Tiga bulan.
"ya Allah, penatnya" regangan kecil dilakukan.
Tok Bariah datang menghampiri Haifa dan meletakkan secawan teh tarik dihadapan cucunya itu.
"terima kasih tok" terus disisip perlahan air teh tarik itu. sedap.
Tok Bariah tersenyum sahaja melihat cucunya itu. walaupun mukanya sudah pucat dan menandakan dia akan demam beberapa hari lagi, senyuman dibibirnya itu tidak pernah pudar dan sentiasa tersenyum walaupun kepenatan.
Teringat dia beberapa bulan yang lalu. Cucunya ini pulang dalam keadaan kepenatan dan keletihan sehinggakan tertidur didalam kereta tanpa sempat masuk ke dalam rumah. Subuhnya barulah dia mengejutkan cucunya itu.
Sepanjang dia bekerja, jarang-jarang dia demam tetapi selepas sahaja dia berhenti. Pasti dia akan mengalami demam yang melebihi daripada demam orang biasa. Ini tandanya dia terlalu kuat bekerja sehinggakan lupa akan kesihatan diri.
"kamu kerja ke esok?" tanya tok Bariah.
Haifa mengangguk.
"kenapa tok?"
"tok tengok kamu dah pucat, berdiri sebelah kamu pun dah rasa suhu panasnya. Ini mesti esok atau lusa kamu demam. tak perlu kerjalah, duduk rumah berehat" katanya.
Haifa tersenyum dan menggeleng.
"tak boleh, nanti tiada siapa nak ganti. Tapi minggu depan Haifa cuti. Lagipun selama tiga bulan ini, tak pernah Haifa cuti jadi kita akan menghabiskan masa dengan bercuti sambil bersenang-lenang"
Tok Bariah menggeleng.
"kamu bukannya cuti bersenang-lenang, tapi kamu cuti sambil sakit. lebih baik rehatkan badan itu sebelum demam kamu itu makin melarat. susah payah kamu daki kejayaan tapi kamu lupa kesihatan. Tiada guna" pesan tok Bariah.
Haifa mengangguk.
"sebab itu Haifa tidak boleh berehat, sebaik sahaja berehat. Mesti demam" sudah dia faham tentang keadaan diri sendiri.
"sebab itu tok suruh kamu cuti. Biar badan kamu berehat. Sebab kamu asyik bekerja, sakit itu tidak dapat datang tapi bila kamu berehat mudah sahaja dia hendak datang" masih dia cuba untuk memujuk cucunya supaya berehat.
Haifa menggosok-gosok lengan toknya.
"jangan risau, Haifa kuat. Nanti demam, tok dengan wan hantar sahaja Haifa ke hospital. Biar doktor dengan nurse yang jaga" ada sahaja yang hendak dijawabnya.
Tok Bariah menggeleng. Tiada apa lagi yang mampu dia katakan jikalau cucunya sudah terlalu memaksa badannya untuk bekerja sehinggakan tiada waktu berehat untuknya. Sabtu dan ahad telah digunakan untuk mengemas rumah, berjoging atau berpusing kampung. Tiada waktu untuk duduk santai.
"Haifa" panggil doktor Tajul.
"ya doktor" terus dipusingkan badannya menghadap doktor yang memanggilnya.
"boleh tolong saya tak?" tanya dia.
"tolong apa?"
"saya ada patients yang perlu diperiksa, tapi saya ada pembedahan sekejap lagi. Kalau boleh, tolong saya periksa patients itu nanti dua orang jururawat akan tolong awak. Just tolong isi laporan sahaja. Hari ini sahaja saya nak minta tolong" pinta doktor Tajul.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...