"kereta kamu ni, nak ambil lepas kenduri atau nak hantar ke pelabuhan?" tanya wan sebaik sahaja kereta Suzuki miliknya sudah membahagi jalan raya yang agak sesak dengan kereta.
"tak sure lah wan, kena tanya bakal cucu menantu wan itu. ikut Haifa nak sahaja memandu dari Kedah ke KL tapi mesti tidak dibagi" sudah dipesan awal-awal supaya menaiki kapal terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Wan Kassim terangguk-angguk.
"boleh sahaja naik kereta, wan dengan tok kamu ikut sekali. Kan senang?" dia setuju dengan cadangan cucunya itu kerana dia sendiri tidak suka untuk menaiki kapal terbang. Selama ini, dia berulang alik dari KL ke Kedah hanya dengan menaiki kereta proton saga yang dibelikan oleh anak-anaknya sahaja.
Haifa teruja.
"betul ke ni? Haifa okey je. tapi gilir-gilirlah, takut wan penat" beritahunya.
Wan Kassim mengangguk.
"yeah, sayang wan ketat-ketat" dia teruja. Dapat membawa pulang keretanya ke Kuala Lumpur. Jadi dia tiada alasan untuk menyuruh bakal suaminya itu untuk menghantarnya ke tempat kerja.
Balik sahaja, dia terus mengemaskan barang-barangnya yang perlu dibawa pulang. selesai sahaja mengemas, dia memasukkan semua barang ke dalam but belakang. Ini bagi tidak kelam-kabut sekiranya hendak mengemas esok.
"Haifa" panggil tok.
Baru sahaja hendak menapak masuk ke dalam bilik, dia lencongkan kakinya ke arah ruang tamu.
"kamu betul-betul nak kahwin. Tok takut kamu tak setuju dengan perkahwinan ini. Tak bahagia hidup kamu kalau kamu kahwin atas kehendak keluarga walaupun restu itu penting. Yang nak kahwinnya kamu, yang nak hidup bersama itu kamu, yang nak mengandung pun kamu. kamu yakin betul nak kahwin?" tanya tok Bariah saat punggung Haifa sudah mencecah dikerusi jati miliknya.
Haifa memandang toknya dengan pandangan pelik.
"kenapa tok tanya macam itu?"
"tok cuma rasa yang kamu seperti tidak bahagia. Semakin menjelang hari pernikahan kamu, semakin tok dapat rasakan yang muka kamu sudah tidak bermaya. Tiada seri. Kamu pun semakin tidak bersemangat" rambut Haifa diusap.
Rambut cucunya itu sudah panjang mengurai sehingga ke pinggang. Hendak dipotong, sayang jadi terpaksalah cucunya ini menjaga dengan baik rambut itu.
"kalau Haifa cakap Haifa tak bahagia, tok boleh batalkan perkahwinan itu?" akhirnya dia meluahkan juga rasa dihatinya.
"tok tak boleh nak batalkan majlis kamu. cuba kamu ingat wajah ceria ibu kamu bila dia dapat buat majlis yang gilang-gemilang untuk anak perempuannya. Ayah kamu pula teruja bila dia dapat jemput atuk angkat kamu di Jepun. Sekarang, tok nak kamu cerita. Cerita apa sebab kamu tak sayang dekat Syad" belakang badan Haifa digosok-gosok.
Haifa terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa sebab dia tidak suka dan apa sebab dia tidak bahagia sedangkan selama ini, udaranya yang tersekat kembali tenang saat wajah lelaki itu berada disisinya.
Tok Bariah tertawa.
"tengok, kamu sendiri pun tak tahu. Sebenarnya kamu masih sayang dan cinta dekat Syad cuma perkara yang dia lakukan membuatkan kamu tidak berani hendak menerima cintanya. Selama ini, sesaat pun dia tidak pernah meninggalkan kamu. bukalah mata hati kamu itu adik. Tok yakin dia mampu jadi suami yang terbaik untuk kamu" nasihat tok Bariah.
Haifa hanya mendiamkan diri sahaja.
"pergi ambil wuduk, solat istikharah. Tengok apa petunjuk yang Allah berikan. Masih ada dua minggu untuk kamu buat keputusan. Kalau hendak membatalkan masih sempat kerana persiapan kahwin kamu di dewan hanya akan dilakukan seminggu sebelum majlis" wan Kassim menyampuk.
Haifa mengangguk dan mengikut apa yang disuruh oleh wannya.
Hari pertama.
Hari kedua.
Hari ketiga.
Tiga malam berturut-turut dia melakukan solat istikharah memohon petunjuk jodohnya. Walaupun selama ini, solat istikharah sentiasa menjadi jalannya untuk meminta bantuan dalam menentukan kehidupannya akan datang.
Kali ini, solat istikharah dilakukan untuk memohon petunjuk dalam menentukan jodohnya dan wajah gembira lelaki itu masih segar didalam kepalanya. Setiap pertemuannya didalam mimpi masih utuh didalam ingatannya.
Yakinilah, itu jodohmu.
Rasulullah SAW bersabda: "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
"hei dik. Termenung jauh nampak" bahu Haifa ditepuk.
Hasif melabuhkan punggungnya disebelah adiknya yang sedang bermain buaian kayu jati. Buaian itu sudah lama berada dihalaman koridor rumahnya tetapi mereka adik-beradik jarang bermain buaian disitu kerana buaian itu selalu ditutup dengan kain demi mengelakkan daripada warnanya pudar.
"balik KL pun tak tahu nak buat apa, ingat balik KL boleh terus masuk kerja. Sekali kena cuti pula. kalau tahu tak adanya adik nak balik KL seminggu lebih awal walaupun pihak hospital dah suruh balik" dia melepaskan keluhannya.
Hasif memaut bahu adiknya. selepas ini, adiknya akan menjadi seorang isteri dan bukan lagi budak busuk yang sentiasa bermanja dengannya.
"ibu suruh cuti sebab nak suruh adik uruskan majlis. Dewan tu kita kongsi dengan pihak lelaki. Jadi, ibu nak suruh kita rancang baik-baik. Kalau adik sibuk bekerja, macam mana nak siap semua itu" dia cuba memujuk adiknya.
Haifa mengeluh.
"eh, ya Allah. Putus satu urat" hatinya terus beristigfar.
Hasif tersenyum sahaja. Setiap kali mengeluh, setiap kali itu jugalah adiknya akan tersedar kesilapannya sendiri.
"adik dah jemput kawan-kawan adik? Abang dengar cerita, ayah jemput kawan-kawan dia dari Jepun. Ramai jugalah yang nak datang. Kalau kawan adik dari jauh nak datang kena booking bilik cepat-cepat takut dah tak ada bilik" beritahu Hasif.
Haifa mengangguk. Semalam sudah dia menghantar kad jemputan kepada rakan sejawatnya yang berada di Kedah. Tidak ramai yang dapat pergi kerana terlalu jauh tetapi Nadia dan doktor Fauzan sahaja yang betul-betul pergi.
Jadi, dia hanya membooking empat bilik sahaja. Sekiranya ada rakan sejawatnya yang datang, dia akan menambah bilik lagi.
"kenapa adik abang ni?" Hasif bertanya lagi. Sejak dari tadi dia hanya memerhati sahaja adiknya yang termenung dan termenung dan termenung.
Haifa menggeleng.
"petang ini adik nak keluar jumpa tiga orang kawan baik adik, tapi mesti ibu tak bagi. Kata adik darah manis lah, tak elok keluarlah" dia seperti terkongkong apabila dia tidak dibenarkan keluar rumah.
Hasif tersenyum.
"nak abang teman, nanti tak adalah ibu nak marah" kesian pula dia melihat adiknya yang terperuk sahaja didalam rumah.
Haifa mengangguk. Teruja. Boleh keluar!
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...