BAB 54

14.6K 190 1
                                    

Tepat jam 11:00 pagi, semua orang dah serbu bilik dia. Tiada pula yang bertanya tentang cadarnya yang sudah berubah bentuk. Itupun minta service room bagi cadar lebih. Nasiblah fikir lebih jauh diaorang ini.

"wahhhh, lawa gila!!" Wani teruja melihat baju pengantin Haifa.

Gaun yang mencantumkan dua warna biru muda dan biru laut membuatkan kombinasi itu menjadi sangat menarik. Terdapat renda-renda yang mengembang dikanan dan kirinya yang membuatkan hanya bahagian hadapan sahaja yang menampakkan susuk tubuhnya.

Tudung selendang biru juga sudah dilit dan mekap juga sudah ditacap dimukanya. Hanya mekap tipis sahaja untuk menutup beberapa masalah dimukanya. Veil yang labuh dan panjang itu juga sudah diletakkan kemas diatas kepalanya.

Yang panjang veil dia. Bukannya baju!

"biasalah tu, Leeyanarahman punya rekaan" Kak Balqis yang membalas.

"baju ni tempah or hak milik kekal?" tanya Amira. Dia pula yang teruja.

"hak milik kekal. Akak dengan abang Muaz yang minta Leeyana design baju ni. kita orang yang bagi kain. Jadi, baju ini milik Haifa. Tapi, nak dapat tu mahal jugalah" beritahunya.

Amira, Wani dan Tasha masing-masing terangguk-angguk. Didalam bilik Haifa hanyalah terdapat anak-anak Amira dan Tasha yang akan dijadikan flower girl dan flower boy dia. Menemaninya sehingga ke pelamin.

"untung badan, kalau aku tempah je. kawan kita seorang ini boleh jadi hak milik kekal. Kalau teringin nak pakai pun boleh pakai bila-bila je" Tasha mencuit bahu Haifa.

Tepat jam 12:30 tengah hari. Haifa barulah siap dan dia dibawa keluar oleh kakak iparnya diiringi oleh sahabatnya dan dihadapannya terdapat flower girl dan flower boy dia. Kasut tumit tinggi berwarna biru dan dipenuhi labuci membuatkan dia takut hendak bergerak agak ganas.

Sampai sahaja dihadapan pintu Ballroom Seri Pacific Hotel, suaminya sudah berada disisinya dengan berpakaian pengantin biasa. Dengan tengkoloknya, dengan kerisnya tetapi masih padan dengan baju dia yang menitik beratkan bentuk tradisional.

"bagai pinang dibelah dua" usik Wani.

Pengapit bagi pengantin perempuan ialah Mimi, adik Irsyad. Manakala, pengapit bagi pengantin lelaki ialah teman lelaki Mimi, Sufian. Tetamu pihak lelaki pula sudah menunggu dibahagian belakang mereka, sebaik sahaja pengantin masuk mereka turut akan masuk.

"ketibaan pasangan pengantin.." dapat dia dengari suara pengacara yang bertanggungjawab menguruskan majlis dia pada hari ini dan esok.

Pintu ballroom dibuka dari dalam dan dapat dilihat karpet merah yang akan membawa mereka menuju ke pelamin yang berada diatas pentas.

Dikanan dan kiri laluan mereka, terdapat ramai orang yang menghadiri majlisnya. Dapat dilihat beberapa orang rakan sekerjanya di Kedah dan Kuala Lumpur. Dapat juga dia melihat rakan sekuliahnya dan kawan-kawan ayah dari Jepun.

Wajah ibu dan ayah sedang tersenyum melihat ketibaan mereka. Haifa melebarkan senyumnya apabila toknya memaksa dia untuk tersenyum lebih manis lagi. Dapat juga dia melihat atuk angkatnya dan dia melambai ke arah atuknya.

Mr Kenzo menundukkan sedikit kepalanya dan Haifa tersenyum. Masih dengan adat Jepun walaupun berada di Malaysia.

Pelaminnya pula dihiasi penuh dengan warna biru dan putih. Bahagian belakang tempat duduk pengantin pula terdapat hampir beribu kuntum bunga ros putih dan beberapa kuntum bunga berwarna biru. Di kanan dan kiri pelamin pula terdapat banyak bunga ros putih yang masih segar dan dikelilingi oleh bunga berwarna biru.

BIDADARI DUNIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang