"teringin nak pergi pantai" saja dia mengumpan. Harap abangnya termakan.
Muaz memberikan jelingan kepada adiknya.
"tak perlu nak jeling adik sangatlah!" dia protes.
Hasif tergeleng melihat adik-adiknya.
"tapi nanti kau itam kalau pergi pantai. Tak apa ke?" keningnya dijongket-jongket. Haifa protes sekali lagi. Rindu pantai!
Hasif tertawa melihat muncung adiknya. Setiap kali dia sebut pantai, pasti hendak ke pantai. Kalau tidak dapat pantai pasti protes tiga hari tiga malam bersama dengan silent treatment dia yang kadang-kala menyakitkan hati.
Suara adiknya itu ibarat lagu indah. Tanpa suara itu seharian pasti hidupnya seperti tidak lengkap. Bagaimanalah hendak berpisah dengan adiknya jikalau suatu hari nanti dia akan membina masjid dengan seorang wanita.
"sudah-sudahlah tu sakat adik kamu. Bawa je pergi pantai" Puan Dahlia menghentikan perangai anak-anaknya yang kuat menyakat adiknya.
Hasif kalah. Muaz menjulingkan matanya.
"dia menang lagi!!"
Haifa tertawa dan menjelirkan lidah ke arah abang keduanya.
"okaylah, bawa kami pergi pantai. Takut merajuk panjang pula budak tu, bertambah panjanglah bontot ayam dekat mulut dia tu" eh, muncung itiklah!!
Haifa merajuk lagi.
Muaz menjelirkan lidahnya pada adiknya.
"silent treatment dua jam" pun boleh.
Luqman hanya memerhati sahaja perangai tiga adik-beradik. Penuh dengan senyuman yang sangat indah.
Tak sampai dua jam pun, mereka sudah tiba di pantai. Orang yang buat silent treatment dah teruja tapi demi silent treatment dua jam dia, dia sanggup berpura-pura tidak teruja. Yang lain sudah tertawa melihat gelagat adiknya.
Kena paksa baru hendak turun.
"dah-dah lah tu, nanti abang cakap dengan Luqman suruh balik hotel baru adik tahu" ugut abangnya. Tangan adiknya ditarik untuk turun dari kereta tetapi masih tidak berhasil.
Badannya akhirnya keluar dari kereta tetapi tegak sahaja. Sekali kena cium pipi dengan dua abangnya baru hilang silent treatment.
"ee, apa ni!!" kakinya dihentak-hentak. Seperti budak kecil.
Hasif dan Muaz sudah menepuk tangan melihat mulut adiknya yang sejak dari tadi diam kini sudah terbuka dan didengari suaranya.
Puan Dahlia hanya menggeleng melihat anak-anaknya. Tidak habis-habis mengusik adik bongsunya. Pada mata orang, mungkin dia mendidik anak terlalu sosial tetapi jangan risau kedua-dua lelaki ini mahram anak perempuannya.
Cuma ada batas!
Pipinya yang kena cium dilap kasar. Dahlah tembam, pergi lap. Memang nampak sangat tembam dia itu.
"dah-dah, jom. Nanti pantai tutup" usik Puan Dahlia.
Lagi merajuk budak kecil ini.
Tawa dua orang abangnya bergabung. Luqman hanya menyimpan tawa, tidak berani dia hendak ketawa bersama dengan orang yang bukan ahli keluarganya. Dia hanyalah pelancong dan tiada hubungan.
"ibu gurau jelah. Pantai tak tutup. Kalau dia nak tutup, nak tutup macam mana. pintu pun tak ada" tangan anaknya diambil dan dipautkan dilengannya.
Tahu sahaja ibunya hendak memanjakan dia, lebar sahaja senyuman dia. Terus terlentok kepala dia dibahu ibunya. Abang-abangnya yang memang kaki sakat, ada sahaja peluang hendak mengacau adiknya.
"ibuuuuuuuuuuu" mengadu Haifa.
Muaz menjelirkan lidahnya.
Sekali kena pukul dengan ibu. Tahu diam.
"tak perlu nak kacau adik kamu" marah Puan Dahlia. Haifa menjelirkan lidahnya kepada abangnya.
Muaz menjeling.
Hasif mencekik tengkuk adiknya. "dah-dah, tak perlu nak usik budak manja tu. Baik kau ikut abang, kita tengok gerai-gerai tu. Biar budak busuk tu main dengan pantai dia" langkah mereka dilencongkan ke arah gerai-gerai yang berada dibahu jalan.
Hanya Haifa dan Puan Dahlia sahaja yang bergerak ke tepi pantai. Sudah hampir tiga hari mereka disini. Baru sekarang mereka sempat melawat pantai kebiasaannya hanya lalu sahaja.
"ibu, nak tanya boleh?" Haifa bersuara sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung dibatu-batu yang terdapat di tepi pantai.
Puan Dahlia memandang anak perempuannya.
"kenapa sayang?" kepala anaknya yang dilitupi tudung selendang diusap.
"kenapa ayah tinggal kita selama 12 tahun" soalan yang membuatkan Puan Dahlia terdiam seketika.
Puan Dahlia tersenyum.
"bulan depan adik balik rumah ayah kan? Nanti tanya ayah ya. Ibu tak ada jawapan untuk pertanyaan adik" beritahunya. Kepala anaknya ditarik dan disandarkan ke bahunya.
Haifa main dengan hujung baju ibunya. Dia selamanya ialah kanak-kanak kecil bagi ibunya. Tetapi dia ialah wanita bagi ayahnya.
"amboi, berdrama budak kecik tu" usik Hasif. Tidak habis-habis.
Penumbuk dihalakan ke arah abangnya.
Tudungnya ditarik oleh Muaz. Habis separuh dari pantai jadi tempat kejar-mengejar dua adik beradik ini. Siap buka gelanggang silat lagi.
Dari jauh, ada mata yang memerhati mereka. Yang cemburu dengan kebahagiaan keluarga itu. Dia juga teringin untuk bahagia tetapi dia hanya mampu tersenyum melihat kebahagiaan keluarga orang lain.
Dipusingkan badannya menghadap ahli keluarganya.
"ee, apa ni?" barang yang hanya dipegang dihujung saja diangkat separas dengan matanya.
Penjual itu hanya tersenyum sahaja.
"jijik lah" katanya lagi.
Penjual itu masih tersenyum.
"dah-dahlah tu, you ni takkan mainan ikan buntal ini pun you tak tahu" marah suaminya.
Isterinya hanya menunjukkan wajah geli dan terus berlalu pergi.
"maafkan saya" pinta suaminya sebelum mengikuti isterinya.
"maafkan mama saya. Dia itu kadang-kala jadi orang tak betul bila panas dengan penat sangat" kata-kata maaf dipinta.
"Irsyad!! Situ geli, tak perlu nak ke situ" panggil mamanya.
Irsyad hanya mampu menggeleng.
Kakinya menapak menghampiri ahli keluarganya yang lain.
![](https://img.wattpad.com/cover/92523088-288-k602642.jpg)
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Любовные романыبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...