BAB 25

6.4K 210 0
                                    

  "eh, nak pergi mana ni?" terus dipapah Haifa sedangkan dia boleh berjalan sendiri.

"nak pergi dapurlah, takkan nak pergi bilik awak pula. Alamak"

Irsyad tersenyum sahaja.

Haifa buat tidak tahu.

"nak buat apa pergi dapur. Saya kan dah kata kalau nak apa-apa just panggil saya. Nanti saya yang uruskan semuanya" terus dipapah Haifa dan didudukkan Haifa diatas kerusi yang terdapat di ruangan makan mereka.

"saya dah boleh jalankan. Dah tiga hari awak layan saya macam puteri. Tak cukup lagi ke? Bagilah saya berjalan, nak pergi kerja awak tak bagi. Ingat hospital tu awak punya" dia sudah marah.

Irsyad menundukkan wajahnya.

"saya hanya nak bagi awak selesa je" beritahunya. Nadanya sudah bertukar sedih tetapi sedikit pun tidak meruntuhkan benteng kemarahan Haifa.

"awak dah bagi saya terlalu banyak keselesaan, satu je saya minta. Tolong dan tolong jangan sesekali pun susahkan diri awak sebab saya tak nak sekali pun susahkan orang lain semata-mata kepentingan diri" rayu dia.

Irsyad tersenyum.

"kalau tak nak susahkan saya, jadi isteri saya. Boleh?"

Haifa tersenyum dan menggeleng.

"jadi isteri awak lagi susah. Dosa saya, awak kena tanggung. Makan minum saya pun awak kena tanggung. Lagi susah" jawabnya. Hei, juara debat okey.

"habis awak nak..." belum sempat dia menghabiskan katanya, pintu rumahnya diketuk.

Bibik Tini terus ke pintu hadapan dan membukanya. Semua tetamu tuan rumahnya dijemput masuk dan dia segera bergerak ke dapur. Dia juga sempat memberitahu kepada tuan mudanya yang tetamu itu tetamunya.

"siapa bik?" tanya Irsyad semula.

"gak tahu sih. Bilangnya temen-temennya non Haifa" beritahu.

Irsyad mengangguk. Haifa pula sudah melarikan diri dengan langkah yang agak laju walaupun kakinya sudah sakit semula. Sudah cakap yang kakinya tidak boleh bertahan dengan tekanan yang agak kuat kerana belum baik, tetapi dia tetap berdegil.

"look, awak dah susahkan saya" marah Irsyad tetapi dipimpin Haifa ke ruang tamu.

Sampai sahaja di ruang tamu, dia terus lupakan yang dia sakit. kawan-kawannya yang datang melawatnya terus dipeluk. Erat.

"sudah-sudahlah tu peluk, aku jealous nanti" usik Irsyad.

Wani dan Amira sudah menunjukkan penumbuk masing-masing.

"kau ni, dah hampir empat hari dia dekat rumah kau. tak cukup lepas rindu ke?" perli Wani.

Irsyad hanya tersenyum sahaja.

"memanglah dah puas tapi aku belum boleh peluk dia, sebab tu aku kata tak boleh lama-lama. Hanya aku je yang boleh peluk dia lama-lama" dia tidak mahu mengalah.

Tasha sudah tertawa melihat Wani dan Irsyad seperti hendak membuka gelanggang debat.

"alah, orang suruh masuk minang dia cepat. Dia tak buat. Tahan jelah kalau nak peluk. Kitaorang je yang boleh peluk lama-lama. Kau nanti peluk sampai ke lain. kau duduk situ diam-diam" Wani membalas serangan.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now