BAB 52

6.9K 198 2
                                    


Mereka tidak pulang ke rumah kerana majlis akan berlangsung di Ballroom Seri Pacific Hotel jadi mereka menginap disitu. Sepatutnya majlis akan diadakan di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre tetapi ada yang sudah menempahnya lebih awal. Terpaksa menukar rancangan.

Yang mana berada berdekatan dengan hotel itu, mereka hanya pulang ke rumah dan akan menghadiri majlis pada keesokkan harinya.

Baru sahaja masuk ke dalam bilik hotel, Haifa tidak sempat menukar baju kerana dia perlu menyambut rakan-rakan ayahnya dan juga rakan-rakannya yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur. Mereka tidak sempat hendak menghadiri majlis akad nikah kerana masalah penerbangan.

"Nadia!!!" terus dipeluk erat rakan sejawatnya.

"mana Hakim?" terus ditolak ke tepi rakannya itu.

Nadia tergeleng melihat Haifa sebegitu.

"aku disini!" Hakim melambai-lambaikan tangannya.

"Hakim Adham!!" nyaring dia menjerit nama lelaki itu.

Hakim tertawa. Nadia sudah bercekak pinggang.

"opss, sorry. Gilrfriend marah" terus dia menekup mulutnya apabila Hakim sudah menunjuk ke arah Nadia yang berdiri disebelahnya.

"my best doctor in the world" Haifa tersenyum apabila melihat doktor Fauzan.

"my best student in the world. Congratulation on your wedding day"

"there's no gift for me?" dia sudah menadah tangan meminta hadiah.

Hakim sudah tertawa.

"of course ada, tapi banyaklah. Esok baru kau dapatlah" Nadia yang menjawab.

Haifa sudah teruja dan bertepuk tangan.

"assalammualaikum" suara yang menjadi teman seharian Haifa.

"waalaikumussalam" jawab mereka bertiga serentak. Haifa jawab dalam hati sahaja. Dapat dia rasakan tangan yang melingkari pinggangnya. Dia masih dapat beriak wajah biasa.

"ni mesti kawan-kawan isteri saya masa dekat Kedah tu kan?" tebak dia. Tetapi dia tahu tekaan dia sentiasa tepat.

Nadia dan Hakim mengangguk. Fauzan hanya tersenyum sahaja. Sudah dia dikenali sebagai seorang yang tegas dan tidak begitu menunduk pada orang lain.

"encik, kerja apa?" tanya Nadia. Dia tidak tahu hendak panggil apa.

Irsyad tersenyum.

"nama saya Irsyad, just call me Syad. Saya CEO SIF Holding. Salah satu penaja utama untuk HSB kalau awak semua perasanlah tentang kewujudan SIF dalam hospital" beritahunya.

Nadia dan Hakim sudah tercengang. Mata mereka sudah bersinar-sinar. Fauzan juga seperti terkejut dan kemudian dia kembali menayangkan muka tenang dan berlagak biasa.

"maksudnya encik Syad lah encik Widad. Penaja utama bagi segala peralatan hospital selama setahun ini?" tanya Nadia. Tidak percaya.

Irsyad mengangguk. Selama ini, dia tidak akan memperkenalkan namanya Irsyad sepanjang berurusan dengan orang luar kerana diluar sana masih terdapat ramai orang bernama Irsyad. Untuk jalan senang, dia berurusan menggunakan nama Widad.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now