BAB 9

8K 316 1
                                    

Sambil menguap sambil suap nasi ke dalam mulut. Abang-abangnya yang lain pula menjadi orang yang bertanggungjawab untuk menutup mulut adiknya saat mulut itu terbuka untuk menguap. Puan Dahlia pula hanya tergeleng melihat perangai anak daranya.

"dah tahu kerja tu susah, kenapa ambil juga"

Haifa mengerlipkan matanya yang sudah rabak dengan kantuk.

"tak bolehlah, adik memang suka dengan kerja ni" jawabnya.

Disenduk lauk kari ke dalam pinggannya.

"abang dah suruh.." belum sempat dia menghabiskan, Puan Dahlia sudah menghalang.

"sudahlah If, biar je. Dia tahu baik dan buruk sebelum memilih bidang ini. Kita cuma dibenarkan beri sokongan sahaja" Puan Dahlia menghalang anak lelaki sulungnya daripada meneruskan kata-kata.

Muaz pula mendiamkan diri sahaja. Dia pun hendak membantah tetapi ibunya sudah berkata sebegitu terpaksalah dia terima sahaja.

Mulutnya yang menguap ditutup cepat. Nanti kena marah dengan abang-abangnya lagi. Selesai sahaja makan, dibawa pinggan ke sinki dan dibasuh. Dirumah ini tiada pembantu rumah jadi setiap orang perlu membasuh setiap sisa makanan sendiri.

Meja makan rumah keluarga Irsyad.

"kalau Syad minta sehari je boleh pa?" dia bersuara.

Encik Izzudin memandang ke arah anak lelakinya. Setiap kali di meja makan, pasti tiada suasana yang bising kecuali bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan. Tidak pula dia ajar supaya senyap ketika dimeja makan.

"sehari apa nya Syad?" soalan berbalas soalan. Pelik.

"sehari bersama keluarga. Tiada rawatan, tiada butik, tiada syarikat, tiada kerja, tiada pergaduhan dan tiada masalah" katanya. Sayu.

Encik Izzudin memandang lama wajah anaknya. Salah makan ke anak lelakinya yang seorang ini?

"Syad tak salah makan dan papa tak salah dengar. Sejak dari kecil lagi, Syad dengan Mimi tak pernah dapat kasih sayang yang cukup dalam keluarga. Papa terlalu sibuk dengan syarikat. Mama terlalu sibuk dengan butik dan rawatan kulitnya tu" perlinya.

Nasib Puan Nazurah tiada disini. Mamanya ke luar negara selama beberapa hari semata-mata kerana rawatan muka. Papanya sudah menghalang tetapi mamanya terlalu besar kepala dan pergi tanpa izin papanya.

"papa tak kisah, papa pun teringin nak berkumpul ramai-ramai. Tapi, mama kamu tu mana pernah ada waktu nak duduk rumah. Kalau tak pasal fesyen show, mesti rawatan penjagaan badan" katanya. Hati tuanya pun teringin nak berkumpul bersama dengan anak-anak.

Irsyad tersenyum kelat. 'mama'

Syamimi yang duduk disebelah abangnya pula hanya memasang telinga. Tidak pula dia menyampuk kerana petang tadi dia sudah berbincang dengan abangnya tentang abangnya ingin mengecapi semula kebahagiaan keluarga ini.

Perbincangan petang tadi.

"adik tak rasa abang boleh dapat balik kebahagiaan tu. Rasanya dah lama kebahagiaan itu tersimpan dalam kotak bawah katil. Kalau nak keluarkan kena bersihkan, buang semua sawang, buang tahi cicak. Nanti dah bersihkan, dalam kotak itu ada lagi kotak. Tapi berkunci" beritahunya. Tidak percaya dengan rancangan abangnya.

Irsyad tersenyum dengan cara pemikiran adiknya.

"masa nak ambil kotak yang tersorok jauh bawah katil tu pun susah, nak capai tak boleh sebab tangan pendek. Nak guna kayu untuk capai pun tak boleh sebab nanti dia akan tertolak ke tempat lain. Nak guna cara angkat katil, kena guna usaha ramai dan kalau kita nak kotak tu, semua yang menghalang perlu dibuang jauh dan semua itu perlukan bantuan" sambungnya.

Syamimi mengangguk. Otak dia dengan abang dia lebih kurang je.

"abang nak adik bantu apa?" tanyanya. Dia perlu membantu abangnya. Kalau abangnya rindu kenangan terindah bersama dengan keluarga, dia pun turut sama kerana dia dan abangnya membesar hanya dengan kasih sayang daripada bibik.

Irsyad tersenyum.

Persetujuan dicapai.

"kamu bincanglah dengan mama, papa okay je" suara Encik Izzudin mengembalikan Syamimi ke dunia nyata.

Irsyad mengangguk.

"kalau boleh, masa itu Syad tak nak ada orang ganggu" beritahunya. Encik Izzudin mengangguk.

"kalau dah selesaikan dengan mama, beritahu papa. Papa pun teruja nak pergi bercuti dengan isteri dan anak-anak papa. Lama dah tak buat macam itu" dapat dilihat senyuman tuanya yang melebar.

Irsyad pun tersenyum melihat wajah ceria papanya.

Syamimi terkejut melihat riak wajah papanya. Tidak sangka.

Baru sahaja hendak meletakkan kepala comelnya diatas bantal yang memang tersedia diatas sofa. Haifa ditegur oleh abangnya.

"dik, kau cuti bila?" tanya Hasif sebelum melabuhkan punggungnya.

Haifa mengangkat kepalanya sebelum meletakkan kepalanya diatas bantal. Kepalanya ligat berfikir bila tarikh dia bercuti.

"hujung bulan ni tak salah. Adik dapat cuti seminggu sebab seminggu sebelum cuti tu adik syif malam dan jaga bahagian kecemasan" beritahunya.

Hasif mengangguk.

"kenapa?" tanyanya. Pelik.

"ingat nak bawa ibu dengan adik-adik abang bercuti. Abang dapat tiket pergi Langkawi. Dapat empat tiket tapi tak tahu nak bagi siapa tapi bila difikir balik, lebih baik bawa keluarga je. Nak pergi tak?"

Kata sahaja bercuti, kepalanya terus diangkat daripada pembaringan.

"bila? Bila? Nak ikut!!" teruja.

Hasif tersenyum melihat keterujaan adiknya.

"tu tiket open, bila-bila boleh pergi" beritahunya.

Haifa mengangguk banyak kali. Gila kalau tak pergi.

"abang Muaz ikut ke?" tanyanya. Masih lagi teruja.

Belum sempat Hasif menjawab, adik lelakinya sudah menjawab terlebih dahulu.

"of course abang pergi. Dah siap minta cuti 2 minggu" beritahunya. Tak jujur.

Setiap kali bekerja di pelantar minyak, dia hanya akan bekerja selama seminggu hingga ke dua minggu dan bercuti selama dua minggu. Tetapi tidak tahu pula bagaimana dengan kawasan pelantar minyak di negeri lain.

"ibu pula?"

"ibu pergi lah, takkan nak lepaskan peluang bila dapat berkumpul beramai-ramai macam ini" beritahu Ibu sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang tamu.

Haifa menepuk tangannya. Teruja. Dia boleh bercuti bersama keluarga.

Tergeleng Hasif melihat teletah adik perempuannya yang seorang ini. Tapi senyuman dibibirnya masih bergayut kerana dia bahagia bila dapat melihat ahli keluarganya yang lain bahagia. Dia sudah menjadi ketua keluarga semenjak 12 tahun yang lalu.

Tugas dia bertambah berat tetapi semakin ringan apabila melihat senyuman lebar diwajah adik-adik dan ibunya. Pada mulanya, dia membenci ayahnya kerana pergi meninggalkan ibu mereka dan melepaskan tangan begitu sahaja tetapi lama kelamaan setelah mendapat sokongan padu daripada adik-adiknya, dia menjadi ketua keluarga yang berguna.

}},{"hcR� �5T

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now