BAB 46

5.4K 167 1
                                    

Dua hari dihospital.

"semalam, ibu langsung tak nampak Irsyad. Dia ada datang jenguk kamu ke?" tanya Puan Dahlia sebaik melabuhkan punggungnya berhadapan dengan anak daranya.

Haifa menggeleng. Semenjak kes mimpi dua hari yang lalu, lelaki itu sekali lagi menghilangkan diri. Dia pun tidak mengambil peduli kerana dia tiada sebab untuk mengambil kisah semua itu.

"eh, adik dah makan ubat belum ini?" soalannya terarah pada kesihatan anak daranya.

"belum lagi. Ingat nak makan tapi ubat ada dekat dalam bilik" beritahunya.

Puan Dahlia segera bangun dan bergerak naik ke tingkat atas. Dia ingin mengambil bekas ubat yang diperlukan oleh Haifa. Kesihatan anaknya masih belum pulih walaupun wajah pucat itu sudah bertukar merah semula.

Disangkakan Puan Dahlia tetapi orang lain yang melabuhkan punggung disebelahnya.

"apa awak buat dekat sini?" tanya Haifa. Terkejut.

"melawat sayang saya" rambut Haifa yang jatuh dielitkan dibelakang telinganya.

Haifa baru sedar, dia tidak bertudung. Hendak bangun tetapi dihalang oleh lelaki itu. Haifa merengus geram tetapi lelaki itu hanya tersenyum lebar sahaja.

"rambut awak ni hak saya, jadi tak perlu nak sembunyikan daripada saya" beritahunya.

Haifa menggeleng.

"kita belum berkahwin, rambut saya adalah haram untuk dipandang oleh awak. Takkan dah lupa hukum halal dan haram Encik Irsyad. Dah lama duduk luar negara terus lupa halal dan haram. Tahulah, dia dah bebas bila dekat luar negara" kata-kata yang dilontar olehnya sangatlah sinis.

Irsyad hanya melebarkan senyumannya sahaja.

"kalau dah halal ni, dah lama saya senyapkan mulut awak tu" ugut dia. Haifa terus menekup mulutnya dengan kedua-dua telapak tangannya.

Irsyad tersenyum sinis dan menolak bekas yang berisi ubat dan air suam ke hadapan Haifa. Haifa menggeleng tetapi tangannya masih menutup mulutnya. Irsyad menarik tangan itu dan digenggam.

"tunggu dah halal baru saya buat, sekarang awak kena makan ubat. Saya tak nak sayang saya ni sakit balik" dikucup lembut tangan kanan Haifa.

Haifa menggeleng.

"kenapa? Tak nak makan ubat ke?" tanya dia. Risau.

Haifa mengangguk.

"ubat tak sedap?"

Haifa mengangguk.

"ubat pahit ke?"

Haifa mengangguk.

"tak nak makan ubat?"

Haifa mengangguk.

"nak saya suapkan?" sengaja berubah soalan.

Haifa yang tidak mendengar soalan hanya mengangguk sahaja. Irsyad tersenyum dan terus mendekati Haifa.

"nak saya suapkan macam mana? by hand or by mouth?" saja mengusik.

Haifa terkebil-kebil dan bergerak menjauhi Irsyad. Terus ditarik tangannya yang berada didalam genggaman Irsyad dan mencapai kotak ubat serta air suamnya. Terus ditelan dan diteguk. Irsyad tersenyum bahagia.

"okey, jom" terus dipaut bahu Haifa untuk berdiri.

Haifa memandang pelik.

"nak pergi mana?" tanya dia. Pelik.

"pergi daftar nikah dekat jabatan agama islam" sempat dia bergurau.

Haifa mengeraskan badannya. Tidak mahu ikut lelaki itu. Irsyad sudah tertawa melihat perangai Haifa. Tanpa dia berfikir panjang, terus dia mencempung Haifa dan dibawa naik ke tingkat atas.

Meronta-ronta Haifa minta diturunkan. Sampai sahaja diruang tamu, terus didudukkan Haifa diatas kerusi dan dia melabuhkan punggungnya disebelah Haifa.

"seperti yang mama, ibu dengan tok nampak. Syad nak menghalalkan hubungan kami berdua. Syad dah nampak aurat Haifa, Syad dah melebihi batas Syad. Untuk tidak membiarkan Syad melebihi batas sebelum bernikah, Syad buat keputusan akan nikah dengan dia dua minggu daripada sekarang"

Haifa memandang tepat ke wajah lelaki disebelahnya ini. Lengan lelaki itu dipukul kuat sehingga dia mengerang kesakitan.

"apa awak ni. siapa kata saya setuju" Haifa marah.

Irsyad merapatkan bibirnya ke telinga Haifa.

"your lips very sexy. I can not hold it anymore. Kita kahwin ya" dia berkata separa berbisik.

Haifa menekup mulutnya. Puan Nazurah, Puan Dahlia dan tok Bariah yang melihat sudah tersenyum-senyum sahaja. Irsyad menjarakkan dirinya dan membetulkan duduknya. Haifa masih memandang tajam lelaki disebelahnya ini.

"perbincangan selama seminit dengan Haifa, kami decide akan nikah dua minggu daripada sekarang dan bulan hadapan baru adakan majlis bersanding" beritahunya.

Haifa menggeleng.

"tak setuju!" dia membantah.

Irsyad mengerdip-gerdipkan matanya. Haifa masih menggeleng.

"saya masih ada 2 bulan lagi di Kedah, takkan semudah itu saya nak berhenti semata-mata kerana nak kahwin dengan awak. Reputasi saya akan buruk kalau pihak HSB beritahu yang saya lalai dalam tugas sedangkan masih ada 2 bulan dari tarikh perjanjian" dia membangkang dengan pelbagai alasan.

Irsyad mengeluh. Puan Dahlia menyokong kata-kata anaknya.

"betul tu Syad, bagilah Haifa habiskan tempoh bekerja dia. Nanti apa kata pihak hospital sedangkan dia sendiri yang mohon dipindahkan ke Kedah selama enam bulan untuk mencari pengalaman" Puan Dahlia menyampuk.

Tok Bariah juga menyokong.

"tok pun tak setuju kalau dipercepatkan nanti apa orang kata. fikiran orang kita tidak boleh faham, takut diaorang sangka buruk" tok Bariah juga menyampuk.

Haifa tersenyum lebar. Akhirnya!

Paun Nazurah hanya mendiamkan diri sahaja.

"mama, cuba cakap sikit" Irsyad meminta pertolongan mamanya.

"kalau mama, mama setuju dengan kaum hawa sebab kami kaum hawa perlukan masa untuk menyiapkan segala persiapan. Sebagai seorang ibu, mama yakin ibu Dahlia mesti nak yang cantik di hari bahagia anaknya" Puan Nazurah menyokong Haifa.

Haifa 3. Irsyad 0.

"okay kalah. Tapi ingat, seminggu selepas tamatnya tugas awak dekat Kedah, kita nikah sebab sepanjang 2 bulan yang ada, ibu-ibu dan termasuk awak sempat untuk menyiapkan segala persiapan" terpaksa dia mengalah.

Haifa tercengang.

"woah, no! I am not getting married with you" tidak pula dia berikan persetujuan.

Irsyad menggoyang-goyangkan jari telunjuknya dihadapan Haifa.

"nak membantah sepuluh saat yang lalu, sekarang keputusan muktamad. You will marry me" dia terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan para wanita yang berada diruang tamu.

Haifa hendak menahan tetapi dibiarkan sahaja lelaki itu pergi. Malas hendak bertekak, dia pun bangun danmasuk ke dalam biliknya. 

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now