BAB 1

21K 577 1
                                    

  "Nurul Haifa!! Lambat lagi ke?!" teriak ibu dari bawah.

Tergocoh-gocoh Haifa menuruni tangga selepas mendengar panggilan ibunya.

Sampai sahaja ditangga terakhir, senyumannya dilebarkan. Puan Dahlia sudah bercekak pinggang melihat anak daranya yang seorang itu. Hari ini keputusan peperiksaan SPM akan keluar tetapi dia masih berlenggang kangkung.

"semalam kamu juga yang cakap suruh keluar awal, ini tidak sempat dia sambung dengkur dekat dalam bilik" mulutnya sudah membebel.

Haifa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sengihan diberikan kepada ibunya.

"semalam lambat tidur lah ibu" beritahunya. Jujur.

Tergeleng Puan Dahlia dibuatnya.

"dah tahu esok nak ambil keputusan SPM, tidur awal. Ini tidak, dilayankan juga abang kamu tu" tegur Puan Dahlia mengenai sikap anak daranya yang suka melayan abang keduanya bermain permainan video.

"tersengih-sengih, dah-dah kamu ni melambatkan je" beg tangan yang terletak diatas rak bersebelahan dengan pintu diambil dan kakinya melangkah keluar dari rumah.

Tengkuknya digosok-gosok. Semalam, hampir lewat tengah malam dia melayan abang keduanya bermain permainan video. Sementara abangnya sedang cuti mid sem, dia ada teman untuk berbual dirumah.

"ibu, kalau tak dapat target yang ibu nak sorry tau" nada suaranya sudah berubah. Risau dengan keputusan yang akan dia peroleh.

Puan Dahlia tersenyum sahaja. Dia terima apa sahaja keputusan yang akan diperoleh oleh anaknya. Dia sebagai ibu tiada hak untuk memaksa tetapi ada hak untuk berdoa memohon kejayaan anak-anaknya.

Anak lelaki sulungnya, kini bergelar arkitek termuda yang berjaya. Atas usahanya, dia mampu menghantar anak lelaki sulungnya ke luar negara. Manakala, anak lelaki keduanya kini masih belajar di Universiti Petronas dalam jurusan kimia.

"tak apa, adik dah usahakan?" kepala anaknya diusap dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya, memegang stereng.

Haifa tersenyum melihat ibunya. Ibunya ialah seorang wanita yang kuat, mampu membesarkan mereka tiga adik-beradik sendirian. Berfikiran positif disaat semua orang menghina dan mencacinya.

Kereta ibunya berhenti dihadapan pintu pagar sekolah lalu menurunkan Haifa sebelum ibunya bergerak mencari tempat letak kereta.

"Nurul Haifa!!"

Matanya memandang ke arah Syazwani atau nama pendek Wani.

"gapo dio?"

"tak ada apa-apa, saja panggil nama kau. Lepas ini mesti aku dah jarang panggil nama kau yang popular lagi mempopularkan" usik Wani.

Jelingan tajam diberikan kepada Wani.

"alah lek lah, dulu kau akak popular dekat sekolah. Lepas ini, orang dah tak kenal kau" masih lagi dalam mood mengusik kawannya. Hendak dibuang jauh rasa gelisah dan berdebar dihati.

Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Haifa memandang ibunya. Tubir matanya sudah bergelinang dengan air mata. Kebahagiaan yang dia sendiri tidak mampu ucap dengan kata kecuali kesyukuran ke atas kurniaan Allah.

"tahniah makwe aku!!" mereka berpelukan.

"lepas ni kita dah clash!!" jeritnya ditelinga Haifa.

Haifa tertawa lepas.

"jangan cari lelaki lain tau, tunggu aku!" usiknya. Haifa tergeleng.

Amira menghampiri dua orang sahabatnya. Kepala Natasha dipukul dekat kertas yang sudah digulung.

"gilalah kau ni, nanti orang fikir dia lesbi. Jatuh maruah akak-akak sangat" marah Amira sambil membetulkan semula kertas yang digunakan untuk memukul kepada Natasha.

Natasha tertawa.

"alah, akak-akak sangat dah nak dibubarkan pun. Nanti kita guna nama lain kan"

Amira hampir mengangkat kembali kertasnya untuk memukul Natasha tetapi sempat ditahan oleh Wani.

"sudah-sudahlah tu, kita berkumpul balik nak simpan kenangan sebelum berpisah lama. Ini tidak, bergaduh je 24 jam" tangannya melepaskan tangan Amira yang digenggamnya.

Natasha tersengih, Amira memberikan jelingan tajam kepada Natasha.

"lepas ini, kumpulan akak-akak sangat dibubarkan. Tapi, hubungan kita masih kekal utuh sebagai sahabat selamanya" Wani memeluk Haifa, yang lain pun sibuk nak ikut serta memeluk.

"ewah, jangan tinggalkan aku" Tasha pun nak peluk.

"aku juga" Amira pun nak juga.

Tawa mereka bergabung.

Mereka sekali lagi berpisah, urusan mereka disekolah sudah pun tamat sebaik sahaja keputusan SPM berada didalam genggaman.

"ibu, are you proud of me?" tanya Haifa sebaik sahaja punggungnya berada didalam perut kereta Vios milik ibunya. Kereta yang banyak memberi jasa kepada tiga adik-beradik sepanjang liku kehidupan.

"I am always proud of my children" katanya sebelum enjin kereta dihidupkan.

Haifa tersenyum lebar. Nak kena beritahu abang ni!

"ibu, abang If dah balik ke?" tanya Haifa sebaik sahaja dia mengingat tentang abang sulungnya yang semakin gilakan kerja.

Puan Dahlia mengerling ke arah anaknya yang duduk disebelah tempat pemandu.

"ibu rasa dia dah balik, dah tiga hari dia pergi luar bandar atas urusan kerja. Rasanya, dah ada dekat rumah kut" matanya fokus pada jalan raya yang agak sesak.

Haifa mengangguk.

Sampai sahaja dirumah, abang sulungnya menjadi pencariannya. Nampak sahaja kereta Honda Civic terpakir cantik dihalaman rumah dua tingkat ini, kakinya laju mendapatkan abangnya. Rindu dengan abang kesayangan.

"abang gedik!!!" dari pintu masuk sahaja sudah melaung kuat memanggil abang sulungnya.

Dipanggil abang sulungnya, abang keduanya yang turun mendekati adiknya yang terjerak-jerit macam orang gila dalam rumah sendiri.

"ya pun dik, tak perlu nak jerit macam orang gila" marah Muaz apabila melihat adiknya.

Tapi tak jadi nak marah lebih, teringat tentang sesuatu.

"how's the result?" tanyanya secara tiba-tiba.

Haifa tersengih menayangkan baris giginya.

Bahu adiknya dipegang dan digoncang-goncangkan. "gedik cepatlah!"

Haifa tersengih. "cuba teka" sempat pula dia main teka-teka dengan abangnya.

"adik abang kalau dah sengih melebar macam ni.." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, abang sulungnya datang menyampuk.

"kalau dah macam orang gila, tak lain tak bukan memang keputusan gilalah" suara yang sangat Haifa sayang.

Hasif yang sedang bersandar didinding pemisah ruang tamu dengan dapur dipeluk adiknya secara tiba-tiba.

"I miss my big brother a lot!!"pelukannya. Erat. 

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now