BAB 45

5.6K 167 0
                                    

Demam. muntah-muntah.

"sayang" Irsyad menjadi risau.

"kita pergi klinik ya" ajak dia. Haifa menggeleng.

"sayang. Tolong jangan buat saya macam ini" suaranya sudah berubah nada.

Haifa masih menggeleng. Sudah hampir setengah hari dia mengalami muntah-muntah. Wan dan toknya pula tiada dirumah kerana mereka keluar ke bandar untuk membeli barangan dapur dan tengah hari ini barulah mereka pulang. entah apa yang dibelinya.

"Haifa, baik kamu pergi klinik. Takut perut kamu masuk angin ke?" wan Kassim risau melihat keadaan cucunya. Mereka meninggalkan cucunya sejak awal pagi dan sehingga ke tengah hari. Tidak sangka pula cucunya sedang menahan sakit.

Haifa masih berdegil.

"jomlah sayang, kita pergi klinik. Bibir awak tu dah pucat" dia semakin risau.

Haifa menggeleng.

"cu, pergilah klinik. Nanti kamu boleh dapatkan ubat untuk kurangkan demam sekali" arah tok Bariah.

Haifa masih tidak mahu.

"sayang! Dahlah tu, buat apa nak berdegil lagi! Tak ada, kita pergi klinik sekarang" sabar dia semakin menipis. Wanita ini mencabar kesabarannya walaupun dia sudah berjanji untuk sentiasa bersabar dengan segala karenah wanita ini.

Air mata Haifa mengalir tanpa dia pinta. Semenjak dia demam, terlalu mudah dia untuk mengalirkan air mata dan terlalu mudah dia tersentuh dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Irsyad serba salah. Terus ditarik Haifa dan dipeluk erat.

"sayang, I am sorry" dipeluk erat wanita itu.

Haifa menggeleng dan menolak tubuh lelaki itu menjauhi dirinya tetapi kudratnya yang lemah membuatkan dia sendiri jatuh rebah didalam pelukan lelaki itu.

Mereka terus bergegas ke hospital.

"puan Haifa ni terlalu penat, dia juga tertekan dengan keadaan sekeliling dan badannya sudah kehilangan banyak air lagipun masalah gastrik yang dia alami membuatkan perut dia mudah masuk angin. Keracunan makanan juga merupakan punca kenapa puan Haifa muntah-muntah. Saya terpaksa tahan puan Haifa untuk dua hari bagi membersihkan usus dia. Kalau dah pulih, kami boleh membenarkan dia pulang" beritahu doktor yang merawat Haifa.

Irsyad mengangguk. Selepas itu, tok dan wan Haifa datang bersama-sama dengan beg yang berisi baju Haifa. Mereka tidak menghantar Haifa ke hospital bersama-sama dengan Irsyad jadi mereka hanya mengemas baju Haifa selepas diberitahu oleh Irsyad.

Untuk gelaran puan pula, Irsyad tidak mahu menyusahkan tok dan wan Haifa supaya bergegas ke sini. Jadi, dia terpaksa menipu yang Haifa merupakan isteri dan dia harap memang betul-betul menjadi isterinya.

"kenapa dengan Haifa?" tanya tok Bariah selepas Irsyad mengucup lembut tangan tuanya.

"kekurangan air dalam badan, stress, keracunan makanan, gastrik, perut masuk angin" semua masalah Haifa diberitahu satu persatu.

Wan Kassim dan tok Bariah mengangguk.

"nanti petang, ibu dengan ayah Haifa sampai. Jadi, kamu bolehlah balik berehat. Kalau tahu dek mama kamu mesti dia risau" kata tok Bariah.

Irsyad menggeleng.

"mama dengan papa dah tahu, Syad sendiri akan jaga dia. Ibu dengan ayah pun dah izinkan Syad jaga lagipun kesian ibu dengan ayah. Penat datang ke Kedah pun belum hilang dah kena jaga Haifa. Biar Syad je yang jaga" kata Irsyad.

"kalau kamu dah cakap begitu, terpulanglah" wan Kassim tidak mampu membantah.

Irsyad mengangguk.

Seperti yang dipersetujui, Irsyad akan menjaga Haifa sehingga waktu pagi dan kemudian barulah ibu dan ayah Haifa.

"sayang, tolonglah jangan sakit macam ini lagi" tangan kanan Haifa digenggam dan dibawa ke bibirnya.

Sebaik sahaja makan ubat, Haifa terus tidur lena.

"awak tahu tak betapa deritanya saya bila saya terpaksa hidup tanpa awak" air mata lelakinya tumpah jua. Setitis air matanya terkena ditangan Haifa dan membuatkan Haifa terjaga.

"sayang, sayang nak makan ke?" terus dia tanya.

Haifa tidak menjawab tetapi tangan kanannya bergerak mengesat air mata yang jatuh dipipi lelaki itu.

"awak kena kuat, awak lelaki, awak tak boleh menangis. Macam mana saya nak tinggalkan awak kalau awak macam ini. awak kena kuat sebab saya tak mungkin akan sentiasa berada disisi awak. Jodoh kita sampai sini sahaja, saya harap awak mampu bahagia tanpa saya dan hidup dengan kehidupan yang penuh dengan makna. Jangan rindu saya dan jangan pernah kenangkan saya"

"tak, saya tak mampu kuat tanpa awak. Saya tak mampu hidup bahagia tanpa awak, saya hanya nakkan awak hanya awak. Separuh daripada jiwa saya ada untuk awak, kalau awak tiada macam mana saya nak teruskan hidup" dia menangis.

Haifa menepuk-nepuk pipi lelaki itu.

"awak masih ada Allah. Hanya perlu berdoa padaNya supaya kita dipertemukan jodoh suatu hari nanti. Andai saya bukan jodoh awak, carilah yang lebih baik daripada saya. carilah pelengkap hidup awak"

Dengan keadaan berpeluh, dia tersedar.

"awak, kenapa ni?" tanya Haifa, lelaki ini tidur dengan menggenggam tangannya tetapi seperti meracau.

"awak, jangan tinggalkan saya" tiba-tiba.

Haifa pelik. Dah kenapa?

"awak ni kenapa? Saya yang tak sihat ke awak yang tak sihat?" otak lelaki ini sudah terputus satu wayar ke?

Terus ditarik Haifa ke dalam pelukannya. Haifa menolak badan lelaki itu menjauhinya, dengan tangan kananya yang ada jarum drip membuatkan dia mengerang kesakitan apabila dipeluk secara tiba-tiba.

"saya mimpi awak tinggalkan saya, saya tak nak terpisah walau sesaat pun dengan awak. Cukuplah saya terpisah dengan awak selama hampir dua tahun. Cukuplah penantian saya selama 11 tahun. Saya tak nak menunggu. Kita kahwin?" pelukannya dileraikan tetapi tangannya masih memegang bahu Haifa.

Haifa pelik. Dahinya dikerut.

"awak ni, mimpi je pun. Bukannya apa sangat" dahinya dikerut dan tergeleng dia dibuatnya.

Lain pula pada Irsyad.

"bagi saya, ada mimpi yang mampu menjadi realiti. Untuk tidak menjadikan ia realiti, saya nak awak jadi hak saya yang sebenar" katanya.

Haifa menggeleng.

"awak ni kuat layan drama betul" ditepis tangan lelaki itu yang memegang bahunya.

Lenanya yang terganggu kerana Irsyad disambung semula. malas hendak melayan orang yang membuat perangai seawal pagi buta, nanti dia perlu bangun dan solat subuh kemudian perlu makan ubat.

Makan ubat lagi!

Irsyad tidak jadi untuk menganggu. Dia kembali duduk dan menggenggam erat tangan kanan Haifa. Tidak akan sekalipun dia lepaskan. Haifa pula hanya membiarkan sahaja, mengantuk yang datang secara tiba-tiba membuatkan dia malas hendak ambil peduli.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now