BAB 27

5.8K 214 0
                                    

"awak memang jenis kerja lari-lari ya?" tanya Haifa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung dikerusi restoran.

Kedatangan Irsyad di hospital hanyalah semata-mata hendak mengajaknya makan bersama-sama. Sudah berkali ditolak kerana dia takut ada kes kecemasan yang memerlukan bantuan dia. Tetapi atas pujukan dan rayuan terpaksa dia terima.

"saya big bos lah, tak perlu risau" bukan hendak membangga.

"hah yelah, big bos sangat. Dulu masa tak jumpa saya boleh pula awak kerja setempat. Semenjak jumpa saya, bukan kemain kerja lari-lari. Cubalah fokus satu kerja je. Saya bukannya boleh lari jauh pun" dia membebel tetapi tanpa dia sedar lelaki dihadapannya itu sudah menyimpan senyum.

Mukanya diketatkan.

"selagi awak tak kahwin dengan saya, mana saya boleh hidup tenang. Setiap hari risaukan awak. Dah makan ke belum? Ada orang kacau ke tidak? Sihat ke tidak? Boleh ke saya buat kerja dengan tenang kalau setiap hari otak saya fikir benda yang sama?" saja mengumpan kasih dan sayang.

Haifa tidak melayan.

"daripada awak risaukan saya, lebih baik awak risaukan diri sendiri. cukup ke ilmu agama didada. Cukup ke iman dihati. Cukup ke pegangan ilahi. Mungkin saya pun tak secukup yang disangka tapi sekurang-kurangnya saya perlukan orang yang akan melengkapi semua itu bersama dengan saya" sekali dia bagi. Cenggini. Ibu jari naik ke atas.

Irsyad mendiamkan diri. Betul kata ibu, untuk memenangi hati wanita yang bernama Haifa adalah sangat sukar berbanding hati wanita yang mudah cair dengan lelaki. Wanita ini mencari redha Allah kerana dia pernah merasai bagaimana nyawa berada di hujung rambut.

Punca dia menjadi seorang doktor unit kecemasan adalah kerana trauma yang dialami. Mereka pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya tetapi mereka sekeluarga selamat cuma abang sulungnya koma selamat sebulan.

Nampak sahaja abang sulungnya normal, sebenarnya buah pinggang yang dimilikinya kini bukanlah miliknya. Kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka menyebabkan dia hampir kehilangan abang tersayang. Doktor kecemasan pada waktu itu pula kekurangan kaki tangan dan semenjak itu dia bercita-cita untuk membantu mangsa yang memerlukan rawatan kecemasan.

"in sha Allah saya cukup. Cukup saya tahu yang isteri saya mampu menapak bersama dengan saya ke syurga itu sudah memadai. Kita sama-sama daki dan sama-sama turun"

Haifa mendiamkan diri.

Mereka hanya melalui suasana sepi sepanjang makan tengah hari.

"nikahi saya kerana Allah dan bukan kerana nafsu semata-mata. Andai dalam sujud awak, nama saya. Nikahi saya. Andai dalam sujud awak tiada nama saya, doakan kebahagiaan saya" katanya sebelum dia keluar meninggalkan Irsyad seorang diri didalam restoran.

Panggilan kecemasan yang baru dia terima membuatkan dia terpaksa berkejar ke hospital.

Setiba sahaja disana, dapat dia lihat ramai pesakit yang hampir melecur separuh badan.

"kenapa ini?" tanya dia sebaik sahaja dia menahan seorang jururawat.

"mangsa letupan gas hidrogen dan karbon dioksida" beritahu jururawat itu dan terus bergerak ke bahagian peralatan.

Haifa terus bergerak masuk ke dewan pembedahan sebaik sahaja nama dia dipanggil untuk melakukan pembedahan. Pada mulanya, dia lemah semangat tetapi atas nama Allah, dia akan membantu menyelamatkan.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now