BAB 21

6.4K 221 0
                                    

"sampai hati awak rampas kasih sayang ibu" terus dilabuhkan punggungnya selepas dia turun dari tingkat atas. Tidak mungkin dia hendak berlama didalam bilik kerana ibu pasti akan menegurnya kerana tidak menghormati tetamu.

Irsyad tersenyum.

"alahai, sayang saya cemburu ya. Awak tak hilang kasih sayang ibu tapi awak tambah kasih sayang" terus dia bangun dan duduk disebelah wanita kesayangannya itu.

Haifa menjarakkan kedudukan mereka. Ibu pula berada didapur, sibuk hendak mencuba resipi baru untuk dibawa pulang oleh tetamunya itu. Dia yang dengar sudah panas telinga kerana ibunya terlalu memanjakan lelaki itu.

"tak nak tambah kasih sayang nanti banyak garam dari gula" dia berpeluk tubuh.

Hendak duduk dekat dengan wanita tercinta dia, tidak berani kerana antara dua orang yang bukan mahram ada orang ketiga yang langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Syaitan yang telah berjanji untuk menghancurkan anak-anak adam.

"garamkan penyedap masakan. Kalau tak ada garam tulah yang buat masakan kita tak sedap" dia membalas. Ada sahaja yang ingin dibalasnya.

Haifa mendengus geram.

"tapi garam buat orang terluka. Lebih baik gula" dia pun tidak mahu mengalah.

Irsyad tersenyum.

"tanpa garam, masakan takkan jadi sedap. Kerana garam dan gula itu pelengkap masakan begitu juga dengan kehidupan. Tanpa gula, kita tak akan bahagia dan rasai kemanisannya dan tanpa garam kita tak akan menjadi matang" jawabnya.

Haifa malas hendak menjawab. Lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

"dah kalah ke sayang?" dia tersenyum melihat Haifa hanya mendiamkan diri.

"saya merajuk dengan awak sebulan. Jangan cari saya, jangan cakap dengan saya dan jangan pernah tunjuk muka awak depan saya" terus dia bangun dan melangkah masuk ke dapur rumahnya.

Irsyad terdiam.

"awakkkkk" terus dia bergerak ke dapur.

Haifa sedang melentokkan kepalanya diatas meja makan. Irsyad terus mendekatinya dan duduk di kanan Haifa. Haifa memusingkan kepalanya ke kiri. Puan Dahlia yang melihat sudah tergeleng-geleng.

"awak" panggilnya.

"sayang"

"awak"

"kalau awak tak pandang saya, esok kita kahwin" ugut dia.

Haifa buat tidak tahu. Ingat dia takut!

"okay, awak tunggu" terus dia bangun.

Belum sempat dia bergerak, tangannya sudah dipegang.

"nak buat apa?" Irsyad tersenyum melihat ugutannya terkena umpan.

Terus dia duduk semula. Puan Dahlia pula hanya memasang telinga sahaja. Tidak pula dia hendak menyampuk. Dua orang ini akan berkahwin juga suatu hari nanti walaupun anak daranya membantah.

"jangan merajuk dengan saya boleh? Saya tak boleh hidup tenang kalau sehari saya tak dapat dengar suara awak, tengok muka awak dan dengar rengek awak" katanya.

Haifa masih belum melepaskan pegangan tangan ditangan lelaki itu. Takut dilepaskan, dia akan pergi mengadu dengan ibunya untuk mempercepatkan perkahwinan tanpa persetujuan dia. Eh, dia dah setuju nak kahwin ke?

"eleh, dia boleh je pergi Jepun selama sebulan lepas itu pergi Sabah. Tak ada pun nak tenang hidup. Balik, balik terus senyum. Pikir orang tak tahu" matanya menjeling lelaki disebelahnya sebelum melepaskan pegangan tangan.

Irsyad tersengih.

"my wife to be is jealous" bahu Haifa dicuit.

Laju sahaja tangan Haifa memukul lengan Irsyad.

"ei, pergi baliklah sana. buat sakit kepala orang je" terus diletakkan semula kepalanya diatas meja.

Irsyad mengusap lembut kepala Haifa.

"jangan pernah marah saya, jangan pernah benci saya, jangan pernah lukakan hati awak, jangan pernah sakit, jangan pernah jatuh tanpa saya. Tapi, cintai saya. Sayangi saya dan jadilah yang terindah buat saya" terus dia bangun dan bergerak ke arah Puan Dahlia.

Sudah dia lihat bekas makanan yang terletak diatas meja kafe. Terus disalami tangan tua Puan Dahlia dan mengambil bekas yang memang untuk dia. Segala lauk yang dimasak oleh Puan Dahlia dimasukkan ke dalam bekas itu untuk bekalan Irsyad dirumah.

"I love you sayang" ucap dia sebelum bergerak ke luar dari dapur.

Puan Dahlia hanya memerhati sahaja anak daranya dan turut ikut Irsyad. Dia menghantar Irsyad sehingga ke pintu pagar dan sehingga bayangan kereta Irsyad hilang dibalik malam.

"apa adik ni, dah tahu orang tu nak balik boleh pula dia tak hantar" Puan Dahlia membebel sebaik sahaja dia masuk semula ke dapur.

Haifa tersenyum nipis.

"ibu, esok adik balik rumah ayah ya" beritahunya dan terus bergerak naik ke biliknya ditingkat atas.

"hah, tengok tu. Merajuk sikit balik rumah ayah. Merajuk sikit balik rumah ayah. Lebih baik adik terus duduk je dengan ayah. Tak perlu nak balik sini. Ada lelaki yang suka dekat dia, dia tolak. Hidup sendirilah sampai ke tua" marahnya.

Haifa sebenarnya belum lagi menaiki tangga. Dia berhenti disebalik dinding yang menjadi pemisah antara ruangan makan dan ruang tamu. Hati dia sakit, bagaimana dia hendak terima lelaki yang telah membuatkan dia seperti kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Seperti yang dia katakan. Selepas subuh sahaja, dia terus memandu ke rumah ayahnya. Satu malam dia menangis. Ayahnya yang menelefonnya juga sudah tidak sedap hati dan terus mengajaknya duduk bersamanya buat sementara waktu.

Dihentikan keretanya di bahu jalan buat seketika. Hatinya sakit.

Selepas puas dia melepaskan tangisan, dia meneruskan pemanduan ke rumah ayahnya yang berada di Cheras.

Nampak sahaja ayahnya yang sudah menunggunya dihadapan pintu rumahnya, terus dia turun dari kereta dan memeluk erat ayahnya. Tangisannya dilepaskan didada ayahnya. Seorang ayah juga berasa sedih melihat anak daranya sebegitu.

Dari A sampai Z, dia ceritakan dekat ayahnya.

Encik Dahlan hanya mendengar dan ada kalanya dia cuba untuk menenangkan anak perempuannya.

"ini, dah sembam. Tak cukup tidur. Nak pergi kerja juga ke?" risau Encik Dahlan melihat anak perempuannya.

Haifa mengangguk. Dia ialah doktor kecemasan dan tanggungjawab dia untuk memastikan pesakit yang masuk ke unit kecemasan mendapat rawatan yang sebaiknya. Tidak mungkin dia akan menganti tugas dengan rakan lain kerana dia juga tahu betapa penatnya tugas seorang doktor unit kecemasan.

"nak ayah hantar ke?"

Haifa menggeleng.

"adik tak balik. Mungkin dua hari baru adik balik. Lagipun, ada pesakit yang masih koma dan perlukan pembedahan segera. Kitaorang doktor kecemasan masih dalam perbincangan sebab itu pembedahan kali ketiga selepas dua kali pembedahan gagal menyelamatkan dia" beritahunya.

Encik Dahlan mengangguk. Kesian dia melihat anak daranya kepenatan tetapi itu sudah minat dia dan dia tidak mampu menolak segala kemungkinan.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now