BAB 16

6.9K 267 0
                                    

"alahai, bapak nya ni. Mana pula" jam tangan dipergelangan tangan kanannya dipandang dan dikerling setiap dua minit.

Sudah hampir setengah jam dia menunggu ayahnya tetapi bayang kereta ayahnya pun tidak kelihatan. Dia sudah menelefon sepuluh minit lebih awal sebelum dia balik tidak mungkin bapanya lambat datang mengambil.

Terus dilabuhkan punggungnya di bangku yang ada.

Pesanan ringkas dihantar kepada ayahnya.

-ayahh, where are you?

Seminit kemudian.

-ayah ada kerja sayang. Tiba-tiba pula kena pergi site.

Ternganga Haifa membaca mesej yang dihantar oleh ayahnya.

-adik nak balik dengan siapaaaaaaaa (merajuk)

Seminit kemudian.

-alah, jangan merajuk. Ayah dah suruh orang ambilkan. Nanti naik dengan dia

Baru sahaja hendak membalas mesej ayahnya, sebuah kereta berhenti dihadapannya. Matanya memandang tepat ke arah orang yang berada didalam kereta BMW itu.

"alamak, apa pasal mamat ni pula" dia sudah mengeluh.

Kakinya terus dibawa melangkah pergi jauh dari kawasan kereta itu. tidak mahu bertembung mahupun berjumpa dengan lelaki itu. Belum sahaja kakinya melangkah jauh dari kereta itu, dia sudah ditahan dan langkahnya dihentikan.

"nak pergi mana?"

"nak pergi stesen bas" jawabnya acuh tak acuh.

Lelaki itu menggeleng.

"awak amanah saya, saya kena hantar awak balik" eh.

Haifa memandang tajam lelaki dihadapannya itu.

"I am not your wife!"

"soon. You will be my wife"

"tepilah" badan lelaki itu ditolak sehinggakan dia terpaksa berganjak juga.

"Nurul Haifa Malaika. Stop there!"

Haifa memusingkan badannya.

"don't call my full name!" renungan tajam diberikan.

Lelaki itu tersenyum dan menghampiri Haifa yang sudah jauh daripada dia.

"kenapa saya tidak dibenarkan panggil nama penuh awak. Susah payah keluarga awak bagi nama yang penuh dengan maksud. Malaika bermaksud bidadari dan awak akan jadi bidadari buat saya suatu hari nanti" dibetulkan tudung Haifa yang senget ditiup angin.

Haifa diam.

Selama kehidupan dia, sekali pun dia tak pernah beritahu orang nama penuh dia. Ibu dan ayah juga hanya memanggil namanya Nurul Haifa dan tidak pernah mereka memanggil dengan nama penuh.

Malaika diberi oleh tok dengan wan nya. Tok perempuannya sempat berpesan yang nama itu khas untuk seorang lelaki yang halal bergelar suami.

"Malaika" panggilnya.

"Malaika" panggilnya lagi.

Haifa sudah naik angin.

"sudahlah tu, saya bukan hak awak"

Lelaki itu tersenyum.

"kahwin dengan saya?" tiba-tiba.

Haifa menggeleng.

"kita tak pernah kenal, kita tak pernah bercinta. Untuk apa saya kena kahwin dengan awak" bengang.

Lelaki itu tersenyum.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now