik bawa dua-dua abang. Biar kita kena marah sama-sama, nanti tak adalah yang nak ganti kena marah. Ya ke tidak" katanya selepas hampir beberapa minit suasana sunyi.

Pernah satu hari mereka keluar pada waktu begini tetapi hanya Haifa dan Muaz, manakala Hasif sibuk membantu ibu dan tok perempuannya dirumah mengemas rumah. Lelaki seorang ini rajin membantu para wanita. Tetapi sebaik sahaja adik-adiknya pulang, mereka berdua dimarahi teruk oleh wan kerana keluar rumah pada saat Haifa sedang sakit.

Haifa pada itu demam panas dan masih belum reda tetapi teringin hendak keluar, dibenarkan juga. Akhirnya, abang sulungnya juga sanggup untuk menerima segala kemarahan daripada wannya.

"tak perlu nak perli abanglah kan" Hasif menjeling adik perempuannya melalui cermin pandang belakang.

Haifa tersengih sahaja. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Muaz hanya tertawa sahaja melihat adiknya. Jarang abang sulungnya kena perli dengan adiknya. Selalu mereka berdua sahaja yang menjadi mangsa perlinya.

Alor Setar.

"mana boleh makan ais-krim, usus kau tu belum elok lagi"

"tak boleh minum air gas, nanti tak boleh baik"

"jangan makan itu, jangan makan ini"

Sejak dari tadi, mulut abangnya yang seorang ini asyik menidakkan semua yang adiknya ingin makan. Sampaikan riak mukanya sudah berubah kerana marahkan abangnya. Tetapi dia tahu semua itu demi kebaikannya.

Muaz memaut bahu adiknya.

"bagi pulih dulu usus adik tu, nanti abang belanja ais-krim Baskin Robbins. Belilah berapa banyak tapi semuanya ditanggung bersih oleh abang If" dalam memujuk adiknya, sempat pula dia mengerjakan abangnya.

Hasif mencekak pinggang.

"amboi, melampaunya adik aku dua ekor ni. Malaun betul" dia marah. Adik-adiknya yang lain hanya tertawa sahaja.

Perutnya yang senak ditekan-tekan. Haifa pula sudah menjadi tangan laju, bahu abang keduanya dipukul-pukul tapi dua orang ini mana kisah dengan pandangan orang.

"sudah-sudahlah tu, kita dekat tempat awam kut. Melampau sangat gelaknya tu" ditekup mulut kedua-dua adiknya. Haifa cuba melepaskan diri sehingga tidak sedar dia melanggar seseorang.

"ya Allah, dik!" Hasif terus memandang adiknya yang berada dibelakangnya. Jatuh ke?

Haifa menekan perut dia yang sakit. Itulah padahnya kalau main-main masa dekat tempat awam. Kalau terlanggar orang yang panas baran, berkemungkinan mereka akan dimalukan disitu juga. Tapi, kenapa orang yang membantunya hanya mendiamkan diri.

Badannya distabilkan untuk berdiri tetapi dia dapat rasa tangan orang yang membantunya itu masih melingkari dipinggangnya.

"awak!" terkejut dia apabila melihat orang yang membantunya itu.

Muaz dan Hasif sudah tersengih-sengih. Berjodoh betul.

"saya dah katakan, jangan sakit tanpa saya. Jangan jatuh tanpa saya" katanya.

Haifa menjarakkan diri daripada lelaki itu.

"alahai, Syad. Kau orang ni dah berjodoh terus kahwin jelah" usik Muaz.

Irsyad tersenyum. Haifa menjeling tajam abang keduanya.

Ahli keluarga Irsyad terus merapati mereka sebaik sahaja melihat keberadaan anak lelakinya. Irsyad melesapkan dirinya disebalik orang ramai semenjak mereka tiba disini. Baru ini mereka lihat wajahnya selepas tercari-cari.

"dekat sini rupanya kamu Syad. Penat papa dengan mama kamu cari" bahu Irsyad ditepuk.

Irsyad menggosok belakang tengkuknya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa kakinya laju sahaja hendak merayap ke arah lain. Dan dia sudah tahu yang jodohnya ada berdekatan sini. Seperti tarikan magnet.

"abang. Abang, lebih baik kau kahwinlah bang. Dah terlebih angau sangat sampai boleh je tahu dekat mana bakal kakak ipar adik" usik Mimi.

Irsyad segan kena usik.

"kalau Haifa setuju, aunty dengan uncle boleh hantar rombongan meminang. Tak adalah anak bujang aunty ni asyik angau tiap hari kalau tak jumpa sehari" Puan Nazurah sempat mengusik anak bujangnya.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now