BAB 42

5.3K 168 0
                                    

"ya Allah geramnya!!" dihempaskan laporan yang dipegangnya diatas meja dikaunter.

Terkejut jururawat yang menjaganya disitu.

"lah, doktor. Kenapa ini?" risau pula dia.

Haifa menarik nafas dan melepaskannya dengan kasar.

"patients wad no 289 memang menyakitkan hati ya" dia geram.

Jururawat itu menarik nafas lega. Ingatkan apalah. Kemudian barulah dia mengangguk.

"selalu sangat dengar pasal Vip keras kepala itu. diaorang ada cerita yang dia pantang nampak jururawat lawa pasti semua hendak disapu tetapi dilayankan sahaja perangai degil pesakit itu" beritahunya.

Haifa mengangguk.

"dah tahu berduit, pergilah swasta tapi pergi kerajaan. Doktor dekat kerajaan ini banyak lagi kerja berbanding dengan nak melayan dia" dia masih geram.

Jururawat yang menjaga kaunter itu mengangkat kedua-dua bahunya.

"biarlah, dia nak bagi keuntungan kepada hospital. Asalkan dia tak menyapu betul-betul jururawat dekat sini sudah. Kalau dia sapu memang kami jururawat semua pergi saman dia sehabis-habisan" nada suaranya sudah bertukar marah.

Haifa tersenyum dan mengangguk.

"sokong-sokong, kita saman dia habis-habisan. Saya yang baru datang ni pun hampir kena sapu dengan dia nasiblah pandai tukar topik kalau tidak memang kena sapu tak bersih dengan dialah" katanya.

Jururawat itu mengangguk. Haifa meletakkan laporan dan dia berjalan menuju ke wad pesakitnya. Tangannya dimasukkan didalam poket kot yang biasa digunakan oleh doktor ketika berada didalam kawasan hospital.

"doktor" langkahnya dihentikan.

"patients doktor nak jumpa doktor" beritahu jururawat itu.

"dekat mana?"

"dalam bilik pejabat doktor" katanya sebelum dia beradar.

Haifa terus menapak menuju ke biliknya.

"kenapa encik Abu hendak berjumpa dengan saya?" tanyanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Encik Abu, salah seorang pesakit yang pernah mengalami kecederaan teruk ditangannya akibat kemalangan jalan raya dua bulan yang lalu. Sedaya upaya dia cuba untuk menyelamatkan dia kini masih tinggal bekas jahitan yang panjang sehingga ke siku.

"perkenalkan ini isteri saya, Sabiah" Encik Abu memperkenalkan isterinya yang duduk disebelahnya.

Haifa dan isteri Encik Abu bersalaman. Selepas itu, Encik Abu mengangkat satu beg kertas yang dia tidak tahu apa isi kandungannya. Beg itu ditolak ke arahnya.

"apa ni?" dia pelik.

"tanda terima kasih kami" jawab Encik Abu.

"untuk apa?" masih dengan tanda tanya.

"sebab betungkus-lumus menyelamatkan saya" kata dia.

Haifa tersenyum dan menolak beg kertas itu semula ke hadapan Encik Abu. Bukan hendak menolak niat baik orang tetapi dia ialah seorang doktor dan tugas doktor menyelamatkan semua pesakitnya.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now